Apakah penjagaan selepas bersunat yang perlu mama papa diketahui? Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Apakah penjagaan selepas bersunat yang perlu mama papa diketahui? Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui mengenai cara penjagaan selepas bersunat, jom kita fahami secara ringkas tentang bersunat ini.
Bersunat atau berkhatan, merupakan upacara yang sangat sinonim dengan Islam. Namun sebenarnya terdapat juga fahaman Yahudi dan ajaran Kristian yang menganjurkannya.
Bersunat merupakan satu proses membuang lebihan kulit yang menutupi kepala zakar atau berlebihan pada hujung zakar (preputial skin).
Umumnya, ia membuang anggota badan yang menjadi tempat pengumpulan kotoran, virus dan najis. Prosedur ini dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai circumcision.
Lazimnya, kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia adalah kerana tuntutan agama atau dinamakan ritual circumcision, di mana prosedur ini dilakukan pada zakar yang normal.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa keadaan kesihatan yang mendasari menyebabkan prosedur berkhatan ini perlu dilakukan. Antaranya:
Phimosis
Di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit hujung zakar tersekat di belakang kelenjar. Ia bertindak seperti pencerut di bahagian proximal corona.
Kelainan pada kulit
Prosedur bersunat dilakukan untuk memudahkan proses memasukkan tiub ke dalam saluran kencing bagi membolehkan individu melakukan clean self catheterization. Keadaan ini seperti pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia juga mendedahkan individu berkenaan untuk mendapat jangkitan saluran kencing.
Kulit tersepit
Berkhatan juga perlu dilakukan apabila berlaku kes yang mengakibatkan kecederaan pada kulit di hujung zakar seperti kulit zakar tersepit dengan zip.
Sebenarnya terdapat beberapa faedah yang membuktikan bahawa bersunat ini mendatangkan manfaat kepada kesihatan seseorang individu. Antara kebaikannya adalah:
Jangkitan saluran kencing (UTI)
Melakukan proses berkhatan ini mengurangkan kemungkinan risiko 10 hingga 14 kali untuk mengalami UTI yang disebabkan oleh pengumpulan virus dalam lebihan kulit sebelum ia merebak ke sistem saluran kencing.
Kanser alat kelamin
Membuang lebihan kulit ini akan dapat mengurangkan risiko kanser pada 3 hingga 4 kali. Ini kerana kebanyakan kanser berlaku pada bahagian lebihan kulit ini.
Penyakit kelamin
Selain mengurangkan risiko untuk mengalami kanser alat kelamin, bersunat juga mengurangkan risiko jangkitan tiga jenis penyakit kelamin atau STD, iaitu HIV, sifilis dan chancroid.
Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)
Merupakan satu masalah berkaitan keradangan pada hujung zakar dan mengeras. Ia merupakan keadaan yang jarang berlaku dan boleh dirawat dengan antibiotik, tetapi ia mempunyai kecenderungan untuk berulang. Bersunat dikatakan dapat menghindari daripada berlakunya pengulangan.
Terdapat dua peringkat usia utama untuk melakukan bersunat, iaitu semasa bayi baru lahir atau dipanggil neonatal circumcision dan juga semasa kanak-kanak mencecah usia sekitar 7 hingga12 tahun.
Antara pilihan kaedah bersunat yang ada seperti:
Selepas selesai prosedur bersunat, mestilah ada cara penjagaan yang perlu dilakukan untuk memastikan luka cepat kering. Jom ketahui cara penjagaan selepas bersunat yang perlu dilakukan.
Dalam tempoh selepas 48 jam atau dua hari selepas bersunat, tip penjagaan yang pertama adalah untuk memastikan luka balutan gauze dibuka.
Untuk dua hari pertama, anda perlu memastikan hujung lubang penis di basuh dengan bersih setiap hari selepas kencing.
Selepas menanggalkan balutan gauze itu, luka pada penis perlu dicuci dengan rapi. Proses ini dinamakan sebagai wound dressing.
Anda boleh mencuci luka sunat dengan cecair normal saline yang dijual di farmasi atau klinik. Cucian perlu dilakukan tiga hingga empat kali sehari. Pastikan bahagian luka sunat tersebut sentiasa kering.
Pastikan bahagian kuping luka tidak digosok atau disental dengan kuat. Kuping itu biasanya akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci dan terkena air semasa mandi.
Jika kuping luka melekat dan tidak tertanggal, terdapat dua langkah yang boleh dilakukan.
Pertamanya adalah dengan merendam penis anak ke dalam bekas kecil berisi cecair normal saline untuk tempoh tiga hingga lima minit dan diulang tiga ke empat kali sehari.
Selepas berkhatan adalah menjadi kebiasaan untuk penis anak menjadi sedikit bengkak.
Keadaan bengkak itu juga dikenali sebagai bentan dalam kalangan kaum Melayu. Walaupun situasi ini adalah biasa untuk berlaku, tetapi terdapat beberapa simptom dan gejala yang perlu diperhatikan, seperti:
Jika berlaku simptom di atas, anak berkemungkinan besar mengalami jangkitan. Sila berjumpa dengan doktor dengan segera.
Baca juga:
Sebaiknya pastikan anak anda tetap diberikan makanan berkhasiat dan bernutrisi.
Ia adalah untuk memastikan luka segera sembuh. Pastikan anda memberikan anak air kosong yang mencukupi supaya kekal hidrasi.
Sebenarnya penjagaan selepas berkhatan adalah mudah jika anda mengikuti nasihat dan saranan daripada doktor. Selain itu pastikan anak mengambil ubat yang diberikan doktor mengikut masa ditetapkan.
Sekiranya anda tidak pasti dengan keadaan sunat anak, bawalah mereka untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen