backup og meta

Anak Lelaki Alami Mimpi Basah? Ayah, Jalankan Tanggungjawab Anda, Ini Yang Perlu Dibuat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/09/2021

    Anak Lelaki Alami Mimpi Basah? Ayah, Jalankan Tanggungjawab Anda, Ini Yang Perlu Dibuat

    Mimpi basah adalah keadaan normal apabila menjengah ke alam akil baligh. Tapi kalau anak lelaki yang masih kecil mengalaminya, adakah ia perkara yang perlu dibimbangkan?

    Normalkah mimpi basah pada usia yang masih muda?

    Akil baligh adalah tahap perkembangan penting di mana badan anak anda akan melalui pelbagai perubahan untuk menjadi dewasa.

    Isu mimpi basah atau wet dream adalah bahagian normal semasa baligh. Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk menghentikannya. 

    Bahkan, jika anak lelaki anda mengalaminya dengan kerap, ia tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengannya. 

    Wet dream juga dikenali sebagai nocturnal emission. Nocturnal bermaksud ‘pada waktu malam’ dan emission pula bererti ‘pelepasan’.

    Bagi kanak-kanak lelaki, proses melangkah ke alam dewasa biasanya berlaku pada usia antara 9 hingga 14 tahun. Manakala bagi kanak-kanak perempuan ia boleh terjadi pada usia 8 hingga 13 tahun. 

    Apabila anak lelaki anda baligh, testis mereka akan dapat menghasilkan air mani.

    Oleh itu mimpi basah yang berlaku mungkin merupakan cara badan untuk mengeluarkan air mani yang berlebihan. 

    Sebagai ibu bapa, terutama sekali si ayah, anda boleh membantu anak bujang anda untuk memahami dan mengendalikan keadaan ini dengan cara berbincang bersama mereka.

    Mimpi pada usia 7-9 tahun

    Anda harus mempersiapkan anak agar dia mengetahui perubahan yang bakal berlaku pada badannya sehingga dia boleh menjangkakan apa yang akan terjadi. 

    Kongsikan kepadanya beberapa perubahan fizikal yang akan dialami badannya, seperti:

    • Peningkatan ketinggian dan jisim otot
    • Pertumbuhan rambut pada zakar
    • Suara lebih dalam
    • Pembesaran zakar, testis dan skrotumnya.

    Jelaskan kepadanya bahawa zakarnya akan mula mengeluarkan air mani bermula akil baligh dan untuk masa-masa seterusnya.

    Anda juga boleh berbincang dengan anak tentang ereksi, bagaimana atau bila ia berlaku. 

    Yakinkan kepadanya bahawa ia adalah perkara normal untuk menjadi lelaki dan tidak perlu dimalukan. 

    Sebagai bapa, anda mungkin mahu berkongsi cara untuk menguruskan ereksi jika ia berlaku pada waktu yang tidak sepatutnya. Galakkan mereka untuk bertanya, jika perlu. 

    akil baligh

    Mimpi pada usia 10-12 tahun

    Ketika anak remaja lelaki anda mula melangkah ke alam akil baligh, anda boleh mula bercakap dengannya tentang mimpi basah yang mungkin akan dialaminya. 

    Jika sebelum ini anda pernah berbincang tentang hal kelakian dengan mereka, pastinya perbualan akan menjadi lebih mudah.

    Persiapkan dirinya untuk berdepan mimpi tersebut. Ujarkan kepadanya bahawa zakar sudah menghasilkan air mani dan dia mungkin akan mengalami pelepasannya semasa tidur. 

    Jangan lupa untuk yakinkan dirinya bahawa apa yang berlaku itu sesuatu perkara normal. Malahan ia tidak bermaksud dia telah melakukan sesuatu yang salah.

    Sebaiknya, sebagai bapa, anda perlu mengajar anak tentang bagaimana untuk dia membersihkan diri, tempat tidur atau boxer mahupun seluar dalam jika dia telah bermimpi. 

    Bantu dirinya untuk memahami betapa penting penjagaan kebersihan diri tidak kira badan atau persekitarannya. 

    Mimpi pada usia 13-15 tahun

    mimpi basah

    Pada usia ini, anak lelaki anda sudah lebih memahami apa itu akil baligh. Sudah tentu ia akan memudahkan anda untuk melakukan perbincangan yang lebih mendalam dengan mereka. 

    Anda boleh memilih untuk memulakan perbualan dengan anak lelaki anda atau menunggu mereka datang untuk bertanya isu tertentu berkaitan akil baligh. 

    Dalam masa yang sama, anda disarankan untuk cuba membangkitkan soal mimpi yang bakal dialami dalam istilah wet dream.

    Seandainya anak sudah bermimpi basah, tanyakan kepadanya apakah mimpi-mimpi yang dialami itu. 

    Sesetengah daripada mimpi itu mungkin bersifat seksual dan ada yang tidak. Anak lelaki anda mungkin berasa malu tentang mimpi yang mempunyai kaitan dengan seksual.

    Di sini, anda memainkan peranan untuk memberikan keyakinan padanya bahawa mimpi yang dialami itu bukan 1 kesalahan. Ia di luar kawalannya.

    Sekiranya anak lelaki anda mengalami perasaan bersalah atau malu, jangan biarkan perkara tersebut. Tetapi berbincanglah dengannya, ia penting demi kesejahteraan emosi mereka. 

    Bantu mereka untuk memahami tentang mimpi dialami ketika sedang tidur itu mungkin mempunyai kaitan dengan apa yang dilihat pada waktu siang. 

    Jika dia terlihat gambar atau video yang berunsur seksual, itu boleh menjadi penyebab kepada mimpi yang dialaminya. 

    Mimpi basah perkara normal

    Sesetengah kanak-kanak lelaki mungkin merasa malu atau bersalah kerana bermimpi basah. 

    Tetapi apa yang berlaku itu adalah bahagian normal untuk melangkah ke alam akil baligh dan anda tidak boleh menghentikannya daripada berlaku.

    Kebanyakan kanak-kanak lelaki akan mengalami wet dream untuk 1 jangka masa semasa akil baligh dan kadang-kadang sebagai individu dewasa.

    Mimpi tersebut biasanya semakin berkurang apabila mereka meningkat usia.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan