Minggu demi minggu

Anak Dah Masuk Usia 6 Minggu? Apa Yang Sudah Boleh Si Comel Buat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman

Selepas mendapat zuriat, pastinya aspek penjagaan anak adalah perkara paling penting yang perlu diberikan perhatian. Jom semak perkembangan bayi 6 minggu yang perlu ibu bapa ketahui.

Mengikuti perkembangan bayi 6 minggu

Sebagai ibu bapa, pastinya perkara yang membahagiakan adalah apabila melihat tumbesaran dan perkembangan si manja.

Tetapi dalam aspek penjagaan anak, bagaimana untuk mengetahui sama ada bayi berada pada landasan perkembangan yang sewajarnya?

Umumnya, bayi yang berusia 6 minggu atau bersamaan 1 bulan 2 minggu, sudah boleh melakukan perkara berikut, iaitu:

  • Melakukan pergerakan tangan dan kaki secara serentak dan berulang kali
  • Mengangkat kepalanya sendiri
  • Bersuara dengan merengek atau menangis
  • Menatap wajah individu berhampiran dengannya
  • Mampu tersenyum sendiri apabila diajak berbual
  • Tersenyum secara tiba-tiba

4 kemahiran dalam proses perkembangan bayi 6 minggu

Berikut merupakan antara 4 kemahiran yang seharusnya boleh dilakukan si manja yang berusia 1 bulan 2 minggu:

  1. Kemahiran motor kasar

Dalam tempoh ini perkembangan motor kasar bagi bayi yang berusia 6 minggu dapat dilihat dengan kemampuan menggerakkan tangan dan kaki secara serentak.

Bukan itu sahaja, bayi juga seharusnya sudah boleh untuk mengangkat kepalanya sedikit demi sedikit.

Apabila terlihat sesuatu yang mungkin menarik perhatiannya, bayi akan menoleh kepalanya dan memerhatikan benda tersebut. Ia juga boleh dianggap sebagai 1 proses perkembangan bayi pada usia 1 bulan 2 minggu.

penjagaan anak

  1. Kemahiran komunikasi dan bahasa

Apabila bayi mula menginjak usia 6 minggu, mereka akan mula menunjukkan reaksi seperti merenung, merengek atau berhenti menangis terhadap suara yang didengar.

Bahkan anda juga akan mendengar tangisan si manja sekiranya mereka mahukan sesuatu.

  1. Kemahiran motor halus

Anda akan melihat kedua-dua tangan si kecil bergerak tidak tentu arah bersama-sama dengan pergerakan kaki kecilnya.

Namun, perkembangan bayi 6 minggu akan lebih tertumpu kepada pergerakan kedua-dua belah tangannya. 

Pada tempoh ini, tapak tangan si manja akan mula mengembangkan rekfleks untuk menggenggam sesuatu yang diletakkan di tangannya. 

  1. Kebolehan sosial dan emosi

Pada saat ini, anda akan berasa semakin bahagia apabila si manja mula memberikan senyuman manis tanpa gigi.

Apabila bercakap dengannya, si kecil akan tersenyum kepada anda seolah-olah memahami apa yang diperkatakan. 

Apa lagi yang boleh menggembirakan hati insan bergelar ibu dan bapa selain senyuman manis daripada si kecil?

Penjagaan anak berusia 6 minggu

Ibu bapa juga boleh membantu perkembangan si manja. Contohnya, anda boleh meletakkan bayi di tempat tidur apabila mereka mula kelihatan mengantuk.

Ini boleh dianggap sebagai 1 aspek penjagaan anak penting bagi membolehkan mereka belajar tidur dengan sendirinya.

Sebaiknya, pada tempoh ini, anda sudah menentukan waktu tidur tetap bagi bayi untuk membolehkan mereka membiasakan diri tertidur pada waktu yang sama.

Secara tidak langsung, tindakan ini dapat membantu perkembangan bayi 6 minggu bagi mempunyai jadual atau waktu tidur yang tetap dan seimbang.

Pada usia ini juga, anda boleh menyokong perkembangan kemahiran motor halus mereka dengan memperkenalkan barang mainan yang bersesuaian dengan si manja.

Selain dapat memberikan sesuatu yang baharu kepadanya, kaedah ini juga membolehkan mereka belajar untuk memegang atau menggenggam sesuatu dengan tangan.

perkembangan-bayi-6-minggu

Menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi 6 minggu

Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui dalam menyokong perkembangan tumbesaran si manja, termasuklah:

  1. Pengambilan nutrien harian

Penyusuan eksklusif adalah sesuatu yang sangat disarankan untuk diberikan kepada bayi, khususnya dalam tempoh 6 bulan pertama kehidupan mereka.

Ini kerana khasiat yang terkandung dalam susu ibu amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Namun, pemberikan susu formula juga tidak kurang khasiatnya, terutama kepada ibu yang tidak dapat menghasilkan jumlah susu yang mencukupi.

Tetapi sebaiknya, lakukan perbincangan dengan pakar untuk mengetahui jenis susu formula yang sesuai diberikan kepada si manja.

  1. Posisi tidur

Posisi tidur bayi di bawah usia 6 bulan perlu diberikan perhatian. Ini penting bagi mengelakkan risiko mengalami sindrom kematian bayi mendadak (SIDS) atau mati mengejut.

Posisi tidur terbaik bagi bayi adalah tidur secara menelentang.

  1. Pernafasan bayi

Corak pernafasan bayi ketika tidur mungkin akan menjadi lebih cepat berbanding saat mereka terjaga. Namun ia adalah 1 perkembangan biasa. 

Keadaan tersebut berikutan proses perkembangan pusat kawalan pernafasan asas bagi bayi berusia 6 minggu pada bahagian otak mereka.

Tetapi sekiranya wujud keraguan atau kebimbangan, jangan teragak-agak untuk melakukan pemeriksaan doktor segera.

perkembangan-bayi-6-minggu

  1. Kebersihan tali pusat

Dalam aspek penjagaan anak, khususnya bayi yang masih kecil, kebersihan bahagian tali pusat adalah penting untuk dititikberatkan.

Jangkitan pada tali pusat jarang untuk berlaku, jika anda membersihkan kawasan tersebut dengan kerap dan memastikannya sentiasa dalam keadaan kering.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko untuk berlaku jangkitan tali pusat. Jika ia berlaku, doktor akan memberikan antibiotik.

Sekiranya anda membiarkan saja, ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan perkembangan si manja.

Ketahuilah, tahap perkembangan setiap anak adalah berbeza. Tetapi jika anda melihat perkembangan si manja agak membimbangkan, dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor untuk kepastian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 04/06/2020 | Kali terakhir kemaskini: 09/07/2020

Artikel lain untuk anda

jantina bayi

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
tingkah laku anak

Ibu Ayah, Ini Tingkah Laku Seksual Yang TIDAK PATUT Ada Pada Anak Anda, Sila Perhatikan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
berat bayi normal

Ibu Runsing Si Manja Tak Cukup Berat? Bertenang, Ini Carta Berat Normal Bayi Ikut Umur

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil Mengidam Makan Paru Dan Hati Lembu? Nanti Dulu! Ada Risiko Pada Bayi

Alahai kesian para ibu hamil yang mengidam nak makan itu ini! Tetapi, tak semua boleh ya ibu! Bayi berpotensi cacat sebab makanan? Betul ke, jom tengok!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/07/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Tahukah anda, bilakah waktu bayi mula belajar duduk dan merangkak? Jika tidak tahu, ketahui berkenaan waktu bayi merangkak dan bayi duduk di sini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi, 3-6 bulan 28/05/2020 . 3 minit bacaan

Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia satu tindakan yang tidak wajar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Dah Masuk 3 Tahun? Semak 9 Perkara Di Bawah, Sepatutnya Anak Dah Pandai Buat Yang Ini

Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak, bukan? Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh anda lakukan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 20/05/2020 . 3 minit bacaan