Elakkan Penderaan Kanak-kanak: Awasi Kelakuan Pengasuh Bayi Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 12/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Tidak mudah untuk mencari pengasuh yang boleh menjaga bayi anda dengan baik. Tiada ibu bapa yang mahu menyerahkan anaknya kepada sebarangan pengasuh. Justeru, usaha mencari pengasuh yang berkelayakan memerlukan sedikit masa dan usaha anda supaya anda dapat memastikan si manja anda berada pada tangan orang yang betul. Antara kriteria yang perlu dalam memilih pengasuh bayi sudah tentulah mereka yang berpengalaman dalam menjaga bayi.  

Biarpun anda sudah memilih pengasuh yang layak menjaga bayi anda, namun anda tidak boleh lepas tangan. Sebanyak mana pun kepercayaan anda kepada pengasuh atau nurseri tersebut, anda masih perlu memantau keselamatan anak dengan cara memeriksa tubuh dan bertanyakan anak anda tentang aktivitinya pada hari tersebut. Jika anak anda masih bayi dan belum boleh bercakap, periksalah tubuhnya setiap hari pada setiap kali anda mengambilnya dari rumah pengasuh atau nurseri. Jangan teragak-agak untuk bertindak jika pengasuh anak anda berkelakuan seperti di bawah:

  • Memberikan penjelasan yang tidak meyakinkan tentang kesan lebam atau kecederaan yang bayi anda alami.
  • Tiada penjelasan pada lebam atau kecederaan pada tubuh bayi anda.
  • Mengadu anak anda berkelakuan negatif, tidak sama dengan kelakuan yang bayi anda tunjukkan jika bersama anda.
  • Kerap meremehkan anak anda.
  • Kelihatan tidak acuh pada bayi anda.
  • Bersikap tidak peduli atau tertekan.
  • Ada mengambil dadah atau alkohol.
  • Mula berkelakuan tidak rasional.
  • Bersikap berahsia ataupun memencilkan diri daripada jiran-jiran.
  • Kelihatan berlebihan dalam mendisiplinkan kanak-kanak. (Penderaan selalunya disebabkan oleh sikap berlebihan dalam mendisiplinkan kanak-kanak.)

Apa ibu bapa perlu buat jika anak disyaki didera oleh pengasuh?

Jika pengasuh anda menunjukkan tingkah laku seperti yang dinyatakan di atas, lakukan cara-cara ini:

  1. Lakukan pemeriksaan seperti kedatangan mengejut di rumah pengasuh anda untuk melihat cara dia melayan bayi anda.
  2. Jauhkan bayi anda daripada suspek.
  3. Selain itu, anda boleh juga bertanyakan kepada jiran-jirannya bagi mengetahui jika mereka ada mengesyaki sesuatu perkara berlaku pada bayi anda.
  4. Jika tanggapan anda benar, jangan berlengah untuk mengambil tindakan. Bawa bayi anda ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor yang memeriksa bayi anda akan menulis laporan jika terdapat unsur penderaan pada bayi.
  5. Segera laporkan pada pihak yang bertanggungjawab.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Boleh Makan Nasi? Percaya Atau Tidak, 10% Orang Asia Sebenarnya Alergi Terhadap Nasi!

    Tahukah anda, nasi boleh cetuskan reaksi alergi dalam kalangan pemakannya? Alergi nasi sebenarnya berlaku kepada 10% orang Asia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

    Ada kecederaan berlaku di rumah? Untuk pastikan luka cepat kering, cuba gunakan 5 bahan ini untuk rawat luka. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

    Pernahkah anda rasa gatal pada bahagian kulit sekitar tapak tangan anda? Orang dulu-dulu kata ini tanda hendak dapat duit, tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

    Nak jadi sihat tidak semestinya perlu makan makanan yang tidak sedap. Ini senarai makanan sihat yang boleh anda guna sebagai resepi sihat di rumah anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah ereksi zakar

    Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan penyakit jantung

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    proses bersalin normal

    Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    hilang ingatan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan