backup og meta

Bukan Boleh Main Beli Aje Produk Untuk Baby! Ini 9 Tip Untuk Panduan Mummy Daddy

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

    Bukan Boleh Main Beli Aje Produk Untuk Baby! Ini 9 Tip Untuk Panduan Mummy Daddy

    Dalam keseronokan mendapat baby comel, anda seharusnya tidak mengambil mudah aspek penjagaannya. Dalam artikel ini dikongsikan cara memilih produk penjagaan kulit bayi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Penjagaan baby comel

    Kulit bayi sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet atau ruam.

    Berikut beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kulit baby comel anda dalam keadaan licin, lembut dan mulus.

    1. Memikirkan semula waktu mandi

    Bagi waktu mandi, anda perlu ingat bahawa:

    • Anda tidak perlu menyabunkan seluruh badan bayi. Gunakan span mandi di sekitar kawasan lampin, mulut, paha dan pipi sudah mencukupi.
    • Pilih pembersih cecair ringan iaitu sabun bebas bau dan pewarna. Jenis ini tidak akan mengeringkan kulit bayi atau menyakitkan mata.
    • Elakkan sabun buku atau mandian buih.
    • Pegang kepala anak anda.
    • Periksa suhu air jika terlalu panas sehingga boleh membahayakan anak.
    1. Lindungi dari cahaya matahari

    Jika baby comel berusia kurang dari 6 bulan, anda harus cuba melindunginya dari cahaya matahari langsung seboleh mungkin.

    Ini terutamanya antara pukul 10 pagi dan 4 petang iaitu waktu di mana cahaya matahari paling kuat.

    Apabila sudah melebihi 6 bulan dan perlu keluar di siang hari, anda perlu:

    • Menutup kulit bayi menggunakan topi atau baju lengan panjang dan seluar panjang.
    • Pakaikan mereka cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet (UV).
    • Gunakan pelindung matahari ke atas kawasan kecil yang mungkin susah untuk dilindungi dengan baju seperti muka dan tangan. Jangan biarkan pelindung matahari bersentuhan dengan mata. Gunakan semula setiap 2 jam atau selepas bayi membuang air kencing.

    produk penjagaan kulit bayi

    1. Pelembap, salah satu produk penjagaan kulit bayi

    Kulit anda perlu dalam keadaan lembap, begitu juga kulit baby comel.

    Berbanding menggunakan losyen, anda patut fikirkan tentang krim atau salap (ointment)  pelembap bebas pewangi kerana losyen biasa lebih berkemungkinan untuk merengsa kulit bayi yang sensitif.

    Anda boleh menyapu krim atau salap tersebut selepas memandikan anak untuk  mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulitnya.

    Jangan lakukannya dengan kerap. Dua kali sehari mungkin sudah mencukupi jika kulit anak agak kering, cuaca sejuk dan kering atau jika bayi mengalami ekzema.

    1. Melegakan kawasan yang sensitif

    Kulit di kawasan lampin kebiasaannya basah dan cenderung kepada alahan. Anda boleh melegakan kawasan sensitif ini dengan beberapa tip berikut:

    • Tukar lampin dengan kerap.
    • Gunakan kain lap atau tisu basah bebas alkohol dan wangian untuk memastikan kawasan terbabit bersih.
    • Biarkan anak anda bebas lampin apabila boleh.
    • Gunakan salap atau krim pelindung seperti jeli petroleum sebelum meletakkan lampin baru.
    1. Penjagaan jerawat

    Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan memastikan ia sentiasa kering dan bersih dan menahan diri dari memecahkan jerawat tersebut kerana ia boleh menyebabkan parut kekal.

    Jerawat tersebut akan hilang dengan sendiri.

    Walau bagaimanapun, jika masalah ini berkekalan atau semakin buruk dengan kegatalan dan ketidakselesaan, anda harus meminta nasihat daripada doktor memandangkan ia mungkin disebabkan penyakit kulit lain seperti ekzema.

    produk penjagaan kulit bayi

    Kriteria pemilihan produk penjagaan kulit bayi

    Terdapat beberapa kriteria pemilihan set produk penjagaan kulit bayi yang mungkin ibu bapa tidak tahu. 

    1. Baca label terlebih dahulu

    Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa setiap kali ingin membeli sesuatu barangan, termasuklah produk penjagaan kulit bayi.

    Ini bertujuan memastikan produk tersebut tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna, bahan pewangi atau bahan kimia yang boleh membahayakan dan menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.

    Selain itu, periksa juga bahan dan ramuan, deskripsi penggunaan, tempoh luput, tempat dan nama kilang pembuatan serta jika terdapat apa-apa amaran pengunaannya.

    1. Bebas alkohol

    Alkohol banyak digunakan di dalam produk penjagaan kulit individu dewasa kerana ia berupaya membuat kulit kering dan bebas minyak.

    Namun begitu, alkohol adalah berbahaya kepada bayi kerana ia boleh menyebabkannya terlalu kering lalu menyebabkan kerengsaan dan kegatalan pada kulit.

    Antara nama lain yang digunakan bagi menggantikan alkohol adalah ethanol, ethyl alcohol atau cetearyl alcohol.

    Baca juga:

    1. Bebas alkali

    Alkali banyak digunakan dalam produk berasaskan sabun.

    Antara jenis alkali yang digunakan dalam proses pembuatan sabun adalah NaOh (sodium hidroksida) dan KOH (potassium hidroksida).

    Bahan-bahan ini berisiko mengubah tahap keseimbangan pH pada kulit baby comel lalu menyebabkan kerengsaan.

    1. Bebas phthalate, paraben dan formaldehida.

    Bahan kimia ini sememangnya akan mendatangkan bahaya kepada kulit bayi. Oleh itu, jangan sesekali memilih produk penjagaan kulit bayi yang memiliki bahan kimia ini.

    1. Produk bebas sodium karbonat

    Sodium karbonat atau sodium hidroksida bersifat korosif dan menghakis semua jaringan tubuh yang mampu menjejaskan mata dan sistem pernafasan.

    Selain itu, bahan kimia ini juga berbahaya kepada bayi dan boleh meningkatkan risiko ekzema. Sekiranya mereka tertelan bahan kimia ini, ia juga boleh mendatangkan maut.

    1. Produk penjagaan kulit bayi bebas antibakteria atau antimikroba

    Antibakteria dan antimikroba juga amat berbahaya kepada kulit bayi kerana boleh mengakibatkan kekeringan dan kerengsaan.

    Anda sangat disarankan untuk tidak membeli produk yang diformulasikan dengan bahan kimia ini untuk mengelakkan masalah pada kulit si kecil kesayangan.

    1. Produk dengan kandungan pelembut dan pewangi

    Sekiranya bayi tidak mempunyai sebarang masalah kulit, anda boleh memilih produk mandian dengan pelembut dan pewangi.

    Namun jika bayi mempunyai masalah ekzema, elakkannya kerana ia boleh mendatangkan kegatalan pada kulit si kecil.

    produk penjagaan kulit bayi

    1. Produk mengandungi kadar ph 5.5 

    Paling penting, anda perlu memilih produk dengan penjelasan kadar pH yang ideal untuk bayi iaitu 5.5. Ini dapat membantu kesihatan lapisan kulit bayi .

    1. Diuji di makmal dermatologi

    Ujian ini hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar dermatologi bagi membuktikan kesahihan produk tersebut.

    Jika ya, pertimbangkan untuk mencuba produk penjagaan kulit bayi itu kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menggunakannya kepada si kecil.

    Jika terdapat sebarang kesan sampingan berlaku kepada kulit bayi berhenti menggunakan produk tersebut dan segera bawa si kecil berjumpa doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan