Ketika mencecah usia 1 tahun, kanak-kanak yang berinteraksi secara positif dengan bapa mereka akan menyebabkan kognitif mereka berfungsi lebih baik. Sebagai contoh, mereka telah terbukti mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang lebih baik. Ketika mencecah usia tiga tahun, mereka yang mempunyai hubungan erat dengan bapanya akan mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding sebaliknya. Ketika persekolahan pula, kanak-kanak yang rapat dengan bapanya akan lebih mudah menghadapi dan menyelesaikan masalah, mendapatkan gred yang baik serta terbukti lebih aktif di sekolah. Oleh itu, seorang bapa perlulah meluangkan lebih masa untuk bermain dan melakukan aktiviti bersama anak untuk mengeratkan hubungan anda dengan anak.
Aspek sains di sebalik kasih sayang seorang bapa
Para saintis telah menemui suatu perkara yang menarik iaitu seorang bapa dapat menggalakkan anak mereka untuk lebih gemar untuk berkomunikasi dengan berbual bersama mereka di rumah. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa mereka akan mempunyai skil komunikasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang kurang berinteraksi dengan ibu bapanya.
Antara sebab lain seorang bapa perlu meluangkan lebih masa dengan anaknya adalah untuk perkembangan sosial dan emosi mereka. Setiap kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ini bertujuan untuk kanak-kanak itu mula mempercayai mereka yang menjaganya. Hakikatnya, seorang ibu berperanan memberikan penjagaan yang paling baik dan selamat buat anaknya manakala seorang bapa pula berperanan membantu anaknya mengembangkan keupayaan dan kebolehan yang terdapat dalam diri anaknya. Pendek kata, kanak-kanak akan lebih berani untuk menerokai dunia luar sekiranya mereka mempunyai hubungan yang sangat erat dengan bapanya.
Pada dasarnya, seorang bapa akan dilihat kurang berinteraksi dengan anak mereka jika dibandingkan dengan seorang ibu. Namun begitu, peranan seorang bapa terhadap anaknya tidak dapat dicari ganti. Bapa yang berjaya menjalinkan hubungan yang rapat dengan anak mereka semenjak awal minggu kelahiran lagi telah menyediakan asas untuk hubungan yang erat bersama anak mereka sekaligus mendatangkan pelbagai manfaat untuk mereka. Oleh yang demikian, seorang bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang bapa dengan lebih meluangkan masa dengan anak mereka sekerap yang mungkin bagi menjamin masa depan anak yang lebih baik.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.