Kebanyakan individu menganggap penyusuan badan adalah satu perkara yang mudah sahaja. Hakikatnya, penyusuan badan merupakan satu cabaran yang sangat besar terutamanya buat wanita yang baru menjadi ibu. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebenaran yang mungkin masih belum diketahui mengenai penyusuan badan.
Kesakitan ketika penyusuan badan
Kebanyakan ibu akan mengalami kesakitan pada puting ketika awal minggu anda melakukan penyusuan badan. Jika terdapat tanda kerosakan pada puting, anda mungkin menghidapi infeksi. Sekiranya ini berlarutan dan anda masih berasa sakit ketika penyusuan badan, segera dapatkan bantuan pakar perubatan. Jika tidak dirawat, Infeksi yang berlaku pada puting mampu mendatangkan komplikasi yang lebih serius.