Mencari cara mudah hafal sifir untuk bantu anak? Ini kerana anak mengadu kalau tidak menghafal sifir, nanti sukar untuk menjawab soalan daripada guru Matematik.
Tidak dinafikan untuk menghafal sifir ini bukanlah perkara mudah. Namun jika anda tahu cara untuk menghafalnya, pastinya ia tidak menjadi sukar.
Teruskan membaca untuk mengetahui kaedahnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cara mudah hafal sifir
Sebenarnya bagi melatih anak untuk mahir dalam subjek matematik, khususnya melibatkan sifir, terdapat beberapa perkara yang perlu diamalkan.
Separuh-separuh
Untuk menghafal 12 sifir sekali gus sememangnya sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Jadi galakkan anak untuk menghafal sifir separuh-separuh agar lebih mudah untuk mengingatinya.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Fokuskan kepada satu sifir setiap hari, contohnya untuk hari ini sifir 3. Maka hafal 1 hingga 6 darab 3 terlebih dahulu. Sebut dan ulang sehingga anak betul-betul dapat menghafalnya. Kemudian, barulah teruskan 7 hingga 12 darab 3 pula.
Kaedah ini dapat mengurangkan kecelaruan otak. Anak juga pastinya tidak berasa tertekan kerana tidak perlu menghafal terlalu banyak dalam satu-satu masa.
Kurangkan masa gajet, antara cara mudah hafal sifir
Tidak salah memberikan anak peluang untuk bermain gajet dan menonton televisyen.
Walau bagaimanapun tanpa disedari, pendedahan kepada teknologi ini secara berlebihan boleh membuatkan anak sukar untuk fokus semasa belajar seperti untuk menghafal sifir.
Jadi antara petuanya adalah untuk mengurangkan tempoh pendedahan gajet anak.
Hadkan masa dalam sehari untuk anak menonton televisyen atau bermain gajet. Secara perlahan-lahan anda pasti akan dapat melihat perubahan prestasi akademik anak.
Cara mudah hafal sifir guna jari
Jangan terkejut kerana penggunaan jari sebenarnya merupakan perkara paling wajib yang perlu dilakukan anak semasa menghafal.
Sebagai contoh, untuk sifir 1×2, minta anak untuk keluarkan jari pertama. Jari kedua untuk 2×2, manakala jari ketiga bagi 3×2 dan seterusnya.
Tujuan penghafalan menggunakan jari ini dipercayai dapat membantu anak untuk mengira semula jawapan untuk sifir-sifir tertentu nanti.
Satu minggu satu sifir
Kalau boleh anda mahukan anak menghafal semua sifir dengan cepat? AWAS, tindakan anda itu boleh mengakibatkan anak berasa lebih tertekan.
Usah terlalu memaksa anak untuk mengingati semua sifir dalam tempoh masa singkat. Bukankah wujud peribahasa “biar lambat asalkan selamat”?
Menghafal sifir dalam masa singkat mungkin menyebabkan anak tergopoh dan kesannya mereka mungkin lebih cepat lupa. Berikan anak masa secukupnya untuk fokus semasa menghafal.
Sebut dengan kuat
Sarankan anak untuk membaca sifir dengan lantang.
Ini kerana membaca dengan sebutan yang kuat lebih membantu anak untuk menghafal dan mengingatinya berbanding hanya membaca di dalam hati atau berbisik.
Baca juga: