Cara pantas rawat hipoglisemia

Apabila tanda hipoglisemia berlaku, anda perlu mengambil makanan atau minuman manis dengan segera.
Makanan yang tinggi lemak pula tidak digalakkan kerana ia tidak membantu mengembalikan paras gula darah anda dengan cepat.
Antara cara hilangkan hypo yang boleh anda buat sewaktu berhadapan dengan hipoglisemia ialah:
- Minum sekurang-kurangnya ⅓ cawan jus buah atau air kosong dicampur gula
- Makan 1 sudu besar madu
- Makan gula-gula
- Ambil tablet glukosa dan hisap
Selepas 15 hingga 20 minit, semak paras gula darah anda untuk melihat jika ia sudah normal atau tidak.
Jika sudah melebihi 70mg/dL, bermakna gula darah sudah kembali stabil.
Sekiranya masih di bawah paras tersebut, teruskan makan atau minum minuman manis dan semak kembali paras gula darah anda.
Namun, jika masih tidak normal, terus hadir ke hospital atau klinik berdekatan untuk berjumpa dengan doktor.
Apakah cara untuk mencegah hipoglisemia?
Hipoglisemia boleh dicegah lebih awal jika anda tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan paras gula darah jatuh mendadak.
Ada beberapa kaedah yang boleh anda lakukan bagi mencegah tanda hipoglisemia daripada berlaku.
Antaranya ialah:
-
- Semak bacaan hypo kencing manis dengan kerap. Semakan gula darah secara berkala boleh membantu anda melihat tahap gula darah semasa.
- Sesuaikan jumlah makanan dan dos ubat. Apabila anda bersenam, anda mungkin perlu mengubah suai dos dan waktu makan ubat dan insulin anda. Selain itu, anda juga mungkin perlu makan lebih banyak untuk mengelakkan paras gula darah menurun.
- Jangan skip waktu makan. Bagi mereka yang mengambil suntikan insulin khususnya, anda perlu sentiasa makan pada waktunya.
- Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
- Bawa bersama snek manis. Memandangkan hipoglisemia boleh berlaku pada bila-bila masa, anda dinasihatkan untuk sentiasa membawa bersama snek manis seperti gula-gula, coklat atau minuman kotak.
Kesimpulan
Jika hipoglisemia dikesan lebih awal, maka anda boleh merawatnya seperti yang telah kami tunjukkan di atas.
Namun, jika anda membiarkannya atau tidak sedar ia berlaku, ia boleh menyebabkan keadaan yang lebih kronik seperti pengsan malah kematian.
Oleh sebab itu, selain nutrien diabetik, amat penting juga untuk memberitahu ahli keluarga atau rakan-rakan mengenai simptom hipoglisemia supaya mereka bersedia untuk memberikan bantuan kecemasan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen