Umur Berapa Anak Boleh Mula Berpuasa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Puasa merupakan kewajiban bagi setiap Muslim yang sudah mencapai akil baligh. Namun, banyak keluarga yang sudah menerapkan amalan puasa untuk anaknya dari usia kecil, bermula daripada puasa setengah hari sampai puasa satu hari penuh. Hal ini dilakukan untuk membiasakannya  berpuasa di bulan Ramadan sebagai persediaan apabila dewasa kelak.

Namun, pada usia berapakah anak anda sudah boleh berpuasa? Adakah puasa yang dilakukan oleh anak kecil tidak mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangannya? Mari kita bincangkan.

Adakah anak saya sudah mampu untuk berpuasa?

Untuk menilai sama ada anak anda sudah mampu menjalankan ibadah puasa atau tidak, anda harus mengetahui pertumbuhan dan perkembangan anak anda sekarang. Adakah anak anda memiliki berat badan yang normal atau tidak? Bagaimanakah perkembangan anak anda, adakah sama seperti perkembangan rakan sebayanya?

Jika anak anda memiliki pertumbuhan dan perkembangan yang normal, mendidik anak anda menjalankan ibadah puasa tidak menimbulkan masalah. Namun, jika anak anda memiliki berat badan yang kurang daripada normal atau anak anda kelihatan kurus, sebaiknya jangan memaksa anak anda untuk berpuasa. Puasa untuk anak yang belum baligh tidak wajib, walaupun tidak ada salahnya untuk mengajarnya berpuasa. Usia anak mampu mula berpuasa berbeza bergantung kepada kemampuan individu. Bincangkan dengan doktor anda sebelum menyuruh anak anda berpuasa.

Anak anda sangat memerlukan nutrien yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangannya yang cepat dibandingkan dengan orang dewasa. Pada usia ini, anak anda melewati pelbagai tahap pertumbuhan dan perkembangan. Jika pengambilan nutrien anak anda berkurang pada masa ini, ia mungkin menganggu pertumbuhan dan perkembangannya. Oleh itu, jika anak anda berpuasa, usahakan agar tidak mengurangkan jumlah pengambilan nutrien yang harus diberikan kepada anak anda.  Anak anda boleh diajarkan puasa secara bertahap, mulai dari puasa setengah hari hingga puasa sepenuh hari agar anak anda tidak terkejut menerima perubahan.

Puasa yang bagaimanakah sesuai untuk anak saya?

Anak anda berisiko mengalami masalah pada saat puasa karena ukuran tubuhnya yang kecil, keperluan zat nutriennya yang besar, serta ketidakmampuannya menyediakan makanan untuk dirinya sendiri. Berbeza dengan orang dewasa, zat-zat nutrien yang masuk ke dalam tubuh anak anda digunakan untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Disebabkan itu, kekurangan sedikit sahaja nutrien boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak anda. Untuk memastikan ibadah puasa tidak mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak anda, anda harus memberikan perhatian lebih pada pemakanan anak anda.

Untuk memenuhi keperluan nutrien anak yang sedang berpuasa, sebaiknya pastikan anak anda menerima:

  • Makanan yang mengandung karbohidrat kompleks dan protein. Karbohidrat kompleks membantu anak anda tidak cepat merasa lapar karena karbohidrat tersebut melepaskan tenaga secara perlahan. Sementara protein diperlukan anak anda untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Makanan yang sesuai untuk anak anda sewaktu sahur adalah telur, keju, roti gandum, dan sayuran. Jangan lupa untuk tambahkan buah dan sayuran dalam menu berbuka dan sahur sebagai sumber vitamin dan mineral.
  • Elakkan makan makanan manis saat sahur. Makanan yang mengandungi gula sederhana dapat meningkatkan kadar gula darah secara semula jadi. Hal ini dapat menyebabkan lapar dan cepat penat kerana kadar gula darah dapat turun dengan cepat. Namun, pilihlah makanan yang mengandungi gula sederhana saat berbuka puasa, seperti kurma dan jus buah. Gula sederhana ini membantu mengisi kembali tenaga tubuh setelah lama berpuasa.
  • Minum banyak air. Minum banyak air sangat diperlukan saat sahur dan buka puasa. Minum air yang cukup mencegah tubuh anak anda daripada terhidrasi, terutamanya sewaktu berpuasa dalam waktu yang panjang.
  • Elakkan minuman yang berkafein. Sebaiknya beri anak anda air putih dan bukan minuman yang mengandung kafein seperti kopi, teh, dan soda.  Kafein merangsang tubuh untuk mengeluarkan lebih banyak cecair sehingga tubuh memerlukan lebih banyak cecair untuk menggantinya.
  • Elakkan makanan berminyak dan yang digoreng. Makanan berminyak dan yang digoreng berbahaya bagi tubuh anak anda. Perut anak anda lebih sensitif dibandingkan dengan perut orang dewasa. Mengelakkan makanan ini dapat mencegah anak anda mengalami sakit perut dan muntah sewaktu berpuasa.

Tanda anak mengalami dehidrasi

Dehidrasi merupakan hal yang dirisaukan terjadi pada anak anda sewaktu puasa. Kenali tanda-tanda dehidrasi supaya anda dapat mencegahnya. Berikan anaka anda minuman dengan segera jika anak anda kelihatan mengalami tanda-tanda berikut:

  • Lemah dan lesu
  • Mudah marah atau mudah tersinggung
  • Mulut kering
  • Haus berlebihan
  • Mata kelihatan penat

Perhatikan waktu tidur anak

Sebaiknya anak anda tidur pada siang hari karena jika anak anda menghabiskan waktu siang hari dengan bermain, anak anda mungkin akana kehabisan tenaga dan tidak kuat untuk menjalani puasa. Pada malam hari, pastikan anak anda tidur awal. Anak anda memerlukan waktu tidur selama 9-11 jam. Rangsangan pertumbuhan pada anak anda berlaku sewaktu tidur karena hormon pertumbuhan dilepaskan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 30/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    7-tip-menyusukan-badan-ketika-berpuasa

    Risau Kesan Pada Bayi Jika Menyusukan Anak Ketika Berpuasa? Cuba Amalkan 7 Tip Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan