home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Benarkah Ada Istilah Mimpi Basah? Biasanya Ia Ada Kaitan Dengan Seks

Benarkah Ada Istilah Mimpi Basah? Biasanya Ia Ada Kaitan Dengan Seks

Pernahkah anda bangun daripada tidur dan mendapati seluar dalam atau baju tidur anda basah atau melekit? Pada mulanya anda mungkin bimbang anda terkencing sewaktu tidur. Tetapi jika anda sedang atau sudah melalui akil baligh, anda mungkin mengalami mimpi basah. Dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai “pelepasan malam” (nocturnal emission), mimpi basah juga dikenali dalam bahasa Melayu sebagai ihtilam. Tertanya-tanya apa itu mimpi basah dan penyebab mimpi basah? Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya remaja yang mengalaminya.

Apa itu mimpi basah?

Mimpi basah berlaku disebabkan ejakulasi semasa anda sedang tidur, yang bermaksud anda mengeluarkan air mani (cairan yang mengandungi sperma) daripada zakar anda. Kebiasaannya berlaku semasa anda bermimpi mengenai seks, tetapi anda mungkin tidak mengingati mimpi tersebut.

Mimpi basah berlaku tanpa melancap disebabkan ejakulasi tetap boleh berlaku tanpa menyentuh zakar anda.

Apa penyebab mimpi basah?

penyebab mimpi basah

Apabila anda melalui akil baligh, badan anda mula menghasilkan testosteron; hormon lelaki.

Apabila badan anda sudah mula membuat testosteron, ia boleh mengeluarkan sperma. Ini bermakna anda boleh menyuburkan telur atau ovum wanita jika anda memutuskan untuk mempunyai bayi pada masa akan datang. Ini juga bermakna anda boleh menyebabkan seorang wanita hamil jika anda melakukan hubungan seks.

Semasa akil baligh, anda akan mula mengalami ereksi pada setiap masa yang berbeza sepanjang hari – di sekolah, semasa anda menonton TV, di bilik mandi. Anda juga mungkin mengalami ereksi semasa tidur.

Semen atau air mani boleh terkumpul dalam simpanan badan anda. Satu cara air mani dilepaskan adalah dengan mimpi basah. Inilah penyebab mimpi basah.

Adakah normal jika saya kerap mempunyai mimpi basah?

Mimpi basah adalah fasa normal tumbesaran. Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengawal atau menghentikan mimpi basah.

Walaupun anda kerap mengalami mimpi basah, ini tidak bermakna ada mempunyai masalah. Sesetengah lelaki mengalami mimpi basah beberapa kali seminggu. Sementara ada yang hanya mengalami mimpi basah beberapa kali sahaja sepanjang hidup mereka.

Jika anda melepaskan air mani dengan melancap atau melakukan hubungan seks dengan pasangan, anda mungkin kurang mengalami mimpi basah.

Adakah normal jika saya tidak mengalami penyebab mimpi basah?

Bukan setiap lelaki yang sedang membesar mengalami mimpi basah. Sekiranya anda tidak mengalami mimpi basah tidak bermakna ada masalah pada diri anda.

Adakah semua orang mengalami mimpi basah?

Melalui fasa akil baligh dan mempunyai testis (buah zakar) yang menghasilkan sperma membuatkan anda berkemungkinan mengalami mimpi basah. Mimpi basah semasa baligh adalah sangat biasa.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalami mimpi basah?

penyebab mimpi basah

Apabila anda bangun, anda perlu membersihkan diri anda dan mandi wajib. Basuh zakar dan buah zakar anda dengan sabun dan air secara lebih teliti.

Jika anda merasa bersalah atau tidak selesa tentang mimpi basah – atau mengenai mimpi basah tertentu yang anda alami – bincang dengan seseorang sama ada doktor, ibu bapa, kaunselor, atau orang dewasa lain yang anda percayai. Anda akan diberikan sokongan dan kaunseling untuk membantu anda memahami bahawa apa yang anda alami itu normal.

Bolehkah saya mengelakkan mimpi basah daripada berlaku?

Walaupun sesetengah orang mempunyai idea tentang bagaimana untuk mengelakkan mimpi basah daripada berlaku, tidak ada strategi yang terbukti untuk perkara tersebut. Menukar cadar dan membersihkan diri selepas itu mungkin memalukan atau menjengkelkan, tetapi perlu diingati bahawa mimpi basah adalah sebahagian daripada proses tumbesaran yang normal.

Jika anda berasa tidak selesa tentang mimpi basah, bincang dengan orang dewasa yang anda percayai – ibu bapa, kaunselor sekolah, pakar kesihatan anda. Bercakap mengenainya adalah cara terbaik untuk membolehkan anda berasa lebih selesa dengan bahagian semula jadi perkembangan anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Wet Dreams http://www.youngmenshealthsite.org/wet_dreams.html. Accessed August 26, 2016.

Wet Dream FAQ http://teens.webmd.com/boys/wet-dream-faq. Accessed August 26, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak pada 05/11/2018
x