Risau melihat berat badan si kecil yang susah naik? Sebelum mencari cara menambah berat badan anak secara cepat, penting untuk ibu bapa tahu sama ada berat anak benar-benar berada di bawah julat yang sihat mengikut umur dan tumbesarannya.
Risau melihat berat badan si kecil yang susah naik? Sebelum mencari cara menambah berat badan anak secara cepat, penting untuk ibu bapa tahu sama ada berat anak benar-benar berada di bawah julat yang sihat mengikut umur dan tumbesarannya.

Setiap kanak-kanak membesar pada kadar yang berbeza. Jadi, matlamatnya bukan sekadar menaikkan angka pada penimbang, tetapi memastikan anak mendapat makanan yang cukup berkhasiat untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sukar untuk menentukan sama ada anak kurang berat badan hanya berdasarkan rupa atau berat semata-mata. Pertumbuhan biasanya dinilai berdasarkan umur, jantina, berat dan ketinggian anak.
Anda boleh menggunakan carta pertumbuhan atau kalkulator BMI kanak-kanak untuk mendapatkan gambaran awal.
Jika berat anak tidak meningkat seperti yang sepatutnya atau anda mempunyai kebimbangan tentang tumbesarannya, berbincanglah dengan doktor pediatrik untuk mengetahui puncanya.
Antara faktor yang mungkin menyebabkan berat anak sukar meningkat termasuk:
Jadi, elakkan terus memaksa anak makan atau memberikan makanan tinggi kalori tanpa mengetahui puncanya.
Jika anak memang memerlukan pertambahan berat badan, perubahan kecil dalam pemakanan harian boleh membantu.
Sediakan tiga hidangan utama bersama 2 hingga 3 hidangan snek mengikut keperluan anak.
Antara pilihan yang boleh diberikan:
Bagi cara menaikkan berat badan anak 3 tahun atau anak yang lebih besar seperti 7 tahun, jumlah makanan dan keperluan tenaga mungkin berbeza. Jadi, saiz hidangan perlu disesuaikan dengan umur dan selera anak.
Sedikit tambahan lemak boleh meningkatkan kandungan tenaga dalam hidangan tanpa perlu menambah jumlah makanan dengan banyak.
Contohnya, anda boleh:
Untuk anak kecil, pastikan kekacang dan mentega kacang diberikan dalam bentuk yang sesuai bagi mengurangkan risiko tercekik.
Snek juga boleh membantu menambah pengambilan tenaga harian anak.

Antara idea yang mudah termasuk:
Elakkan memaksa anak menghabiskan makanan. Sebaliknya, wujudkan rutin makan yang konsisten dan suasana yang selesa.
Anda boleh:
Tekanan ketika waktu makan boleh membuatkan anak semakin tidak selesa dan kurang berminat untuk makan.
Ramai ibu bapa mungkin tertanya-tanya, apakah vitamin yang boleh membantu anak menambah berat badan?
Sebenarnya, vitamin bukan bertujuan untuk menaikkan berat badan secara langsung. Jika anak mempunyai kekurangan nutrien tertentu, doktor atau pakar pemakanan mungkin mencadangkan suplemen yang sesuai berdasarkan keperluannya.
Jangan berikan sebarang suplemen atau produk untuk menaikkan berat badan anak tanpa mendapatkan nasihat profesional kesihatan terlebih dahulu.
Tidak semestinya. Pertambahan berat badan yang sihat perlu berlaku mengikut kadar tumbesaran anak.
Jika berat anak tidak meningkat, semakin menurun atau anak kelihatan terlalu kecil berbanding pertumbuhan sebelumnya, dapatkan pemeriksaan doktor.
Pemeriksaan penting untuk mengenal pasti sama ada terdapat masalah pemakanan, kesihatan atau faktor lain yang mempengaruhi tumbesaran.
Cara menambah berat badan anak secara cepat bukanlah dengan memberikan sebanyak mungkin makanan berkalori tinggi.
Sediakan hidangan utama dan snek yang sesuai, tambah sumber lemak sihat serta jadikan waktu makan lebih menyeronokkan.
Jika berat anak masih sukar meningkat atau anda bimbang tentang tumbesarannya, dapatkan nasihat doktor untuk menentukan langkah yang paling sesuai.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
15/09/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa