backup og meta

Mengapa Diabetes Dikaitkan Dengan Faktor Keturunan? Apa Kaitannya Dengan Genetik?

Mengapa Diabetes Dikaitkan Dengan Faktor Keturunan? Apa Kaitannya Dengan Genetik?

Faktor gaya hidup banyak memainkan peranan bagi keadaan diabetes jenis 2. Namun, diabetes penyakit keturunan atau sejarah keluarga juga boleh menyebabkan seseorang itu berisiko mendapat diabetes. Ia disebut sebagai diabetes genetik.

Adakah diabetes penyakit keturunan, terutamanya jenis dua?

Beberapa faktor perlu wujud bersama bagi seseorang untuk menghidapi diabetes jenis 2.

Unsur-unsur seperti pemakanan dan senaman sangat penting. Walau bagaimanapun, diabetes jenis 2 juga mempunyai komponen keturunan atau genetik yang kuat yang disebut sebagai diabetes genetik.

Jika baru-baru ini anda didiagnosis dengan diabetes jenis 2, cuba lihat di sekeliling anda. Besar kemungkinan anda bukan orang pertama yang menghidap diabetes dalam keluarga anda.

Menurut Persatuan Diabetes Amerika, risiko diabetes jenis 2 adalah seperti berikut:

  • Satu dalam tujuh, jika salah seorang daripada ibu bapa anda didiagnosis sebelum usia 50 tahun
  • Satu dalam 13, jika salah seorang daripada ibu bapa anda didiagnosis selepas umur 50 tahun
  • Satu dalam dua, jika kedua ibu bapa anda mempunyai diabetes

Pada masa yang sama, tidak semua risiko diabetes jenis 2 adalah disebabkan faktor diabetes penyakit keturunan. Faktor risiko utama untuk diabetes jenis 2 juga termasuklah obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif.

Tambahan lagi, beberapa mutasi gen telah dikaitkan dengan risiko diabetes 2. Tiada satu pun gen ini yang menyebabkan kencing manis dengan sendirinya.

Sebaliknya, faktor tersebut bertindak balas dengan faktor alam sekitar – misalnya, toksin, virus, dan makanan – dan antara satu sama lain untuk meningkatkan risiko anda.

Adakah diabetes penyakit keturunan mempengaruhi diabetes jenis 2?

diabetes penyakit keturunan

Diabetes jenis yang kedua ini boleh disebabkan oleh kedua-dua faktor genetik dan persekitaran. Memahami peranan genetik memerlukan anda untuk melihat kepada faktor-faktor lain juga.

Mutasi genetik

Saintis telah menghubungkan beberapa mutasi gen kepada risiko diabetes yang lebih tinggi.

Tidak semua individu yang membawa mutasi akan mendapat kencing manis. Walau bagaimanapun, ramai orang yang menghidap diabetes mempunyai satu atau lebih mutasi ini.

Gaya hidup dan diabetes penyakit keturunan

Sukar untuk memisahkan kesan gaya hidup daripada risiko diabetes penyakit keturunan. Pilihan gaya hidup cenderung diwarisi dalam keluarga dan keturunan.

Ibu bapa yang tidak aktif cenderung mempunyai anak-anak yang tidak aktif. Ibu bapa dengan tabiat makan yang tidak sihat mungkin mewariskan amalan tersebut kepada generasi seterusnya.

Sebaliknya, genetik memainkan peranan penting dalam menentukan berat badan. Ada masanya tingkah laku tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.

Baca juga: 

Apakah gen yang bertanggungjawab menyebabkan diabetes jenis 2?

Kajian ke atas kembar dua menunjukkan bahawa diabetes jenis 2 mungkin dipengaruhi oleh genetik, menurut Persatuan Diabetes Amerika.

Walau bagaimanapun, kajian ini dirumitkan oleh pengaruh alam sekitar yang juga mempengaruhi risiko diabetes jenis 2.

Walaupun begitu, sehingga kini, banyak mutasi telah terbukti mempengaruhi risiko diabetes jenis 2.

Sumbangan setiap gen secara umumnya adalah kecil. Walau bagaimanapun, setiap mutasi tambahan yang anda ada boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit ini.

diabetes penyakit keturunan

Secara umumnya, mutasi pada mana-mana gen yang terlibat dalam pengawalan glukosa boleh menjejaskan risiko diabetes jenis 2. Ini termasuklah gen yang mengawal perkara-perkara berikut iaitu:

Gen yang dikaitkan dengan risiko diabetes jenis 2 termasuklah:

  • TCF7L2, yang menjejaskan rembesan insulin dan penghasilan glukosa reseptor
  • Urea sulfonilurea (ABCC8), yang membantu mengawal insulin calpain 10, yang dikaitkan dengan risiko diabetes jenis ke-2 dalam kalangan orang Amerika Mexico
  • Pengangkut glukosa 2 (GLUT2), yang membantu memindahkan glukosa ke dalam pankreas
  • Reseptor glukagon (GCGR), hormon glukagon yang terlibat dalam pengawalan glukosa

Apakah ujian genetik untuk diabetes jenis 2?

diabetes penyakit keturunan

Ujian boleh dilakukan untuk beberapa mutasi gen yang dikaitkan dengan diabetes jenis 2. Walau bagaimanapun, peningkatan risiko untuk mana-mana mutasi yang diberikan adalah kecil.

Faktor-faktor lain adalah peramal yang lebih tepat mengenai sama ada anda akan menghidap diabetes jenis ke-2, termasuklah:

  • Indeks jisim badan (BMI)
  • Sejarah keluarga atau keturunan
  • Tekanan darah tinggi
  • Tahap trigliserida dan paras kolesterol yang tinggi
  • Sejarah diabetes gestasi

Kesimpulan

Tindak balas antara genetik dan alam sekitar menjadikannya sukar untuk memastikan sebab sebenar diabetes jenis 2.

Namun, itu tidak bermakna risiko anda berkurang. Bukti yang kuat menyokong hakikat bahawa perubahan kelakuan dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

Kajian Program Pencegahan Diabetes, kajian besar mengenai orang yang berisiko tinggi untuk menghidap diabetes, menyarankan penurunan berat badan dan peningkatan aktiviti fizikal dapat mencegah atau melewatkan diabetes jenis 2.

Tahap glukosa dalam darah kembali ke paras normal dalam beberapa kes. Hasil yang sama juga telah ditemui dalam kajian antarabangsa yang lain.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Am I at risk for type 2 diabetes? (2014, July 9). http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/risk fortype2

Dean, L., &McEntyre, J. (2004). The genetic landscape of diabetes. National Center for Biotechnology Information, chapter 3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK1668/

Genetics of diabetes. (2014, May 20).  http://www.diabetes.org/diabetes-basics/genetics-of-diabetes.html

National diabetes statistics report, 2014. (2014).  http://www.cdc.gov/diabetes/pubs/statsreport14/national-diabetes-report-web.pdf

Walston, J., Silver, K., Bogardus, C., Knowler, W. C., Celi, F. S., Auston, S., Shuldiner, A. R. (1995, August 10). Time of onset of non-insulin dependent diabetes mellitus and genetic variation in the B(3)-adrenergic receptor gene [Full article]. New England Journal of Medicine, 333(343-347).  http://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJM199508103330603#t=articleTop

 

Versi Terbaru

23/11/2021

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Cara Mudah Mengesan Diabetes Jenis 2, Ada Beberapa Ujian Kena Lalui

Kenali Tanda Diabetes Jenis 2, Jika Muncul Simptom Ini, Jangan Berlengah Jumpa Doktor


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 23/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan