Bagi wanita pula, tumbuh rambut botak yang berlaku ini biasa disebabkan oleh perubahan hormon, kekurangan vitamin dan juga faktor genetik.
Orang lelaki akan mengalami kebotakan penuh apabila menjelang umur 60 tahun.
#2. Perubahan tekstur dan ketebalan rambut
Rambut yang sudah panjang akan terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran yang mempengaruhi teksturnya.
Antaranya adalah seperti sinar UV matahari, geseran ketika menyikat rambut, haba panas daripada pengering rambut, pewarna rambut serta bermacam-macam lagi.
Faktor-faktor seperti ini menyebabkan sel kutikel rambut menjadi besar dan lembut, lalu menjadikan rambut lebih kasar dan mudah pecah.
Lama-kelamaan, folikel rambut akan menghasilkan rambut yang lebih halus, nipis atau tidak menghasilkan rambut sama sekali.
Perubahan rambut ini juga adalah antara perubahan yang biasa berlaku seiring dengan pertambahan usia.
#3. Selain kepala botak tengah, anda juga akan mengalami rambut beruban

Rambut yang beruban berlaku apabila melanin pada rambut telah dihentikan pengeluarannya oleh tubuh.
Melanin adalah pigmen yang bertanggungjawab memberikan warna pada rambut dan kulit manusia.
Ada teori yang menyatakan bahawa, rambut beruban disebabkan oleh tekanan oksidatif yang berlaku pada rambut tersebut.
Tekanan oksidatif berlaku apabila radikal bebas menghancurkan DNA dalam sel penghasil melanin di folikel rambut, yang disebut sebagai melanosit.
Akhirnya, melanosit ini mati dan tidak lagi menghasilkan melanin untuk warna rambut manusia.
Rambut beruban juga merupakan antara jenis perubahan rambut yang sering berlaku apabila usia telah meningkat.
Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana ia adalah perkara yang biasa berlaku.
#4. Rambut tumbuh terlalu banyak
Walaupun proses penuaan sering dikaitkan dengan fenomena kehilangan rambut, namun ia juga boleh menyebabkan masalah rambut yang tumbuh terlalu banyak.
Masalah ini adalah masalah yang banyak dialami oleh golongan wanita.
Keadaan pertumbuhan rambut atau bulu badan yang banyak ini dikenali sebagai hirsutism.
Ia berlaku apabila terdapatnya pertumbuhan bulu atau rambut yang melebihi daripada kadar normal.
Ia juga tumbuh di kawasan tubuh di mana bulu tersebut biasa tumbuh pada orang lelaki. Antaranya adalah pada wajah, leher, dada dan paha.
Antara punca yang menyebabkan hirsutism ini adalah seperti kesan ubat-ubatan, genetik, faktor usia, dan keadaan kesihatan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS).
Perubahan yang biasa seiring peningkatan umur
Isu-isu seperti kepala botak tengah atau tumbuh rambut botak ini adalah perkara yang biasa berlaku apabila semakin tua.
Anda mungkin boleh mengurangkan kadar ia berlaku, namun anda tidak dapat mengelakkan diri daripada perubahan ini.
Ini kerana tubuh badan akan semakin menua dan ia pasti akan memberikan kesan kepada rambut anda.