backup og meta

Mana 1 Pilihan Anda: Pam Susu Manual atau Elektrik?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/12/2022

    Mana 1 Pilihan Anda: Pam Susu Manual atau Elektrik?

    Yang mana harus dipilih, pam susu badan manual atau elektrik?

    Untuk mereka yang baru pertama kali bergelar ibu, pasti akan berasa sukar untuk memilih antara pam susu manual ataupun elektrik.

    Jenis pertama adalah untuk mereka yang hanya mengepam sekali-sekala dan yang kedua sesuai untuk kegunaan kerap.

    Teruskan membaca jika anda ingin tahu jenis pam susu mana yang lebih sesuai dengan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Pam susu badan elektrik

    Jika anda perlu kerap menyusukan anak, pam susu elektrik adalah amat sesuai untuk anda.

    pam susu badan

    Selepas habis cuti bersalin, ibu berkerjaya perlu kembali bekerja. Bagi ibu yang pertama kali mengalaminya pasti menghadapi kesukaran untuk menyeimbangkan antara kerja dengan kehidupan baru sebagai ibu.

    Oleh itu, anda mungkin perlu mengepam susu badan pada bila-bila masa lapang anda, termasuk juga ketika di pejabat. Dalam situasi ini, anda memerlukan pam susu yang mempunyai fungsi yang cepat dan mudah; iaitu pam susu elektrik.

    Pam susu elektrik mempunyai ciri-ciri penyedutan berima, dan tidak akan menimbulkan kesakitan atau menghasilkan bunyi, namun masih boleh memerah banyak susu.

    Terdapat dua jenis pam susu untuk anda pilih: pam susu tunggal ataupun dwi pam susu.

    Jika anda mahu memerah susu pada kedua-dua belah payudara secara serentak, anda boleh pilih dwi pam susu untuk lebih menjimatkan masa.

    Satu perkara menarik tentang pam elektrik ialah ia bercirikan automatik, jadi anda tidak rasa letih apabila menggunakannya.

    Anda boleh memerah susu badan untuk bayi anda semasa sedang berehat, menonton televisyen ataupun semasa sedang membaca.

    Pam susu badan manual

    Meskipun pam susu elektrik mudah digunakan, namun harganya agak mahal.

    Jadi, ramai ibu yang lebih gemar memilih jenis yang mampu milik dan kurang mahal: iaitu pam menggunakan tangan.

    Pam susu yang menggunakan tangan ataupun pam susu manual mempunyai kurang fungsi dan bahagian berbanding dengan pam susu elektrik, namun fungsinya masih baik.

    pam susu badan

    Anda boleh memerah susu dengan mudah dengan cara menyedut menggunakan tangan.

    Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan pam susu manual, anda perlu mengambil banyak masa untuk memerah susu dan mungkin akan penat apabila berterusan memerah susu.

    Elektrik atau Manual?

    Jika anda tidak tahu yang mana sesuai untuk anda (sama ada anda akan kerap menggunakan pam susu ataupun tidak), maka anda disarankan untuk memilih pam manual dahulu.

    Harga pam manual juga tidak sebegitu mahal, jadi amat sesuai jika anda pertama kali ingin mencuba.

    Dengan menggunakan pam susu ini, anda boleh mengetahui cara terbaik untuk memerah susu dan mencari posisi yang paling selesa semasa memerah susu.

    Selepas itu, terpulang kepada anda jika anda rasa selesa menggunakan breast pump manual ataupun mahu menukar kepada pam susu elektrik.

    pam susu badan

    Sebagai kesimpulannya, anda tidak perlu membeli pam susu badan elektrik jika anda bukan seorang ibu yang sangat sibuk.

    Tambahan pula, pam elektrik terbukti amat berguna buat mereka yang ingin menjimatkan masa dan memerlukan lebihan susu  untuk bayi mereka.

    Sebaliknya, jika anda ada masa dan mahu menjimatkan wang untuk membeli barang keperluan bayi yang lain, penggunaan pam susu manual masih menjadi satu pilihan tradisi, bahkan efektif untuk ibu yang menyusukan bayi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan