Anak Batuk Teruk? Nanti Dulu, Ibu! Jangan Bagi Si Kecil Makan Ubat Batuk Sembarangan, Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, sebagai ibu bapa, anda tidak boleh beri anak yang umur 6 tahun ke bawah makan ubat batuk sewenang-wenangnya?

Nak tahu kenapa? Jom ikuti artikel yang kami sediakan di bawah.

Bolehkah saya beri anak saya makan ubat batuk?

Sebenarnya, normal untuk kanak-kanak umur bawah 6 tahun mengalami demam 6-8 kali setiap tahun. Namun, ibu bapa yang prihatin pastilah akan rasa risau akan kesihatan anak mereka.

Tambah lagi, anak kecil yang diserang demam selalunya akan mengalami batuk dan selesema yang teruk. Kasihan pula jika dibiarkan tanpa rawatan!

Sebagai ibu bapa, sudah pastilah anda inginkan yang terbaik untuk anak anda. Tetapi, sebelum anda bertindak untuk membeli ubat batuk yang dijual di farmasi, fikir dua tiga kali dahulu!

Ada beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan ubat batuk terhadap kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Semua kajian yang dijalankan sejak 1985 telah membuktikan bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak perlukan ubat untuk melegakan batuk yang mereka alami.

Malah, kajian yang sama juga mendapati bahawa pemberian ubat batuk ini sama sahaja seperti anda memberikan anak anda makan sebiji gula-gula!

Walaupun ubat tersebut dapat mengurangkan simptom demam, namun ubat ini sebenarnya tidak dapat mengubat sakit yang mereka alami.

Sebenarnya, kanak-kanak akan sembuh seiring dengan masa.

Disebabkan ubat batuk tidak bertindak lebih daripada hanya sekadar plasebo, kanak-kanak yang mengalami demam sederhana dalam suhu 38°C (100.4 °F) ke bawah tidak perlu dirawat menggunakan sebarang ubat batuk.

Malah, demam ini sebenarnya merupakan satu cara untuk badan anak anda melawan jangkitan!

Oleh itu, pastikan anda periksa dulu label pada ubat yang anda beli. Elakkan daripada membeli sebarang ubat yang tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah.

Mengapa tidak boleh beri anak makan ubat batuk?

umur 6 tahun

Apabila anda berikan ubat over-the-counter (OTC) kepada si manja, anda perlu tahu bahawa ubat tersebut mungkin boleh membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sebagai contoh, ubat batuk yang mempunyai dextromethorphan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan kepada anak anda seperti pening kepala, mengantuk, mual, dan muntah-muntah.

Ubat yang dibeli di farmasi tanpa sebarang preskripsi boleh membawa bahaya kepada anak jika:

  1. Ubat tersebut diambil lebih daripada jumlah yang dicadangkan. 
  2. Ubat tersebut diberikan terlalu kerap. 
  3. Lebih daripada satu ubat yang mempunyai bahan yang sama digunakan untuk merawat anak anda. 

Selain itu, jangan berikan anak anda ubat yang dirumuskan untuk orang dewasa! Ubat untuk orang dewasa mempunyai dos yang lebih tinggi dan bahaya jika dimakan oleh kanak-kanak.

Disebabkan ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi ini tidak diuji keberkesanannya terhadap kanak-kanak, kesan ubat-ubatan ini terhadap kanak-kanak tidak dapat dipastikan oleh doktor.  

Oleh itu, untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ibu bapa digalakkan untuk membawa anak yang demam berjumpa doktor.

Pastikan anak anda selamat jika mereka perlu makan ubat

Jika anda mempunyai anak yang mempunyai umur 6 tahun ke bawah, anda perlu lebih berhati-hati semasa memberikan mereka ubat-ubatan.

Untuk penggunaan ubat dengan lebih selamat, pastikan anda amalkan langkah-langkah berikut:

  1. Pastikan anda dahulukan pemeriksaan oleh doktor.
  2. Jangan pernah gunakan ubat lebih yang berada di rumah. Jika anda ada sebarang ubat lebih, buang ubat tersebut dan jangan simpan terlalu lama.
  3. Jangan berikan anak anda ubat kepunyaan orang lain.
  4. Jangan berikan anak ubat untuk orang dewasa.
  5. Periksa ubat yang anda beli di farmasi. Jangan beli ubat dalam kotak yang telah terkoyak atau terbuka.
  6. Pastikan anda periksa tarih luput ubat tersebut sebelum membeli.

Anak anda mungkin tidak perlukan ubat batuk

Demam merupakan perkara yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Jika simptom yang anak anda alami tidak mengganggu mereka, maka dia mungkin tidak perlukan sebarang rawatan ataupun ubat.

Tambahan lagi, ramai kanak-kanak yang boleh bermain dengan normal walaupun mereka sedang demam.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika simptom demam membuatkan si manja sukar tidur ataupun batuk teruk.

Ubat seperti acetaminophen ataupun ibuprofen boleh mengurangkan demam yang anak anda alami.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin memberikan anak anda ubat tahan sakit, pastikan anda berikan ubat tersebut mengikut dos dengan tepat.

Jangan berikan acetaminophen sakit kepada bayi yang berumur kurang daripada 3 bulan. 

Ibuprofen pula tidak boleh diberikan kepada bayi yang berusia kurang daripada 6 bulan.

Selain itu, pastikan anak anda minum banyak air untuk kekal hidrat.

Jika boleh, elakkan daripada memberi ubat batuk ya! Pemberian ubat batuk mungkin tidak perlu dan hanya akan sebabkan anak anda ketagih!

Kesimpulan

umur 6 tahun

Siapa yang tidak risau apabila anak jatuh sakit. Namun, sebagai ibu bapa yang prihatin, anda tidak patut memberikan si manja makan ubat yang anda beli di farmasi.

Jika anak anda sakit, pastikan dia mendapat rehat yang mencukupi. Gunakan alat semburan salin untuk legakan hidung mereka yang tersumbat.

Selain itu, anda juga boleh gunakan alat pelembap udara di dalam bilik untuk kurangkan hidung tersumbat. Anda juga boleh tinggikan bantal supaya anak boleh bernafas dengan baik. 

Pendek kata, jika anak anda demam atau sakit, pastikan anda bawa si kecil berjumpa dengan doktor. Doktor boleh memberi preskripsi ubat mengikut umur dan penyakit yang dihidapi anak anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

ubat batuk

Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti-Henti, Cuba 10 Ramuan Ubat Semulajadi Dari Rumah Ini, Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 01/05/2019 . 8 minit bacaan
Chlorpheniramine

Chlorpheniramine

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
Diterbitkan pada 13/04/2018 . 1 minit bacaan
Copastin (cloperastine HCL)

Copastin (cloperastine HCL)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh JX Chan
Diterbitkan pada 07/04/2018 . 3 minit bacaan
Mucothiol

Mucothiol

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 04/04/2018 . 4 minit bacaan