Pesakit diabetes pastinya sudah biasa dengan penggunaan alat untuk check kencing manis sendiri iaitu glukometer. Ini kerana, ia sangat penting untuk memantau paras gula darah bagi mengawal bacaan kencing manis normal.
Namun, terdapat pelbagai jenis glukometer yang dijual di pasaran. Oleh itu, mungkin timbul persoalan bagaimana untuk memilih glukometer yang bagus? Ini panduan untuk anda sebelum membeli glukometer.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Apa itu glukometer untuk check kencing manis sendiri?
Glukometer atau alat untuk check gula darah merupakan sejenis peranti digital yang berfungsi menentukan bacaan atau bilangan glukosa dalam darah anda.
Dalam erti kata yang lebih mudah, ia adalah alat yang digunakan untuk mengira jumlah gula dalam darah.
Alat ini boleh dikatakan agak kecil, ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Oleh itu, bacaan gula darah boleh dibuat setiap masa.
Pemeriksaan bacaan gula darah dengan menggunakan glukometer boleh membantu seseorang individu khususnya pesakit diabetes untuk mengawal gula darahnya.
Ini untuk memastikan agar bacaan kencing manis normal sepanjang waktu.
Pemeriksaan gula darah merupakan antara langkah atau rutin penting yang menyumbang kepada kejayaan pengurusan diabetes itu sendiri.
Tip memilih glukometer
Jika anda pergi ke farmasi, anda akan mendapati pelbagai jenis glukometer dijual dengan pelbagai jenama.
Ia juga tersedia dalam bentuk atau jenis yang paling asas sehinggalah kepada peranti yang paling canggih. Ada kalanya, sampai tidak tahu hendak pilih yang mana untuk dibeli.
Oleh itu, sebelum anda membeli glukometer untuk check kencing manis sendiri, apa kata anda pertimbangkan beberapa perkara penting seperti berikut:
#1. Harga
Harga merupakan hal pertama yang perlu anda pertimbangkan kerana ia boleh membantu anda memilih alat glukometer yang sesuai dengan bajet anda.
Pilih glukometer yang mempunyai kualiti terbaik dengan harga yang berpatutan. Ini untuk memastikan agar ia tahan lebih lama.
Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan pembelian jalur ujian yang sesuai kerana biasanya ia dijual berasingan dengan glukometer.
#2. Kemudahan ketika check kencing manis sendiri
Disebabkan terdapat pelbagai jenama glukometer di pasaran, pastikan anda memilih jenama yang mudah digunakan.
Antaranya adalah hasil ujian mudah untuk dilihat, saiznya tidak terlalu besar dan jalur ujian yang mudah untuk dibeli di sekitar anda.
Selain itu, pertimbangkan juga kemudahan meletakkan darah pada jalur ujian dan sama ada ia memerlukan darah yang sedikit atau banyak.
#3. Persijilan
Dapatkan glukometer untuk check kencing manis sendiri yang mempunyai tanda CE, diperakui oleh FDA atau yang mempunyai persijilan ISO.
Pastikan jalur ujian juga mempunyai tanda-tanda persijilan kualiti ini.
#4. Paparan
Unit paparan yang digunakan untuk mengukur bacaan gula darah berbeza-beza mengikut negara.
Sebagai contoh, Malaysia, United Kingdom, China dan Australia menggunakan unit mmol/L.
Manakala negara seperti India, Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis menggunakan unit mg/dL.
Oleh itu, anda disarankan untuk membuat penetapan unit pada glukometer anda kepada mmol/L.
#5. Penyimpanan data selepas check kencing manis sendiri
Sesetengah alat test kencing manis ini mempunyai ciri penyimpanan data di mana ia merekodkan bacaan secara automatik setiap kali anda membuat ujian gula darah.
Ini sangat membantu bagi mereka yang ingin menilai rekod bacaan gula darah sepanjang hari untuk melihat pengurusan dan bacaan kencing manis normal.
#6. Pilih glukometer dengan ciri istimewa
Setiap jenis dan jenama glukometer mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Ada yang mempunyai skrin yang lebih besar, skrin bercahaya, meter beraudio dan lain-lain lagi. Semua ciri ini diwujudkan untuk kemudahan anda.
Oleh itu, pilih mengikut kesesuaian diri anda. Jika waktu sesuai cek kencing manis anda pada waktu malam, dapatkan jenis yang mempunyai skrin bercahaya.
Kesimpulan
Glukometer kini menjadi salah satu alat yang mesti ada di rumah untuk setiap penghidap diabetes.
Ia berfungsi memberikan bacaan gula darah setiap masa agar pengurusan diabetes lebih terkawal dan tersusun.
Oleh itu, jika anda masih belum mempunyai glukometer, dapatkannya sekarang dengan berpandukan panduan yang kami sediakan di atas.
[embed-health-tool-bmi]