Kolesterol Tinggi dalam Kalangan Kanak-kanak: Adakah Anak Anda Tergolong?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kolesterol tinggi tidak hanya berlaku kepada orang dewasa sahaja. Malahan, masalah ini turut dihadapi oleh kanak-kanak. Ramai kanak-kanak yang mendapat paras kolesterol tinggi, yang boleh menyebabkan komplikasi pada kesihatan kanak-kanak apabila mereka semakin besar.

Apakah risiko kanak-kanak yang mendapat paras kolesterol tinggi?

Tubuh anak anda memerlukan kolesterol bagi melindungi saraf, menghasilkan hormon dan membuat tisu sel. Terlalu banyak kolesterol menyebabkan binaan bahan, yang dipanggil plak, pada dinding arteri yang membekalkan darah kepada jantung dan organ lain. Plak boleh menyempitkan arteri dan menyekat aliran darah kepada jantung, sekali gus membawa kepada masalah jantung. Kolesterol juga dikaitkan dengan masalah kesihatan lain termasuklah strok. Kajian menunjukkan bahawa masalah paras kolesterol tinggi selalunya dikaitkan dengan alam kanak-kanak.

Adakah anak saya perlu mendapatkan ujian kolesterol?

Majoriti kanak-kanak tidak perlu mengambil ujian kolesterol. Melainkan, kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit berkaitan dengan paras kolesterol tinggi, jadi mereka perlu mendapatkan pemeriksaan dengan kerap bagi menerima rawatan awal, jika perlu.

Apakah punca paras kolesterol tinggi dalam kalangan kanak-kanak?

Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi paras kolesterol tinggi dalam kalangan kanak-kanak:

  • Sejarah keluarga (Kanak-kanak yang ibu bapanya mempunyai paras kolesterol tinggi adalah cenderung untuk mendapat keadaan kesihatan yang sama seperti ibu bapanya, berbanding dengan kanak-kanak lain).
  • Kurang aktiviti fizikal.
  • Obesiti.

Apa yang saya boleh lakukan untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat paras kolesterol tinggi?

Berikut adalah beberapa tip untuk merendahkan atau mengawal paras kolesterol anak anda:

  • Amalkan tabiat pemakanan sihat dengan cara menawarkan kanak-kanak sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Contohnya, tawarkan anak anda snek yang baik untuk kesihatan seperti epal, pisang, lobak merah, saderi dan lain-lain.
  • Elakkan pemberian lemak tepu dan lemak trans. Lemak tepu selalunya ditemui dalam: produk haiwan (contohnya, daging dan telur), produk tenusu (contohnya, keju dan mentega), makanan snek (contohnya, biskut dan cip). Lemak trans pula selalunya terdapat dalam makanan yang diproses (contohnya, donut dan kraker) dan makanan bergoreng (seperti kentang goreng).
  • Elakkan makanan segera atau sebarang restoran yang menawarkan makanan manis dan bergoreng.
  • Galakkan anak anda untuk terlibat dengan aktiviti luar dan bersukan. Melakukan aktiviti fizikal bukan hanya membuatkan tubuh anak anda lebih kuat dan mengelakkan obesiti serta paras kolesterol tinggi, tetapi juga senaman boleh mengurangkan paras stres dan kebimbangan.

Lakukan senaman bersama-sama seisi keluarga kerana ia boleh membuat anak anda rasa dipelihara dan dijaga, yang seterusnya memberikan mereka lebih semangat untuk melakukan aktiviti fizikal. Kanak-kanak selalunya gemar membuat sesuatu kerja dengan berteman dan mempunyai tabiat meniru orang di sekeliling mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Boleh Ambil Begitu Sahaja, Ada Sebab Perlu Basuh Buah & Sayur Sebelum Makan!

    Mungkin ramai yang tahu namun lupa untuk mencuci produk segar sebelum memakan. Jom klik artikel ini untuk tahu cara basuh buah & sayur yang betul!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Malu Nak Tanggal Kasut Sebab Kaki Berbau Busuk? Ini Cara Atasinya

    Muka dah cantik tapi kaki berbau busuk, tentu ia memalukan. Tapi jangan risau, ada 5 cara menghilangkan bau kaki yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga [email protected], BOLEH CUBA!

    Pernahkah anda alami telinga berdengung atau telinga berdesing ketika menaiki lif? Mengapa hal ini terjadi? Berkesankan telan air liur untuk hilangkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Baru Lahir Sakit Mata? Ini Mungkin Petanda Dijangkiti Bakteria Sakit Kelamin!

    Sakit mata bayi ini disebut sebagai konjunktivitis bayi yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti bakteria gonorea. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    proses penuaan

    Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    fibroid ketika hamil

    Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    sakit sendi

    Ingin Mendaki Bukit Tapi Ada Sakit Sendi? Tiada Masalah Jika Buat Persiapan Penting Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    tips bercukur

    Berapa Kali Boleh Guna Pisau Pencukur Yang Sama? Ini Tip Bercukur Selamat Tanpa Rosakkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan