8 Sebab Kenapa Lagu Kanak-Kanak Seperti ‘Baby Shark’ Penting Untuk Tumbesaran Anak Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Cuba anda imbau kembali zaman kanak-kanak anda. Sudah pasti segala memori pahit dan manis masih anda ingat sehingga kini, bukan?

Hakikatnya, zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling gembira kerana kita tidak perlu memikirkan mengenai cabaran-cabaran hidup yang timbul apabila melangkah ke alam kedewasaan berkenaan kerjaya, kewangan, hubungan dan pelbagai lagi.

Mungkin semasa zaman kanak-kanak juga terdapat cabarannya tersendiri, seperti menghafal lagu kanak-kanak yang guru anda ajar di sekolah.

Ya, ia mungkin bukan satu cabaran yang besar. Akan tetapi, ia adalah sangat penting buat seorang kanak-kanak.

Ini kerana lagu kanak-kanak sudah menjadi sebahagian daripada pelan pengajaran dan pembelajaran di sekolah di seantero dunia.

Bukan sahaja di sekolah, anda juga boleh lihat lagu kanak-kanak dinyanyikan di kaca televisyen dan corong radio.

Antara contoh yang paling popular di negara kita kini adalah Didi & Friends, Omar & Hana dan lain-lain. Dan jika anda adalah anak 90-an, sudah pasti anda masih ingat rancangan ALONG, bukan?

Mungkin ada individu yang masih belum tahu bahawa lagu kanak-kanak sebenarnya membawa banyak manfaat terhadap kanak-kanak. Ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.

lagu kanak-kanak

Kanak-kanak & muzik

Kanak-kanak dilahirkan sebagai seorang artis yang semula jadi. Beri sahaja peluang kepada mereka untuk bercerita, berjenaka, menari atau menyanyi, sudah pasti mereka tidak akan melepaskan peluang tersebut dan mempersembahkan karya seni mereka kepada anda.

Cuba anda bayangkan bagaimana anak anda dapat belajar abjad A sehingga Z dan angka 1 sehingga 10 tanpa sebarang lagu yang dicipta untuknya.

Sudah pasti ia akan membuat anak anda tidak langsung mahu cuba untuk mempelajarinya.

Hakikatnya, lagu, lirik, melodi dan segalanya yang berkaitan dengan muzik mempunyai kuasa untuk meninggalkan impak positif di dalam hidup kita asalkan ia bukannya muzik yang melalaikan dan merosakkan diri.

Sebagai contoh, lagu kanak-kanak yang selalu kita nyanyikan semasa zaman kanak-kanak dahulu kadangkala masih terngiang-ngiang di halwa telinga kita sehingga ke hari ini.

Tanpa disedari, agu-lagu tersebut juga sebenarnya telah meninggalkan impak yang positif buat kita.

lagu kanak-kanak

Kepentingan lagu kanak-kanak buat mereka

Sebagai seorang kanak-kanak yang sedang mengenali dan mempelajari kehidupan, mereka perlu diajar menggunakan muzik dan lagu kanak-kanak.

Menurut Dr. Carol Loy yang merupakan pengarah kurikulum Prasekolah Kinderland di Singapura, muzik dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan.

Disebabkan itu, Kinderland sudah mula memperkenalkan muzik kepada kanak-kanak sejak 3 abad yang lalu lagi.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak kepentingan lagu kanak-kanak buat mereka, termasuklah:

#1. Membantu mengembangkan bahasa kanak-kanak

Jelas sekali, penggunaan lirik lagu yang mudah dan menarik di dalam lagu kanak-kanak akan membantu kanak-kanak mempelajari dan mengembangkan bahasa mereka.

Daripada lagu-lagu ini juga, kanak-kanak dapat mengenal pelbagai kata dan ayat yang baharu walaupun ketika itu mereka belum lagi tahu maknanya.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Rice University’s Shepherd School of Music and University of Maryland, College Park pada tahun 2012, mereka menyatakan bahawa kanak-kanak akan mempelajari bunyi sesuatu bahasa itu terlebih dahulu sebelum maknanya.

Ini membuktikan bahawa lagu kanak-kanak sangat penting untuk perkembangan bahasa kanak-kanak.

#2. Melatih kanak-kanak menjadi pembaca yang baik

Dengan meminta kanak-kanak menghafal sesuatu lirik lagu kanak-kanak, ini secara tidak langsung akan membuat mereka membaca dengan penuh teliti.

Minta mereka membaca sambil menyanyi lagu tersebut. Lama-kelamaan, mereka akan dapat membaca dengan lebih laju dan mudah sekali gus menjadikan mereka pembaca yang baik.

#3. Melatih kanak-kanak menjadi pendengar yang baik

Selain menjadi seorang pembaca yang baik, kanak-kanak yang dibesarkan dengan mendengar pelbagai lagu kanak-kanak sudah pasti akan menjadi seorang pendengar yang baik.

Selain membaca, cara untuk menghafal lirik lagu adalah dengan mendengarnya. Jadi, anda boleh minta anak anda mendengar sesuatu lagu kanak-kanak lalu minta mereka mengulangnya.

#4. Melatih keyakinan kanak-kanak

Jika anak anda seorang pemalu, penakut dan tidak gemar menonjolkan diri, apa kata anda memberi galakan kepada mereka menerusi lagu kanak-kanak.

Jadikan lagu tersebut sebagai pembakar semangat mereka untuk melakukan sesuatu perkara dan minta mereka menyanyi bersama-sama dengan anda. Lama-kelamaan mereka akan lebih yakin pada diri sendiri.

#5. Mengajar kanak-kanak melakukan rutin

Agak sukar untuk meminta anak anda memberus gigi, mencuci muka dan mandi dengan sendiri, bukan? Sebenarnya, kesukaran ini boleh diselesaikan dengan penggunaan lagu kanak-kanak.

Ini kerana mereka amat gemar dan mudah belajar melalui pengulangan. Jadi, tidak hairanlah mereka gemar menonton kartun yang sama berulang-ulang kali.

Oleh itu, apa kata anda gunakan lagu kanak-kanak yang popular bertajuk Bangun Pagi untuk mengajar anak anda tentang cara menguruskan diri ketika waktu pagi?

Antara kandungan lirik lagunya yang dapat menarik perhatian anak anda untuk melakukan rutin pada waktu pagi sebelum ke sekolah adalah seperti berikut:

Bangun Pagi Gosok Gigi,

Cuci Muka Terus Mandi,

Pakai Baju Minum Susu,

Salam Ayah Dan Ibu.

#6. Membantu kanak-kanak relaks

Apabila seseorang kanak-kanak menyanyi lagu kanak-kanak bersama rakan-rakan mereka di sekolah, tubuh badan mereka akan merembeskan endorfin dan oksitoksin.

Hormon-hormon ini akan membantu mereka untuk jadi lebih relaks sekaligus menghilangkan sebarang gangguan dan tekanan yang dialami oleh mereka.

#7. Memberi kanak-kanak motivasi

Setiap lagu kanak-kanak pasti mempunyai cerita dan pengajarannya yang tersendiri. Seperti contoh lagu Bangau Oh Bangau yang liriknya terus berlanjutan dan saling berpautan antara satu sama lain menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa setiap tindakan kita akan memberi kesan terhadap individu yang lain.

Jadi, lagu ini mungkin akan menjadi motivasi buat mereka.

#8. Melatih kreativiti kanak-kanak

Cuba anda minta anak anda gubah sebuah lagu berdasarkan lagu-lagu kanak-kanak yang sedia ada.

Jika mereka memang gemar mendengar dan banyak menghafal lagu kanak-kanak, sudah pasti mereka boleh melakukannya.

Ini kerana lagu merupakan salah satu daripada aspek muzik yang sememangnya dapat melatih kreativiti dalam diri kanak-kanak.

Jika anak anda bukan seorang penyanyi yang baik atau memang tidak minat menyanyi, jangan putus asa.

Ini kerana terdapat lagi cara anak anda untuk mendapatkan manfaat daripada muzik, iaitu bermain alat muzik.

Cuba beri anak anda pegang gitar, drum atau piano dan lihat apa yang mereka boleh lakukan dengannya. Seiring dengan bakat, minat dan latihan, tidak mustahil anak anda boleh bermain alat muzik dengan baik satu hari kelak, bukan?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Kredit gambar: Popsugar.com

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Tahukah anda bahawa kitaran tindak balas seksual terdapat 4 fasa yang utama? Jika belum, jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Orang kelainan upaya (OKU) mempunyai cara yang tersendiri untuk memahami sesuatu perkara dan bertindak balas, melalui penggunaan bahasa isyarat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mulut anak berbau

    Nafas Anak Berbau Busuk? Ibu Ayah Jangan Biarkan, 7 Sebab Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan