Tip-tip Keibubapaan Yang Paling Popular

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat banyak tip-tip keibubapaan yang dikongsikan di luar sana, dan banyak juga yang agak mengelirukan. Ini selalunya akan mengelirukan ibu bapa sebagaimana ia menjadikan ibu bapa berasa was-was sekiranya apa yang mereka telah lakukan adalah salah. Walaupun begitu, perkara utama dalam keibubapaan adalah untuk tidak mengongkong anak anda tetapi membina hubungan yang akrab dengan mereka. Di sini disenaraikan cara-cara untuk melakukannya:

1.Luangkan masa dengan anak anda setiap hari

Tentukan masa yang tertentu untuk setiap anak anda (jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak). Semasa bermain dengan mereka, berikan sepenuh perhatian anda. Anda boleh biarkan mereka memilih apa yang ingin dilakukan atau bergilir-gilir. Anak yang lain haruslah mempunyai sesuatu untuk dilakukan juga supaya mereka tidak mengganggu. Anda juga harus mematikan telefon bimbit. Pastikan setiap interaksi anda adalah untuk membina hubungan. Dengan ini, anak anda akan boleh menerima teguran.

2.Bertenang, walau apapun yang terjadi

Sama ada keputusan gagal, mengamuk atau tidak mahu makan, anda harus bersabar dengan anak anda. Sebelum anda berkata apa sahaja, pastikan anda bertenang terlebih dahulu. Apabila ia berkaitan dengan anak anda, segalanya dirasakan seperti kecemasan. Tetapi selalunya, ia tidaklah terlalu cemas. Tarik nafas, atau beredar sekiranya perlu, kemudian datang semula apabila anda telah bertenang sepenuhnya dan jadilah ibu bapa yang dihormati.

3.Menerima tangisan mereka

Naluri pertama setiap ibu bapa apabila melihat anak mereka menangis adalah cuba memujuk anak. Walaupun begitu, ia bukanlah apa yang patut anda lakukan. Anda perlu mengajar anak anda bahawa ia adalah perlu untuk marah dan rasa disakiti. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membantu anak anda berasa selamat untuk menangis di sisi anda.

4.Elakkan berebut kuasa

Setiap ibu bapa beranggapan bahawa mereka harus menjadi ketua dan anak-anak pula harus mengikutinya. Ini bukanlah selalunya betul. Jangan ghairah dalam menentukan siapa yang berkuasa. Perebutan kuasa adalah situasi yang tidak menguntungkan. Contohnya, jika anak anda tidak mahu makan malam kerana mereka mengatakan mereka tidak lapar, biarkan! Mereka mungkin memang tidak berasa lapar dan boleh makan kemudiannya. Sesekali makan lambat tidak akan merosakkan seluruh alam, bukan?

5.Jangan menyerang semula

Jika anak anda berasa kecewa, mereka mungkin akan melepaskannya kepada anda tetapi anda bukanlah selalunya punca kepada masalah tersebut. Jangan lihatnya sebagai serangan peribadi dan menyerang semula. Cuba untuk beritahu anak anda yang anda tahu mereka berasa kecewa kerana biasanya mereka tidak akan bercakap kepada ibu bapa sebegitu. Ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk memberitahu perkara apa yang mengecewakan mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Tahukah anda bahawa warna lidah boleh menunjukkan tahap kesihatan anda? Cuba periksa lidah anda. Adakah lidah berwarna putih, hitam ataupun merah jambu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    PCOS adalah keadaan yang mengganggu hormon dan kesuburan seseorang wanita. Justeru, pesakit yang inginkan zuriat mungkin sukar untuk mengesan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Namun, kedua-duanya adalah tidak sama. Ini bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah selulit

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    khasiat air lemon

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan