backup og meta

Takut Nak Minum Susu Sebab Manis? Ini Pilihan Susu Sesuai Untuk Penghidap Diabetes!

Takut Nak Minum Susu Sebab Manis? Ini Pilihan Susu Sesuai Untuk Penghidap Diabetes!

Pesakit diabetes memang wajib berpantang makanan serta minuman yang manis dan termasuk juga susu. Persoalannya, wujud atau tidak susu untuk kencing manis?

Ini kerana susu adalah salah satu item ruji yang biasa dan perlu ada di dalam menu diet seharian. Jom terus baca artikel untuk tahu tentang kaitan diabetes dengan susu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Keperluan susu bagi orang sakit diabetes…

Ramai yang mungkin hanya mengaitkan diabetes dengan komplikasi umum seperti potong kaki atau buta sahaja tanpa mempedulikan akibatnya terhadap tulang dan sendi.

Untuk pengetahuan anda semua, kencing manis itu mungkin akan meningkatkan risiko individu mengalami tulang dan sendi rapuh akibat menghidap kondisi osteoporosis.

Kajian terbitan National Institute of Arthritis and Musculoskeletal

“Individu dengan diabetes cenderung untuk memiliki tulang dan sendi yang kurang padat dan rapuh. Ia akibat kondisi osteoporosis yang didalangi oleh ketidakmampuan tubuh badan menghasilkan insulin dengan cukup,”

Disebabkan itu pula, makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu adalah sangat penting bagi mereka. Pun begitu, wujud juga risiko lain di sebaliknya.

Ini kerana susu tidak hanya mengandungi kalsium tetapi juga gula, karbohidrat dan lemak. Umum mengetahui bahawa ketiga-tiganya adalah musuh ketat bagi diabetes.

susu untuk kencing manis

Kenapa susu juga musuh ketat pesakit diabetes?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, susu tidak hanya kaya dengan kalsium tetapi juga gula, karbohidrat serta lemak – musuh ketat bagi pesakit kencing manis.

Di dalam susu juga, wujud sejenis sebatian bernama laktosa. Ia adalah antara faktor risiko paling bahaya dan akan memberi kesan kepada gula darah dalam tubuh badan.

Laktosa ini biasa digunakan untuk memberi rasa manis secara semula jadi pada susu. Kandungan bahan ini mampu mencapai hingga 40% daripada total kalori pada susu.

Apabila laktosa ini masuk ke dalam tubuh badan, ada enzim khas bernama laktase yang berfungsi untuk mengubah laktosa kepada glukosa dan galaktosa di dalam tubuh badan.

susu untuk kencing manis

Proses enzim ini akan berlaku dengan lambat, maka kadar gula dalam darah anda akan kekal tinggi. Jadi, susu juga tergolong dalam kategori rendah indeks glisemiks (IG).

Apa pula jenis susu untuk kencing manis?

Perkara paling penting dalam mencari dan mengambil susu yang bagus untuk kencing manis adalah dengan memilih susu rendah atau tanpa lemak yang memang sangat sihat.

Ia amat bagus buat pesakit diabetes terutamanya bagi mereka yang ada masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Ini kerana ia mungkin mampu menurunkan berat badan.

Pun begitu, susu rendah atau tanpa lemak ini masih mengandungi gula dan karbohidrat yang sama dengan susu biasa. Kesannya, kadar gula dalam darah masih terjejas.

Jadi, apa yang anda boleh buat adalah minum pada kualiti dan kuantiti yang sesuai. Sebagai contoh, anda mungkin boleh ambil susu jenis ini segelas sahaja dalam masa sehari.

Selain susu rendah atau tanpa lemak ini, ada juga alternatif lain yang sesuai sebagai susu untuk kencing manis!

Alternatif selamat selain daripada sumber haiwan!

Sebenarnya, anda tidak boleh terlalu jumud dan cuma fokus kepada susu daripada sumber haiwan seperti lembu atau kambing sahaja. Wujud lagi jenis susu sihat lain.

Buat anda yang masih belum tahu, susu daripada hasil tumbuhan adalah antara alternatif susu untuk kencing manis ekoran kandungan nutrisinya yang bagus.

susu untuk kencing manis

Berikut merupakan alternatif jenis susu untuk kencing manis yang anda mungkin boleh cuba:

Ini kerana jenis-jenis susu alternatif ini agak kurang dengan gula, karbohidrat dan lemak. Apa yang lebih penting, ia juga kaya dengan kalsium yang sangat anda perlukan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, anda masih boleh dan perlu ambil susu jika ada kencing manis. Syaratnya, ia perlu sesuai, selamat dan ideal terhadap kondisi anda itu.

Baca juga:

Bagaimana pula dengan produk tenusu lain?

Hakikatnya, ada banyak lagi produk tenusu lain selain susu yang biasanya wujud di dalam menu diet seharian kita semua seperti keju, yogurt, mentega dan lain-lain jenis lagi.

Sama juga halnya dengan susu tadi, ia masih boleh diambil namun pada kuantiti dan kualiti yang ideal. Dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor anda.

Jadi, anda tidak lagi perlu risau ketika mahu minum susu jika ada diabetes. Ia masih penting buat tubuh anda, ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Milks, https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/diabetes-food-myths/milks, Accessed Mar 22 2022.
  2. Dairy and diabetes, https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/food-groups/dairy-and-diabetes, Accessed Mar 22 2022.
  3. Milk Products And Type 2 Diabetes, https://dairynutrition.ca/en/nutrition-and-health/diabetes/milk-products-and-type-2-diabetes, Accessed Mar 22 2022.
  4. Dairy, https://defeatdiabetes.org/resources/healthful-eating/dairy-meat-seafood%E2%80%8B/dairy/, Accessed Mar 22 2022.
  5. The Skim On Non-Dairy Milks, https://hopkinsdiabetesinfo.org/the-skim-on-non-dairy-milks/, Accessed Mar 22 2022.
  6. Milk and Diabetes, https://www.diabetes.co.uk/food/milk-and-diabetes.html, Accessed Mar 22 2022.

Versi Terbaru

05/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini Sebab Mengapa Penghidap Diabetes Perlu Minum Susu Diabetik!

Adakah Penghidap Diabetes Boleh Mengambil Susu 'Low Fat'? Ini Penerangannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan