Anda perlu menyediakan beberapa item untuk menjayakan formula ini. Tanpa mengira anda menyusukan si kecil anda dengan susu botol, susu botol bercampur susu badan mahupun susu badan sepenuhnya, anda memerlukan item yang berikut.

Puting mempunyai banyak bentuk yang berlainan (termasuklah beberapa bentuk ortodontik dan selainnya yang mempunyai tapak yang baik mengikut puting) dan mempunyai saiz lubang yang berlainan (lebih kecil untuk bayi, lebih besar untuk kanak-kanak). Puting silikon tidak mempunyai bau atau rasa, tidak terlalu anjal, boleh dibasuh dan lutsinar bagi memastikan kebersihan. Anda boleh mencuba jenis puting yang berlainan untuk menentukan yang terbaik untuk anak anda.
Jika anak anda menyusu botol, perkakas yang diperlukan bergantung kepada formula yang anda ingin gunakan. Anda perlu membeli botol dan berus untuk membersihkan puting, botol pengukur, gelas pengukur dan pembuka, pengaduk dan bekas untuk memastikan puting dan penutup tidak hilang ketika mencuci botol di sinki.
Jika anda mahu meminta orang lain menyusukan si kecil anda ketika anda bekerja atau perlu keluar dalam masa beberapa jam, sila beli mesin pengisi susu.
Anda boleh beli jika mahu walaupun ini bukan item untuk mengadunkan susu bayi formula. Puting palsu dapat melekakan si kecil yang kelaparan dan membantu anda untuk tidak kelam-kabut. Cari jenis yang mengalirkan udara serta tebal. Puting palsu diperbuat daripada silikon dan mudah dicuci. Anda diingatkan untuk tidak melekatkan reben atau tali yang panjangnya lebih 15 cm pada puting palsu mahupun perkakas untuk si kecil.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Bottle-feeding babies: equipment and formula http://raisingchildren.net.au/articles/bottle-feeding_babies_equipment_formula.html. Accessed August 30, 2016.
Breastfeeding and supplementing with formula http://www.babycenter.com/0_breastfeeding-and-supplementing-with-formula_8484.bc. Accessed August 30, 2016.
Versi Terbaru
17/07/2023
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz