Anda mungkin tidak sedar yang anda sedang berada dalam fasa pradiabetes jika terus mengambil pelbagai jenis makanan manis. Apakah contoh makanan manis yang perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko diabetes?
Sebelum pergi lebih lanjut berkenaan contoh atau jenis makanan manis yang perlu dielakkan, adalah lebih elok untuk anda mengetahui secara ringkas berkenaan pradiabetes.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Apakah yang dimaksudkan dengan fasa pradiabetes?
Pradiabetes adalah satu keadaan di mana seseorang individu tersebut dikesan mempunyai tahap gula darah yang tinggi, tetapi tidak berada dalam julat yang boleh diklasifikasikan sebagai menghidap diabetes.
Oleh itu, bagi mereka yang dikesan berada dalam fasa pradiabetes, masih ada masa lagi untuk mereka mengawal diri daripada terus mendapat diabetes.
Contoh makanan manis yang tidak digalakkan untuk diambil
Bagi mengelak daripada anda terus mengalami pradiabetes dan meningkat naik ke fasa diabetes, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sewajarnya dalam aspek pemakanan.
Berikut adalah beberapa jenis makanan dan juga contoh makanan manis yang perlu dielakkan.
#1. Contoh makanan manis: Minuman bergula
Minuman bergula adalah salah satu contoh jenis makanan manis utama yang perlu anda elakkan dengan kadar segera.
Memandangkan minuman bergula tidak mengandungi sebarang kandungan protein dan juga lemak, maka gula darah anda akan meningkat naik dengan pantas.
Selain itu, anda juga perlu mengelakkan beberapa jenis minuman lain yang berpotensi menaikkan paras gula darah anda seperti teh manis, jus buah-buahan, kopi dan juga minuman beralkohol.
#2. Jangan ambil jenis makanan manis dengan gula tambahan
Selain minuman bergula, anda juga perlu mengelakkan diri daripada mengambil jenis makanan manis yang mempunyai kandungan gula tambahan.
Antara contoh makanan manis tersebut adalah seperti jem buah-buahan, jeli, sirap, madu, gula-gula dan juga kek.
#3. Kurangkan pengambilan makanan berkanji
Untuk mengurangkan risiko anda mendapat diabetes, cuba kecilkan saiz hidangan bagi makanan berkanji yang anda ambil setiap hari.
Ini termasuklah nasi putih, roti putih, makanan yang diperbuat daripada gandum dan juga pasta.
Baca juga:
- Ada Pradiabetes? Buat 3 Langkah Ini Untuk Ubah Sebelum Terlambat
- Bukan Jenis 2 Sahaja, Pradiabetes Juga Boleh Membawa Kepada Diabetes Jenis 1?
Pengganti contoh makanan manis di atas
Jangan risau, masih ada beberapa jenis pilihan lain yang boleh anda gantikan bagi jenis-jenis makanan seperti yang dinyatakan di atas. Antaranya ialah:
#1. Pengambilan makanan berasaskan bijirin penuh
Makanan yang berasaskan bijirin penuh adalah lebih baik berbanding bijirin yang telah diproses kerana kandungan GI (indeks glisemik) yang lebih rendah.
Jika sebelum ini anda mengambil nasi putih sewaktu makan tengah hari, cuba gantikannya dengan nasi perang.
Gantikan juga bijirin sarapan pagi yang tinggi gula dan lemak trans dengan pilihan bijirin yang diperbuat daripada bijirin penuh.
Begitu juga dengan roti, gantikan roti putih dengan pilihan roti bijirin penuh yang lebih berkhasiat.
#2. Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat
Jika sebelum ini anda mengambil sepinggan penuh nasi, cuba kurangkan sedikit demi sedikit saiz hidangan nasi anda.
Untuk lebih memudahkan anggaran, ikuti panduan Pinggan Sihat Malaysia di mana kita mengguna pakai konsep ‘suku suku separuh’.
Suku pertama pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi.
Suku kedua pinggan pula diisi dengan sumber protein seperti ikan atau ayam tanpa lemak.
Manakala separuh pinggan diisi dengan sumber vitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
#3. Gantikan snek manis dengan snek yang lebih berkhasiat dan kurang gula
Jika anda kerap mengambil aiskrim sebagai snek sebelum ini, cuba gantikan dengan pilihan aiskrim yang diperbuat daripada yogurt dan juga buah-buahan tanpa tambahan gula.
Selain itu, anda juga boleh mengambil sumber buah-buahan bagi menggantikan jenis snek lain yang tidak sihat.
Perlu diingat, walaupun manis buah-buahan adalah gula semula jadi, tidak bermakna anda boleh mengambilnya dengan kuantiti yang melampau.
Anda masih perlu mengehadkan pengambilan buah-buahan bagi mengawal paras gula darah anda.
#4. Ambil sumber protein sihat
Protein bertindak mengurangkan kadar karbohidrat yang memasuki aliran darah anda, yang kemudiannya menjadikan paras gula lebih terkawal.
Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mengambil hidangan protein dalam setiap makanan anda.
Sumber protein sihat yang dicadangkan untuk diambil adalah seperti telur, daging tanpa lemak, ikan, kekacang, tauhu dan juga ayam tanpa lemak.
Elakkan contoh makanan manis di atas sekiranya boleh!
Walaupun anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan jenis makanan manis jika mengalami pradiabetes, tapi anda masih boleh mendapatkan pengganti kepada makanan tersebut.
Makanan manis seperti buah-buahan juga perlulah dikawal pengambilannya kerana ia masih mempunyai kandungan gula.
Oleh itu, dalam apa jua keadaan, sebolehnya cubalah untuk elakkan pengambilan makanan manis di atas.
Pradiabetes boleh bertukar menjadi diabetes jika pemakanan anda tidak dikawal dan diberi perhatian dengan baik.
[embed-health-tool-bmi]