backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Adakah Penghidap Diabetes Boleh Mengambil Susu 'Low Fat'? Ini Penerangannya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/06/2022

Adakah Penghidap Diabetes Boleh Mengambil Susu 'Low Fat'? Ini Penerangannya

Hello Doktor pernah menerima beberapa pertanyaan berkenaan pengambilan susu low fat bagi penghidap diabetes. Adakah penghidap diabetes boleh mengambil susu jenis ini dan apakah manfaat susu rendah lemak ini?

Ikuti jawapannya di sini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

Kandungan karbohidrat dalam susu

Laktosa adalah jenis karbohidrat yang terdapat dalam susu yang kita minum.

Laktosa ialah sejenis gula semula jadi dalam susu yang memberikan kita sumber tenaga apabila meminumnya.

Bagi secawan susu lembu, terdapat sekitar 12 gram karbohidrat di dalamnya.

Jumlah pengambilan susu oleh penghidap diabetes adalah bergantung kepada saranan jumlah karbohidrat yang diambil secara keseluruhan.

Jika secawan susu sudah mempunyai sekitar 12 gram karbohidrat, ini bermakna ia sudah menyamai dengan satu hidangan karbohidrat yang disarankan untuk diambil. 

susu low fat

Adakah susu low fat pilihan terbaik untuk penghidap diabetes?

Sebenarnya, jenis susu terbaik yang boleh diambil oleh pesakit diabetes bergantung kepada keseluruhan diet mereka selain pengambilan sumber karbohidrat harian.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengurangkan pengambilan karbohidrat pada hari ini, anda boleh mengambil susu badam kerana susu badam hampir tidak mengandungi sebarang karbohidrat.

Namun, jika anda menggemari susu lembu, ada beberapa pilihan susu lembu yang baik untuk anda dan kurang mengandungi karbohidrat.

Susu low fat seperti susu skim bukan sahaja rendah kandungan lemak, tetapi ia juga rendah kalori.

Namun, susu low fat seperti ini juga mungkin akan menyebabkan bacaan gula darah anda meningkat naik memandangkan ia cepat diserap dalam aliran darah.

Susu rendah lemak mengandungi lemak yang amat sedikit iaitu kira-kira 1% lemak. Namun susu skim pula hanya mengandungi sekitar 0.01% lemak.

Susu rendah lemak atau susu skim sangat disyorkan untuk diambil bagi mengurangkan pengambilan lemak tepu oleh penghidap diabetes.

Sesetengah individu tidak menyukai rasa susu skim yang lebih cair berbanding jenis susu yang lain.

Oleh itu, jika anda mahu pilihan yang lebih sihat dan juga enak, ambillah susu rendah lemak berbanding susu skim. 

Apakah manfaat susu low fat?

Terdapat beberapa manfaat susu rendah lemak yang pernah dikaji oleh para penyelidik sebelum ini yang berkaitan dengan diabetes.

Satu kajian pada tahun 2011 menyatakan, pemakanan yang mengandungi makanan rendah lemak seperti susu rendah lemak mempunyai kaitan dengan risiko yang lebih rendah untuk mendapat diabetes.

Begitu juga dengan beberapa kajian lain yang menyatakan bahawa, pengambilan produk rendah lemak seperti susu rendah lemak akan mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

Selain itu, antara manfaat susu rendah lemak ialah berkaitan dengan trigliserida.

Trigliserida adalah sejenis lemak yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat serangan jantung.

Memandangkan penghidap diabetes juga mungkin mempunyai paras kolesterol atau trigliserida yang tinggi, maka adalah lebih baik untuk mereka mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak.

Oleh itu, susu rendah lemak adalah pilihan yang terbaik untuk pesakit diabetes. 

Baca juga:

Kawal jumlah pengambilan walaupun ia hanya susu

manfaat susu rendah lemak

Tidak dinafikan bahawa susu rendah lemak adalah antara jenis susu yang baik untuk penghidap diabetes.

Namun, bagi penghidap diabetes, perkara yang perlu diberikan perhatian bukanlah berkenaan dengan jenis susu, tetapi jumlah pengambilannya.

Ini kerana, jumlah pengambilan susu tersebut perlu dinilai berdasarkan beberapa faktor lain seperti pengambilan kalori keseluruhan, pengambilan jenis makanan lain, aktiviti yang dilakukan serta bacaan gula darah.

Kesemua faktor ini perlu dinilai agar ia tidak menjejaskan paras gula darah anda.

Oleh sebab itu, cara terbaik untuk melihat tindak balas tubuh selepas meminum susu adalah dengan melakukan ujian bacaan gula darah.

Anda boleh melihat kesan tindak balas sebelum dan selepas meminum susu tersebut.

Dengan cara ini, anda akan mengetahui jenis dan kadar susu yang sesuai untuk diminum.

Namun, susu masih lagi minuman terbaik untuk pesakit diabetes berbanding minuman bergula yang lain. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan