backup og meta

Jangan Tertipu! KKM Tidak Pernah Luluskan Ubat Ini Sebagai Ganti Ubat Diabetes Hospital

Jangan Tertipu! KKM Tidak Pernah Luluskan Ubat Ini Sebagai Ganti Ubat Diabetes Hospital

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak terutamanya mereka yang menjual produk-produk tertentu, cuba menjauhkan pesakit diabetes daripada terus mengambil tablet metformin. Malah, ada beberapa dakwaan palsu yang cuba mengaitkan keburukan pengambilan ubat diabetes terhadap pesakit tersebut. Kami terangkan di sini metformin 500 mg untuk apa dan kesannya terhadap pesakit diabetes. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Penipuan penjual produk memburukkan tablet metformin

Ada beberapa penjual produk tertentu, khususnya penjual yang mensasarkan pesakit diabetes cuba memberikan gambaran buruk mengenai kesan negatif pengambilan metformin.

Malah, ada yang lebih melampau dengan cuba mengaitkan dakwaan-dakwaan tersebut dengan Dr. Noor Hisham Abdullah, iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Antara dakwaan tersebut adalah dengan mengatakan bahawa pesakit diabetes sebenarnya tidak memerlukan pengambilan metformin untuk mengawal diabetes mereka.

Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa pengambilan metformin boleh menyebabkan gangguan pencernaan, sirosis hati, buta, batu karang dan lain-lain lagi.

Senang kata, hanya keburukan metformin yang dijaja agar pesakit diabetes tidak mengambilnya.

Dalam masa yang sama, mereka memasarkan sejenis produk dengan nama ‘In***ol’ yang didakwa sebagai pengganti terbaik tablet metformin.

Penjual tersebut mengatakan bahawa produk In***ol dikembangkan pada tahun 2022 oleh Institut Endokrinologi Malaysia, sedangkan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

Laman web penjual ini juga telah diubahsuai untuk memperlihatkannya seolah-olah daripada portal MyHealth dengan tujuan mengelirukan pembaca.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menafikan bahawa mereka memperakukan produk tersebut sebagai pengganti ubatan diabetes.

Jika penjual ini sanggup menipu pembaca dengan mengubahsuai laman web mereka, adakah anda rasa mereka jujur mengenai produk yang dijual?

Metformin 500 mg untuk apa?

tablet metformin

Metformin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat diabetes jenis 2 dan diabetes kehamilan.

Ubat metformin juga digunakan untuk membantu mencegah diabetes jenis 2 jika anda berisiko tinggi untuk menghidapnya.

Untuk makluman anda, diabetes jenis 2 ialah keadaan di mana badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau insulin yang dihasilkannya tidak lagi berfungsi dengan baik.

Ini boleh menyebabkan paras gula darah meningkat secara mendadak atau disebut sebagai hiperglikemia.

Metformin berperanan merendahkan paras gula darah anda dengan memperbaiki cara badan anda mengendalikan insulin.

Ia biasanya ditetapkan untuk penyakit diabetes apabila diet dan senaman sahaja tidak mencukupi untuk mengawal paras gula darah anda.

Siapa yang boleh dan tidak boleh mengambil tablet metformin?

tablet metformin

Hampir kesemua individu dewasa dan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas selamat untuk mengambil ubat ini.

Namun, ada juga beberapa kelompok yang mungkin tidak sesuai mengambilnya, bergantung kepada penilaian doktor.

Anda mungkin tidak disarankan untuk mengambil metformin jika alami salah satu daripada perkara-perkara berikut:

  • Mempunyai penyakit diabetes yang tidak terkawal
  • Mempunyai jangkitan yang teruk
  • Mengalami reaksi alahan terhadap ubat metformin
  • Mempunyai masalah berkaitan hati dan buah pinggang
  • Sukar bernafas atau mempunyai masalah dengan aliran pernafasan
  • Pernah mengalami serangan jantung
  • Minum banyak minuman beralkohol

Kesan sampingan tablet metformin

Tidak dinafikan, setiap ubat-ubatan termasuklah metformin itu sendiri mempunyai beberapa kesan sampingan tertentu apabila dimakan.

Namun, ia tidak menyebabkan kesan atau penyakit yang berbahaya seperti didakwa sebelum ini.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kepada anda apabila mengambil metformin adalah:

  • Muntah
  • Loya
  • Sakit perut
  • Hilang selera makan
  • Cirit-birit
  • Kekurangan vitamin B12 yang mungkin menyebabkan keletihan
  • Gula darah rendah (hipoglisemia)

tablet metformin

Kesan sampingan tablet metformin ini merupakan kesan yang bersifat ringan dan sementara. Malah, ia boleh dikatakan agak jarang berlaku.

Boleh jadi ada yang mengalaminya dan ada juga yang tidak melaluinya. 

Kesimpulan

Penjual produk terutamanya yang menjual produk pada harga yang tidak masuk akal akan melakukan apa sahaja bagi memperdaya pesakit.

Mereka akan mendakwa bahawa produk yang dijual itu seolah-olah penawar kepada semua penyakit.

Secara logiknya, jika ia benar-benar berkesan seperti didakwa, sudah tentu banyak hospital mengambil produk tersebut sebagai kaedah rawatan diabetes.

Ingat, jika anda meninggalkan rawatan seperti yang disarankan oleh doktor dan mengambil produk lain yang belum tentu selamat, anda bukan sahaja tidak dapat mengawal diabetes yang dialami, malah mungkin boleh menyebabkan komplikasi yang lebih buruk. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Metformin. https://www.healthdirect.gov.au/metformin. Accessed on December 9, 2022.

Metformin. https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a696005.html. Accessed on December 9, 2022.

Metformin and Diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/managing-your-diabetes/treating-your-diabetes/tablets-and-medication/metformin. Accessed on December 9, 2022.

About metformin. https://www.nhs.uk/medicines/metformin/about-metformin/. Accessed on December 9, 2022.

Metformin (Oral Route). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/metformin-oral-route/side-effects/drg-20067074?p=1. Accessed on December 9, 2022.

Versi Terbaru

15/03/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Hello Doktor Sertai Global Diabetes Walk Sempena Hari Diabetes Sedunia

Ada Diabetes & Berlebihan Berat Badan? Cuba 4 Cara Ini Untuk Kawal Gula Darah Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan