Tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan dan kebiasaannya proses tuntutan lebih lancar dengan bantuan mereka.
Jika insurans kesihatan yang ingin anda tuntut merupakan insurans syarikat, dapatkan bantuan daripada pihak pengurusan dan jabatan sumber manusia.
Dapatkan senarai ubat terkini yang ditanggung oleh syarikat insurans anda
Anda perlu mengetahui ubat apa yang ditanggung oleh syarikat insurans bagi mengelakkan sebarang komplikasi kelak.
Polisi rawatan migrain bagi setiap syarikat berbeza dan ia boleh berubah setiap tahun mengikut kepada saranan pakar.
Jika anda bergantung kepada ubat spesifik dalam satu jangka masa yang lama, anda perlu mendapatkan senarai tersebut.
Kalau buntu, tanya kepada doktor anda. Pihak pengurusan klinik boleh mendapatkan maklumat tersebut bagi pihak anda.
Walau bagaimanapun, jika boleh, dapatkan maklumat itu sendiri. Ini berikutan pihak pengurusan mungkin akan mengambil masa yang lama.
Jika anda hendak membuat tuntutan dalam masa terdekat, lebih baik jika anda hubungi syarikat insurans sendiri.
Tuntutan perubatan anda gagal? Buat rayuan semula

Terdapat beberapa sebab mengapa tuntutan insurans kesihatan anda gagal. Antaranya adalah:
- Rawatan yang diberikan dianggap “tidak perlu” dari sudut perubatan.
- Penyakit migrain anda bermula sebelum keahlian.
- Tiada bukti rawatan yang hendak diberikan boleh menyembuhkan. Syarikat insurans tidak akan menanggung rawatan yang bersifat eksperimental.
Jika anda berasa keputusan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans tidak munasabah dengan keadaan kesihatan anda, buat rayuan.
Minta bantuan daripada agen anda untuk memulakan proses tersebut.
Anda perlu mendapatkan dokumen sokongan seperti surat permohonan dan surat doktor yang menyatakan anda memerlukan rawatan tersebut.
Sebagai pengguna insurans, anda mempunyai hak untuk memohon semula dan syarikat tersebut perlu melantik pakar yang akan memeriksa semula keperluan anda.
Perkara ini sering berlaku sekiranya:
- Terdapat perselisihan pendapat berkenaan dengan subjek perlu atau tidak rawatan tersebut untuk anda.
- Anda tidak bersetuju bahawa rawatan yang diambil bersifat eksperimental.
Penyakit migrain boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda. Jika anda mengalami masalah untuk memfailkan permohonan, minta bantuan ahli keluarga atau rakan.
Anda berhak membuat tuntutan sekiranya tahap keseriusan penyakit migrain anda bertepatan dengan apa yang direkodkan dalam polisi syarikat.