Minggu demi minggu

Susu Time! Tapi Bagaimana Nak Bangunkan Bayi Untuk Menyusu? Ada 7 Cara Ibu Boleh Cuba

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Eh, dah pukul 1 petang, sudah waktu penyusuan tetapi si comel masih tidur. Hmmm… perlu ke bangunkan bayi untuk menyusu atau tunggu sehingga dia bangun sendiri sahaja?

Waktu penyusuan

Bayi yang baru lahir perlu menyusu setiap 2 hingga 3 jam, tetapi kalau dia sedang melelapkan mata, adakah masih perlu untuk bangunkan si manja?

Tidak sampai hati pula untuk mengganggu si comel sedang nyenyak tidur.

Itu adalah 1 situasi biasa yang dialami oleh mana-mana ibu dan kami benar-benar memahami keadaan tersebut.

Lagipun, pastinya si kecil nampak comel ketika sedang tidur, bukan?

Tetapi waktu penyusuan adalah penting terutamanya untuk perkembangan kesihatan si manja serta bagi memastikan bekalan susu berada pada tahap terbaik. 

Perlukah bangunkan bayi untuk menyusu?

Patut ataupun tidak seorang ibu bangunkan bayi untuk menyusu adalah bergantung kepada:

  • Usia bayi
  • Berat bayi
  • Kesihatan keseluruhan bayi

Adalah sesuatu yang normal untuk bayi yang baru dilahirkan kehilangan berat pada beberapa hari pertama selepas kelahirannya. 

Namun, sehingga bayi anda mendapatkan semula beratnya yang hilang – anggaran dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas lahir – adalah mustahak untuk ibu menyusukannya secara kerap. 

Ini bermakna anda perlu mengejutkan si manja untuk penyusuan, lebih-lebih lagi jika bayi tidur nyenyak hingga lebih daripada 4 jam. 

Sebaik sahaja bayi mendapatkan pola berat badan yang sepatutnya, anda boleh mengubah waktu penyusuan sehingga si kecil terjaga dari tidurnya.

4 alasan bangunkan bayi untuk menyusu

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan untuk mengejutkan bayi jika mereka tidur berterusan sehingga lebih daripada 4 jam pada 2 minggu pertama.

Ini kerana kebanyakan bayi yang baru lahir perlu menyusu antara 8 hingga 12 kali sehari. Lebih kurang, sekali penyusuan bagi setiap 2-3 jam. 

Mungkin anda masih rasa bersalah untuk mengejutkan si kecil yang sedang lena, namun berikut adalah sebabnya:

  1. Perut bayi cepat kosong

Fakta mengatakan bayi akan mencerna susu ibu dengan cepat dan mudah, malahan lebih cepat berbanding pencernaan susu formula. 

Proses pencernaan yang cepat, ditambah dengan saiz perut bayi yang kecil – saiz perut bayi hanya lebih besar sedikit daripada bola ping-pong pada usia 2 minggu – maka keperluan fisiologinya perlu dipenuhi setiap 2-3 jam. 

Manakala bayi yang diberikan susu formula, waktu penyusuan pula adalah lebih kurang antara 3-4 jam pada bulan pertama.

Ini kerana susu formula memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna.

waktu penyusuan

  1. Perlu tambahkan berat badan

Tidak mendapat makanan yang mencukupi boleh memperlahankan proses pertambahan berat bayi.

Bayi baru lahir biasanya hilang antara 5-10% berat selepas kelahiran, bergantung kepada kaedah bersalin.

Mereka memerlukan tempoh beberapa minggu pertama untuk mendapatkan kembali kehilangan berat tersebut.

Tidak mendapat makanan yang mencukupi juga cenderung menyebabkan masalah komplikasi berkaitan jaundis (demam kuning) dan tekanan darah rendah.  

  1. Bekalan susu

Jika anda menyusu badan, penyusuan yang kerap dapat membantu menambah dan mengekalkan tahap bekalan susu badan.

Sekiranya anda kurang menyusukan bayi, ia boleh mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu. 

  1. Tanda kelaparan

Bayi biasanya akan mengeluarkan isyarat kelaparan seperti memegang bibir atau menghisap jari. 

Namun, apabila mereka benar-benar lapar, tangisanlah isyarat paling nyata.

Dan, jika ia berlaku anda mengalami sedikit kesukaran untuk menenangkan bayi yang menangis.

Jadi perhatikan sebarang signal tanda lapar yang mungkin diberikan si manja bagi memudahkan proses penyusuan.

Tetapi bagaimana untuk bangunkan si manja yang sedang tidur tanpa membuatkan mereka terkejut dan menangis?

Tip bangunkan bayi untuk menyusu

Untuk bangunkan si manja yang sedang lena bukanlah 1 perkara mudah.

Berikut dikongsikan 7 cara yang boleh ibu cuba untuk bangunkan si manja:

  1. Sentuh si manja

Bangunkan si kecil dengan sentuhan lembut. Caranya adalah dengan menyentuh tapak kakinya. Anda juga boleh berikan sentuhan lembut pada tangan, kaki dan belakang badannya.

  1. Bercakap dengan bayi

Cuba untuk ‘berbual’ dengan si manja yang sedang tidur. Mendengar suara anda mungkin cukup untuk membuatkan mereka terjaga.

  1. Alihkan selimut

Jika bayi kelihatan selesa dengan selimut yang membaluti tubuhnya, cuba alihkan selimut tersebut. 

Tetapi ingat, bayi boleh kehilangan suhu badan dengan cepat, jadi jangan biarkan bayi terdedah kepada cuaca sejuk untuk tempoh yang lama.

  1. Tukar lampin

Pergerakan yang berlaku di sekitarnya dan perasaan apabila lampin ditukar cukup bagi bangunkan bayi untuk menyusu.

Pastikan anda sudah bersedia untuk proses penyusuan badan selepas itu.

7-cara-bangunkan-bayi-untuk-menyusu

  1. Gunakan kain basah

Aik, masih tidak bangun lagi? Mungkin anda boleh cuba lapkan kain basah (suam) pada muka si kecil.

  1. Sendawakan bayi

Tepuk dan gosokkan perlahan-lahan bahagian belakang bayi untuk membuatkan dia terjaga.

Sendawa juga dapat menyingkirkan udara yang terperangkap dalam perut si kecil dan boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa.

  1. Dekatkan bayi kepada payudara

Seandainya tip di atas masih tidak berjaya, cuba kaedah ini pula.

Rooting reflex (refleks menghisap) yang ada dalam bayi akan membuatkannya tetap menyusu walaupun sedang tidur.

Anda juga boleh menitiskan beberapa titisan susu pada mulut si manja. Bau dan rasa susu mungkin akan membantu mereka menyusu. 

Waktu penyusuan penting

Walaupun anda berasa kasihan perlu bangunkan bayi untuk menyusu, tetapi ia adalah 1 proses penting dalam tumbesaran si manja. 

Jadi walau senyenyak mana bayi anda sedang lena, bangunkan dia untuk penyusuan. Sebaiknya ikutilah waktu penyusuan disarankan demi perkembangan bayi yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 28/04/2020 | Kali terakhir kemaskini: 14/09/2020

Artikel lain untuk anda

cara menidurkan bayi

Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur, Tapi Ada Manfaat Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
cara menyusu anak kembar

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
kerja rumah

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Ramai yang percaya bahawa pendingin hawa bahaya untuk bayi. Tapi, betul ke? Penggunaan penyaman udara sebenarnya boleh buatkan bayi tidur dengan lebih lena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

Susu badan atau formula, kedua-duanya baik untuk tumbesaran. Tapi kenapa berat badan bayi diberikan penyusuan susu ibu kurang berbanding susu formula?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

Nak Jadi Bapa Mithali? Bakal Ayah Kena Sedia Dengan Perubahan Ini, Anak Terjaga, Isteri Gembira!

Kelahiran bayi pastinya menyempurnakan kehidupan. Tetapi ia juga akan menyebabkan berlakunya perubahan kehidupan, bersediakah anda, wahai bakal ayah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

Semasa vaping, nikotin di dalamnya diserap masuk ke sistem badan. Tetapi adakah terdapat kesan nikotin vape dalam susu badan jika ibu penghisap vape?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 10/08/2020 . 3 minit bacaan