backup og meta

Breast Pump Manual VS Elektrik, Mana Lebih Bagus? Ini Panduan Buat Ibu, Tak Usah Pening!

Breast Pump Manual VS Elektrik, Mana Lebih Bagus? Ini Panduan Buat Ibu, Tak Usah Pening!

Dengan pelbagai pilihan ditawarkan di pasaran, bagaimanakah untuk mengetahui breast pump terbaik buat ibu? Adakah pam susu manual atau breast pump elektrik terbaik? 

Dalam perkongsian artikel ini ada panduan memilih pam susu yang bersesuaian untuk bakal-bakal ibu di luar sana. Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Keperluan mendapatkan pam susu 

Buat bakal ibu yang bercadang untuk melakukan penyusuan eksklusif dan menggunakan pam susu (breast pump) pada masa-masa tertentu, anda perlu melakukan kajian pam bersesuaian semasa hamil.

Antara perkara yang perlu dinilai dalam membuat pilihan breast pump terbaik adalah untuk memikirkan kekerapan penggunaan alat ini.

Fikirkan tentang:

  • Berapa kerap penjaga lain perlu membantu menyusukan bayi
  • Sama ada anda akan kembali bekerja sambil meneruskan penyusuan
  • Berapa lama anda merancang untuk menyusu

Tidak kiralah yang mana satu pam susu pilihan – elektrik atau manual – pastikan anda menggunakannya mengikut arahan pengilang mengenai cara penggunaan dan membersihkan pam.

Jangan lupa untuk sentiasa mencuci tangan sebelum mengepam dan sebelum mengendalikan susu yang akan disimpan.

Memilih breast pump terbaik untuk ibu

Anda mungkin perlu mendapatkan pam susu kerana akan kembali bekerja dan masih menyusukan bayi, anak belum bercerai susu sepenuhnya atau si kecil masih berada di hospital atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

Tidak kira apa pun sebabnya, Hello Doktor akan cuba memberikan maklumat berguna yang dapat membantu anda dalam menentukan pam susu bersesuaian.

Terdapat tiga jenis pam susu:

  • Pam manual
  • Pam elektrik
  • Pam berkuasa bateri

Setiap jenis pam memenuhi keperluan berbeza untuk ibu menyusu dan mungkin digunakan dalam situasi berlainan.

Ini perkara yang perlu anda fahami mengenai jenis pam di pasaran:

Pam susu manual, sebagai breast pump terbaik?

Pam susu manual.
Pam susu manual.

Pam manual atau pam tangan, adalah breast pump handsfree yang dikendalikan dengan ‘memicit’ pemegang menggunakan tangan. Tekanan yang diciptakan setiap kali memicit adalah cara susu diekstrak (diperah).

Breast pump handsfree ini menjadi pilihan kebanyakan ibu kerana ia mudah digunakan dan tidak perlu bergantung kepada bateri atau elektrik untuk berfungsi. Harganya juga agak murah untuk dimiliki.

Jadi, amat disyorkan untuk membawa pam manual ke tempat kerja atau semasa bercuti. Ia boleh menjadi ‘penyelamat’ terutamanya jika pam elektrik tidak berfungsi.

Kelemahan pam jenis ini adalah ia hanya mengepam sebelah payudara dalam satu masa, ia tidak sekuat pam elektrik dan tangan boleh menjadi lenguh jika perlu mengepam dengan kerap.

Pam jenis ini amat sesuai untuk pemisahan sementara, bukan untuk mengekalkan atau menambah bekalan susu khususnya bagi ibu yang perlu bekerja.

Breast pump elektrik terbaik

Breast pump elektrik biasanya menjadi pilihan kebanyakan ibu bekerja dan mereka yang perlu mengepam susu untuk si kecil secara tetap. Jenis pam ini biasanya mesra bajet dan juga mudah alih.

Kebanyakan pam elektrik menawarkan pilihan dari segi kekuatan sedutan dan mempunyai mod yang berbeza. Ia biasanya bermula dengan mod letdown (atau mod urutan) – lebih pantas dan ringan.

Selepas beberapa minit, breast pump elektrik akan bertukar kepada mod pengekstrakan – yang lebih perlahan dan steadier (mantap).

Pam susu bateri

Pam jenis ini menggunakan bateri untuk menggerakkan motor kecil yang mengendalikan pam. Pam ini biasanya lebih kecil dan ringan berbanding pam elektrik.

Walau bagaimanapun, jenis pam ini biasanya tidak sekuat pam elektrik. Ia juga tidak menawarkan banyak pilihan untuk kekuatan sedutan dan pembolehubah lain seperti yang dilakukan pam elektrik.

Pam susu kendalian bateri ini merupakan breast pump terbaik jika tempat yang anda pergi tidak mempunyai punca bekalan elektrik seperti di dalam kereta atau di atas kapal terbang.

Penggunaan pam bateri mudah alih ini amat sesuai untuk mengepam susu sekali-sekala.

Pam susu manual atau breast pump elektrik terbaik?

Jadi yang manakah breast pump terbaik, manual atau elektrik?

Sesetengah ibu lebih suka pam manual kerana ia lebih murah, senyap dan mudah alih, jadi boleh digunakan jika anda berada di tempat kerja atau semasa keluar.

Ada juga ibu menyusu lebih sukakan keselesaan dan kelajuan pam elektrik, kerana anda tidak perlu bekerja keras ketika menggunakannya.

Tidak dinafikan sesetengah ibu mungkin tidak menyukai pam elektrik kerana kelajuan mengepamnya. Tetapi biasanya kelajuannya boleh diubah mengikut kesesuaian – bermula dengan sedutan lembut dan kemudiannya ditingkatkan.

Pam elektrik juga didatangkan dengan pilihan sebagai pam payudara berganda – bermakna anda dapat mengepam susu daripada kedua-dua belah payudara sekali gus dan menjimatkan masa.

Contoh pam susu elektrik.
Contoh pam susu elektrik.

Breast pump terbaik mengikut keperluan

Setiap ibu menyusukan bayi akan mempunyai keperluan mengepam yang berbeza sepanjang perjalanan penyusuan mereka.

Anda pastinya menginginkan pam yang dapat memenuhi keperluan tersebut, bajet dan selesa untuk digunakan.

Kesimpulan

Bagi menentukan pam susu yang terbaik dan sesuai adalah bergantung kepada kekerapan jangkaan untuk mengepam.

Jika masih tidak dapat membuat keputusan, berundinglah dengan pakar laktasi untuk mendapatkan lebih kepastian. Anda juga boleh mendapatkan perkongsian pengalaman dengan ibu-ibu lain mengenai pam susu pilihan mereka.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to buy the best breast pump. https://www.which.co.uk/reviews/breastfeeding/article/how-to-buy-the-best-breast-pump-a1yoh8N3mQw5, Accessed on Aug 19, 2022
  2. Choosing a Breast Pump. https://breastfeedingusa.org/content/article/choosing-breast-pump, Accessed on Aug 19, 2022
  3. Breast Pump Buying Guide. https://www.consumerreports.org/babies-kids/breast-pumps/buying-guide/, Accessed on Aug 19, 2022
  4. Hayes, D. K., Prince, C. B., Espinueva, V., Fuddy, L. J., Li, R., & Grummer-Strawn, L. M. (2008). Comparison of manual and electric breast pumps among WIC women returning to work or school in Hawaii. Breastfeeding medicine : the official journal of the Academy of Breastfeeding Medicine, 3(1), 3–10. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18333763/, Accessed on Aug 19, 2022
  5. Breastfeeding: Choosing a Breast Pump. https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/ta6306, Accessed on Aug 19, 2022 
  6. Types of Breast Pumps. https://www.fda.gov/medical-devices/breast-pumps/types-breast-pumps#,  Accessed on Aug 19, 2022 

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Risau Susu Badan Tak Cukup? Apa Kata Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

Teruskan Penyusuan Susu Badan Walaupun Sudah Bekerja? Ini 8 Tip Untuk Dicuba, Pasti Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan