Bagaimana Senaman Membantu Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Masalah utama bagi penghidap diabetes jenis 2 ialah kegagalan insulin untuk merendahkan kadar gula dalam darah meskipun insulin yang dirembeskan oleh pankreas mungkin pada kadar normal. Gula yang sepatutnya digunakan oleh badan akan kekal tinggi dalam darah.

Kesannya, kadar gula yang tinggi meningkatkan risiko kepada banyak keadaan termasuk penyakit jantung, strok, penyakit buah pinggang, dan masalah penglihatan.

Pemakanan dan ubat-ubatan boleh membantu mengawal gula dalam darah. Namun, tahukah anda bahawa senaman dan aktiviti fizikal sebenarnya merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mengawal kadar gula?

Bagaimana senaman dapat mengawal kadar gula dalam darah?

Semasa melakukan aktiviti fizikal, jantung, paru-paru dan otot anda akan bekerja lebih kuat dari biasa. Anda bernafas lebih laju dan jantung berdegup lebih pantas. Keadaan ini memerlukan lebih banyak gula atau glukosa untuk memenuhi keperluan tenaga yang tinggi.

Hasilnya, kadar gula dalam darah akan menurun. Senaman pada kadar sederhana hingga berat dapat mengekalkan kadar gula yang rendah sehingga 24 jam! Dalam masa yang sama, ia juga membantu insulin berfungsi dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, elakkan senaman yang terlalu berat kerana ia kadangkala mungkin menyebabkan kadar gula meningkat secara sementara selepas senaman serta boleh melepaskan lebih hormon stres yang meningkatkan kadar gula dalam darah.

Jika bentuk badan anda membuatkan senaman sukar dilakukan, sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta cadangan senaman yang sesuai dengan keadaan anda.

Anda boleh mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki, naik turun tangga, dan berlari anak sebelum pergi ke senaman yang lebih berat seperti angkat berat dan berlari. Mulakan sedikit demi sedikit. Tanpa anda sedar, kesannya akan dapat dilihat dalam masa yang singkat.

Paling penting adalah untuk mula membuat perancangan. Jika tidak dimulakan, perubahan tidak akan dapat dilihat. Biar kecil asalkan ada perkembangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Anda alami luka tetapi sudah berminggu-minggu masih belum baik? Luka lambat sembuh tersebut mungkin tanda bahawa anda alami luka kencing manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Lobak Merah Sebab Manis, Betul Ke?

    Pasti ramai yang tidak tahu khasiat lobak merah bukan? Selain baik untuk mata, sayur ini juga bagus untuk individu yang mempunyai diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Ada yang keliru, adakah patut mengambil minuman isotonik seperti 100plus selepas bersukan atau cukup sekadar air biasa? Ini fakta mengenai air isotonik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kebaikan bersenam

    Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    aktiviti fizikal

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan