backup og meta

Tiada Lagi Cucukan Jarum Menyakitkan, Ini Kaedah Baru CGM, Semak Gula Darah Diabetes!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    Tiada Lagi Cucukan Jarum Menyakitkan, Ini Kaedah Baru CGM, Semak Gula Darah Diabetes!

    Bacaan gula dalam darah yang normal boleh dicapai jika bacaan gula darah sentiasa dipantau setiap masa. Antara kaedah yang biasa digunakan adalah melalui penggunaan mesin check kencing manis.

    Terdapat pelbagai jenis mesin untuk semak gula darah yang dijual di pasaran, seperti glukometer yang biasa pesakit diabetes gunakan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu lagi mesin check kencing manis yang agak berbeza tetapi lebih memudahkan?

    Baca penerangan yang kami sediakan di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Apa itu pemantauan glukosa berterusan (continuous glucose monitoring)?

    bacaan gula dalam darah yang normal

    Di Malaysia dan kebanyakan negara-negara Asia Tenggara yang lain, cara yang paling biasa untuk bacaan gula dalam darah yang normal adalah melalui glukometer.

    Glukometer merupakan sejenis peranti bersaiz poket yang boleh mengesan tahap glukosa darah anda melalui sampel titisan darah pada jalur ujian.

    Tetapi, kaedah ini boleh dikatakan agak tidak menyenangkan terutama bagi mereka yang memerlukan ujian secara kerap.

    Oleh sebab itu, ramai pesakit diabetes mula beralih kepada kaedah pemantau glukosa berterusan atau ringkasnya CGM.

    CGM adalah sejenis kaedah pemeriksaan gula darah secara automatik yang boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira siang atau malam.

    Ia bukan sahaja merekodkan bacaan gula dalam darah yang normal, tetapi juga mengenal pasti trend atau corak perubahan glukosa darah.

    Berbanding mesin glukometer, CGM hanya menggunakan sensor dengan pemancar (transmitter) yang dimasukkan di bawah kulit, biasanya pada bahagian belakang lengan.

    Sewaktu sensor memeriksa tahap glukosa, pemancar akan menghantar hasil bacaan tersebut ke monitor.

    Sesetengah jenama sensor ini hanya memerlukan aplikasi yang boleh anda gunakan untuk mengimbas isyarat apabila anda ingin menyemak paras gula.

    Canggih bukan?

    Bacaan gula dalam darah yang normal: Apakah beza glukometer dan CGM?

    bacaan gula dalam darah yang normal

    Terdapat beberapa perbezaan antara kaedah pemeriksaan gula darah dengan menggunakan glukometer dan juga sensor CGM.

    Antara perbezaan utamanya ialah:

    #1. Pemantauan glukometer secara manual

    Penggunaan glukometer masih lagi satu kaedah pemantauan secara manual kerana anda perlu merekodkan keputusan dalam buku nota atau aplikasi.

    Sebaliknya, CGM pula boleh memberikan anda bacaan gula dalam darah yang normal pada bila-bila masa, merekodkannya secara automatik dan memberikan anda pandangan berkenaan trend bacaan gula darah anda. 

    #2. CGM menawarkan sistem amaran atau penggera

    Sudah menjadi satu kemestian bagi pesakit diabetes untuk mengenal pasti tanda-tanda hiperglisemia dan hipoglisemia.

    Namun, proses ini akan menjadi lebih mudah sekiranya terdapat kemudahan daripada teknologi terkini.

    Untuk pengetahuan semua, sesetengah jenama CGM menawarkan sistem penggera yang boleh memberitahu anda apabila paras gula anda menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.

    #3. CGM tidak memerlukan tusukan jarum pada jari

    Satu lagi perkara penting yang perlu dipertimbangkan ialah kaedah tusukan jari bagi mendapatkan sampel darah.

    Pemantauan gula darah dengan menggunakan glukometer memerlukan tusukan jari setiap kali hendak melakukan pemeriksaan gula darah.

    Walau bagaimanapun, kaedah CGM menawarkan aplikasi sensor tanpa rasa sakit (bergantung pada jenama). Sensor yang dipakai juga boleh bertahan sehingga 14 hari.

    bacaan gula dalam darah yang normal

    #4. CGM mengesan glukosa dalam cecair interstisial

    Walaupun glukometer mengesan bacaan gula dalam darah yang normal, CGM pula hanya mengesan glukosa dalam cecair interstisial (ISF) atau cecair di antara sel.

    Terdapat laporan yang mengatakan bahawa pengukuran glukosa melalui cecair ini adalah lebih sesuai untuk keputusan terapeutik.

    #5. CGM lebih mahal berbanding glukometer

    CGM mungkin lebih mudah untuk digunakan, namun ia ternyata lebih mahal dan berkos tinggi untuk dibeli.

    Apatah lagi, ia masih tidak tersedia secara meluas di negara ini.

    Kesimpulan

    Walaupun CGM berharga lebih mahal berbanding pembelian glukometer, namun penggunaannya jauh lebih mudah dan tidak menyakitkan khususnya untuk mereka yang perlu memeriksa gula darah dengan kerap.

    Jika anda mempunyai bajet yang lebih tinggi, anda boleh cuba bertanya kepada doktor berkenaan ketersediaan CGM dan kesesuaian penggunaannya.

    Buat masa ini, mungkin penggunaan glukometer merupakan kaedah terbaik dan paling mudah untuk mereka yang kurang berkemampuan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan