backup og meta

Ini 4 Produk Susu Diabetes Terbaik Untuk Kawal Gula Darah Pesakit Kencing Manis!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Ini 4 Produk Susu Diabetes Terbaik Untuk Kawal Gula Darah Pesakit Kencing Manis!

Anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes? Anda tahu susu untuk pesakit diabetes yang sesuai untuk keperluan mereka? Jika masih tidak tahu atau kurang pasti, ini empat jenis susu untuk diabetes yang boleh anda pertimbangkan untuk keperluan ahli keluarga anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Ini 4 jenis susu untuk pesakit diabetes terbaik di pasaran

1. Glucerna

Glucerna merupakan antara jenama susu diabetik yang bukan sahaja terkenal di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

Ia merupakan susu atau makanan tambahan dengan formulasi untuk menyokong keperluan nutrien harian bagi mereka yang menghidap diabetes.

Susu ini diformulasi khas untuk mereka yang mempunyai pradiabetes dan juga diabetes.

Glucerna memiliki campuran karbohidrat yang rendah glisemik (GI), yang dilepaskan secara perlahan-lahan bagi membantu mengawal paras gula darah pesakit diabetes.

Selain itu, susu Glucerna juga boleh membantu meningkatkan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Bukan itu sahaja, susu untuk pesakit diabetes ini turut mempunyai 4 kali lebih kandungan myo-inositol yang terbukti menyokong sensitiviti insulin pesakit diabetes.

Susu ini juga amat mudah untuk disediakan kerana ia hanya perlu dibancuh dengan air mengikut saranan penyediaan.

Kini, susu Glucerna hadir dengan dua perisa iaitu perisa vanila dan juga coklat.

Oleh itu, ia semestinya amat sedap untuk diminum selain memberikan banyak khasiat kepada penghidap diabetes

Susu untuk pesakit diabetes 2: Nutren Diabetik

Susu Nutren Diabetik pula merupakan susu keluaran khas Nestle yang bertujuan sebagai teman pemakanan lengkap untuk pesakit diabetes.

Ia boleh menjadi makanan tambahan atau pengganti makanan untuk mereka yang memerlukan nutrien mencukupi setiap hari.

Susu Nutren Diabetik boleh dikatakan sebagai antara susu diabetes yang ideal kerana ia tinggi kandungan protein (50% kandungan whey), tinggi serat larut, rendah nilai glisemik dan juga diformulasikan mengikut Garis Panduan Diabetes Antarabangsa.

Ia juga tidak mempunyai kandungan laktosa dan sukrosa. Oleh itu, ia amat sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan penyakit diabetes mereka dengan baik.

Anda juga boleh mendapatkan sampel percuma daripada laman web Nestle jika ingin mencuba susu Nutren Diabetik ini. 

3. Ensure Diabetes Care

Susu Ensure Diabetes Care merupakan susu yang dirumus khas untuk keperluan mereka yang menghidap diabetes atau kencing manis.

Ia telah diformulasi dengan sistem pelepasan tenaga perlahan yang membantu dalam mengawal paras gula darah daripada meningkat secara mendadak.

Selain itu, susu ini juga mempunyai beberapa manfaat lain.

Antaranya adalah membantu membina otot dan menyokong kesihatan jantung dan sistem pencernaan. Susu ini juga tidak mengandungi lemak trans, laktosa dan juga gluten.

Cara penyediaannya juga agak mudah iaitu dengan hanya mencampurkan 6 senduk susu bersama-sama 200 ml air sebelum diminum.

4: Diabetasol

Susu Diabetasol merupakan antara jenama susu untuk pesakit diabetes yang telah lama digunakan oleh pesakit diabetes.

Ia merupakan susu pengganti makanan yang dirumus khas dengan kandungan nutrien yang lengkap dan juga seimbang.

Selama bertahun-tahun lamanya, susu ini telah terbukti menjadi minuman yang membantu pesakit diabetes menguruskan penyakit mereka dengan lebih baik, khususnya yang berkaitan dengan paras gula darah.

Berdasarkan kajian saintifik, susu ini mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah justeru membantu menstabilkan glukosa dalam darah anda.

Lebih menarik lagi, ia didatangkan dengan tiga perisa untuk meningkatkan selera anda iaitu perisa coklat, vanila dan juga cappucino. 

Kesimpulan

Empat jenama susu diabetes yang kami lampirkan di atas merupakan antara produk yang paling banyak digunakan, selain terbukti membantu pengurusan penyakit pesakit diabetes.

Ia boleh menjadi antara diet sihat dan pengganti makanan untuk mereka yang ingin mengawal paras gula darah secara konsisten.

Sebagai langkah perancangan diet yang lebih baik, berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan sebelum anda memulakan pengambilan susu diabetes. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Glucerna. https://www.glucerna.com.au/why-glucerna. Accessed on January 5, 2023. 

Nutren® Untuk Diabetik. https://www.nestlehealthscience.my/nutren-untuk-diabetik-bm#:~:text=NUTREN%20UNTUK%20DIABETIK%C2%AE%20adalah,pelan%20makanan%20diabetes%20yang%20sihat. Accessed on January 5, 2023. 

Ensure Diabetes Care. https://nutrition.abbott/in/product/ensure-diabetes-care. Accessed on January 5, 2023. 

Diabetasol. https://kalbenutritionals.com/en/our-product/diabetasol. Accessed on January 5, 2023. 

Dairy and Diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/food-groups/dairy-and-diabetes. Accessed on January 5, 2023. 

Milk in the prevention and management of type 2 diabetes: The potential role of milk proteins. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31111646/. Accessed on January 5, 2023. 

Versi Terbaru

26/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rahsia Gula Darah Terkawal, Penghidap Kencing Manis MESTI Amal Diet Terapeutik!

Cari Petua Rawat Luka Kencing Manis? Cuba 5 Bahan Ini, Tapi Cuma Untuk Luka Kecil!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan