Masalah Perbelanjaan? Ini Tip Berguna Buat Single Parents

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Jika masih berdua, soal perbelanjaan sudah tentu menjadi perkara yang boleh ditanggung bersama. Namun, setelah berpisah segalanya harus dipikul sendiri. Jadi bagaimana untuk mengatasi isu kewangan yang muncul bagi ibu bapa tunggal?

Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya.

Tip kendalikan isu kewangan 

Sebagai ibu bapa tunggal, soal kewangan merupakan antara perkara yang boleh mendatangkan kerungsingan. Apatah lagi apabila terlalu banyak perkara yang menjadi tanggungan. 

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik.

  1. Bajet keluarga

Tidak dinafikan, ia adalah sesuatu yang sukar untuk mengikut bajet yang dirancang. Namun, sekurang-kurangnya, dengan adanya perancangan yang boleh dilihat, ia boleh dijadikan panduan walaupun anda tidak mengikut seperti apa yang direncanakan 100%.

Lakukan secara manual. Tulis jumlah bajet bagi setiap perkara seperti belian barangan runcit, hutang dan bayaran bil dan pastikan ada juga bajet untuk simpanan. Ia adalah penting untuk kegunaan di waktu kecemasan.

soal perbelanjaan

  1. Insurans

Persediaan itu penting kerana kita tidak boleh menduga apa yang bakal berlaku. Jadi mengambil insurans adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Penulis akui, bayaran bulanan yang dikenakan adakalanya membuatkan kita berasa terbeban. Terutamanya ketika kita masih mampu untuk bekerja. 

Namun, di saat-saat kecemasan, seperti mendapat kemalangan atau cacat kekal yang tidak memungkinkan anda untuk melakukan sebarang pekerjaan, bagaimana dengan nasib anak-anak yang berada di bawah jagaan anda? 

  1. Simpanan

Masih belum terlambat untuk anda menyimpan. Ia adalah sedikit berbeza dengan menabung di mana anda boleh menabung sedikit demi sedikit.

Sebaliknya, adalah aspek simpanan ini, anda ‘meletakkan’ sejumlah wang yang hanya boleh digunakan di saat kecemasan, seperti ketika kereta rosak.

Anda boleh lakukan pelbagai cara untuk memperolehi simpanan ini. Sebagai contoh, jika terdapat barang milik anda yang tidak digunakan lagi, jualkannya dan simpan wang hasil jualan tersebut. Ia sukar, tetapi ia adalah perkara yang berbaloi untuk dilakukan.

ibu bapa tunggal

  1. Kad kredit

Ada yang mengatakan adalah penting untuk mempunyai kad kredit terutama ketika waktu kecemasan.

Tetapi percayalah, kad kredit adalah ‘berhantu’. Ia boleh menyebabkan anda menjadi ketagih untuk menggunakannya. Akhirnya tidak mustahil ia akan mendatangkan bebanan hutang kepada anda.

Jadi perkara yang terbaik, elakkan dari mempunyai sebarang kad kredit jika anda adalah individu yang sukar mengawal perbelajaan. Sudah terlalu banyak contoh individu di luar sana yang menjadi bankrap kerana penggunaan kad kredit. 

Melainkan anda benar-benar yakin anda mampu menahan diri daripada menggunakannya untuk suka-suka, terpulanglah kepada anda. 

Berpada-pada 

Ada masanya anda mungkin ingin membawa anak-anak berjalan-jalan, belanja makan di luar atau membeli barang yang diingini oleh anak-anak. Tiada salahnya.

Namun, sebaiknya pastikan ia masih di dalam bajet agar tidak menjadi bebanan dalam isu kewangan kepada diri anda sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Bapa Tunggal: Bagaimana Meneruskan Kehidupan

Meneruskan Kehidupan Sebagai Ibu Bapa Tunggal bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 12/04/2019 . 3 minit bacaan

Atasi Tekanan Sebagai Ibu Bapa Tunggal

Atasi tekanan sebagai ibu bapa tunggal adalah beberapa tip yang mungkin dapat membantu individu yang bergelar ibu bapa tunggal dalam menguruskan kehidupan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Tips Keibubapaan 12/04/2019 . 3 minit bacaan

Tip Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

Pernah tak anda berdepan situasi di mana anak menangis ketika di pusat membeli belah hanya kerana anda tidak mahu menunaikan kehendaknya? Pernah tak anda berada dalam dilema dan rasa bersalah selepas memarahi anak ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Tips Keibubapaan 11/03/2019 . 5 minit bacaan

Kenapa Sebilangan Wanita Memilih Untuk Menggugurkan?

Memilih untuk menggugurkan kandungan atau meneruskan kandungan adalah pilihan peribadi akibat masalah tersendiri dan walau ramai yang menentangnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Kehamilan, Rancang Kehamilan 26/02/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Nak Berjimat Di Musim Pandemik Ini, Ini 7 Cara KURANGKAN Kos Membesarkan Anak- BOLEH CUBA

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan

Ada Hati Pada Wanita Lebih Tua? Sebelum Menjalin Cinta, Pertimbangkan 7 Perkara ini Dulu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/05/2020 . 3 minit bacaan

Ronaldinho Tinggal RM27 Dalam Poket, Ini 6 Tip Elak Stres Akibat Masalah Kewangan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/03/2020 . 3 minit bacaan
panduan perbelanjaan

Belanjawanku: Panduan Perbelanjaan Yang Tidak Realistik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 24/10/2019 . 3 minit bacaan