Kenapa merasa ragu dan bagaimana mengatasinya?
Tidak percaya pada diri
Anda tidak mempunyai kepercayaan kepada diri anda, yang membuatkan anda sentiasa memandang rendah diri anda. Anda merasa diri anda terlalu rendah dan tidak berkemampuan seperti individu lain, dan perasaan itu semakin berkembang yang akhirnya membuatkan anda menutup kelebihan diri anda, merasa kesepian dan terbiar. Anda akan sentiasa memerlukan seseorang atau sesuatu untuk membuatkan anda merasa ‘hidup’. Dan apabila tiada sesiapa atau tiada apa-apa di sisi anda, anda kembali ‘menutup’ diri anda.
Terlalu berharap kepada individu lain
Apabila anda berharapkan individu sekeliling anda menjadi seperti apa yang anda bayangkan, ia bermakna anda menaruhkan keyakinan dan kebahagiaan untuk sesuatu yang tidak pasti. Setiap individu adalah entiti yang berbeza. Mereka tidak boleh menjadi seperti apa yang anda inginkan dan itu tidak bermakna mereka tidak menyayangi anda. Berhenti berharap dan letakkan piawaian yang rendah pada setiap individu agar anda tidak akan kecewa.
Tidak menghargai diri
Individu yang sering merungut tentang apa yang mereka tidak miliki dan ingin mengubah realiti tanpa melihat apa yang mereka miliki ditangan adalah sesuatu yang berharga. Jika anda menghargai apa yang anda miliki dan berpuas hati dengannya, dan anda pasti akan menemui kegembiraan dan kebahagiaan anda.
Membazir masa
Jika anda dapat menghitung kembali masa yang telah berlalu, pasti anda akan dapati anda telah terlalu membuang masa dengan perkara yang negatif, memberi perhatian kepada individu lain, duduk tanpa tujuan. Meluangkan masa untuk sesuatu yang tidak penting, akan membuatkan anda berasa bosan dan penat sepanjang hari. Sibukkan diri anda dan ringankan diri anda untuk membantu mereka yang memerlukan. Ia akan membantu membanngunkan kekuatan dalaman diri anda.
Mementingkan diri
Hidup untuk diri sendiri dan mementingkan diri adalah dua perkara yang berbeza, tetapi ramai yang terkeliru dengan dua konsep ini. Ia bukanlah sesuatu yang berlebihan untuk hidup demi diri anda, dan sentiasa mengutamakan kepentingan diri terlebih dahulu.
Mementingkan diri adalah apabila anda sentiasa merasa tidak cukup; individu itu tidak cukup baik buat anda, duit ini tidak cukup bernilai dan anda layak mendapat lebih dari ini.
Anda kecewa dengan segala yang berlaku di sekeliling anda, tidak pernah berputus asa tetapi sentiasa mengharap untuk mendapatkan lebih. Namun, apabila anda menyedari bahawa kebahagiaan adalah datang dari ‘memberi’, maka anda akan merasakan anda tidak perlu ‘menerima’ apa-apa dalam kehidupan ini.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen