4 Kekurangan Zat Makanan yang Biasa Berlaku pada Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/04/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perkembangan sihat anak-anak anda agar mereka dapat mencapai potensi mereka bermula di meja makan. Kekurangan zat makanan atau nutrien bukan sahaja boleh memberi kesan kepada tubuh fizikal si manja anda, bahkan boleh menjejaskan perkembangan emosi dan kemahiran kognitif (berfikir) mereka. Terdapat beberapa jenis masalah kekurangan zat dalam kanak-kanak yang lazim. Berikut adalah 4 kekurangan zat makanan yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak yang perlu anda cegah melalui amalan diet yang sihat:

1. Kekurangan zat besi

Kekurangan zat besi adalah masalah kekurangan zat makanan yang paling kerap ditemui. Dalam satu kajian di negara membangun didapati hampir 50% kanak-kanak prasekolah dan wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi.

Zat besi diperlukan untuk pelbagai fungsi badan. Ia adalah sebahagian daripada hemoglobin, protein yang membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan di mana ia membantu otot menyimpan dan menggunakan oksigen. Tanpa zat besi yang cukup, anemia boleh mengakibatkan kelesuan dan fungsi kognitif yang lemah.

Antara punca kekurangan zat makanan ini ialah sumber makanan kurang zat besi (contohnya diet vegetarian / vegan), pengenalan kepada susu lembu pada usia yang terlalu awal, kehilangan darah kerana intoleransi terhadap susu lembu, ubat-ubatan (contohnya, ubat anti radang bukan steroid), dan masalah penyerapan zat besi.

Kanak-kanak bergantung pada amalan makan yang sihat. Pada bayi, pengenalan susu lembu pada tahun pertama adalah faktor risiko dalam diet yang paling besar terhadap kekurangan zat besi. Susu lembu rendah zat besi, dan zat besinya kurang diserap. Tambahan pula, ia mengurangkan penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Oleh itu, penghindaran susu lembu sepanjang 12 bulan pertama kehidupan adalah penting untuk mencegah anemia disebabkan kekurangan zat besi.

Daging merah, ayam, makanan laut, kacang, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering, bijirin yang diperkaya dengan zat besi serta roti dan pasta boleh menjadi sumber yang kaya dengan zat besi.

2. Kekurangan Vitamin D

Masalah kekurangan zat dalam kanak-kanak lazim yang seterusnya adalah kekurangan Vitamin D. Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang penting untuk penyerapan kalsium (di samping zat besi, magnesium, fosfat dan zink) dalam saluran gastrousus. Pengambilan vitamin D yang mencukupi diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang optimum dan untuk mencegah penyakit ricket dan osteomalacia (tulang lembut) kanak-kanak.

Vitamin D boleh didapati daripada ikan yang kaya dengan asid lemak penting (EFAs) dan makanan yang diperkayakan dengan Vitamin D seperti produk tenusu tertentu, susu soya dan bijirin. Hati lembu dan kuning telur juga kaya dengan Vitamin D.

3. Kekurangan Zink

Zink adalah mineral penting untuk pertumbuhan, pencernaan, perkembangan hormon jantina dan imuniti yang kuat. Kekurangan zink boleh memberi kesan negatif terhadap rambut, kulit, dan kuku serta fungsi kognitif dan ketinggian anak anda.

Zink boleh ditambah dengan mudah dalam diet anak anda melalui pemakanan biji-bijan, kacang gajus dan kacang tanah, selain makanan laut, daging dan kacang dal. Pilihan lain termasuklah bijirin seperti oat dan gandum serta beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran seperti avokado dan buah beri.

4. Kekurangan Kalsium

Kekurangan kalsium merupakan kekurangan zat makanan yang paling diketahui dan banyak dibincangkan di negara membangun. Kesan kekurangan kalsium juga difahami secara meluas sebagai penyebab utama masalah perkembangan kanak-kanak terutamanya masalah gigi dan tulang. Walau bagaimanapun, pengambilan kalsium juga memberi kesan kepada fungsi otot, fungsi jantung, pembekuan darah, fungsi enzim, dan penghantaran mesej sistem saraf.

Anda mungkin sudah tahu bahawa susu dan produk tenusu mengandungi banyak kalsium tetapi terdapat pelbagai alternatif lain, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah tidak hadam laktosa. Sayuran berdaun hijau gelap, soya dan tauhu, ikan (ikan salmon, ikan sardin, dan ikan keli terutamanya), kacang, biji-bijian dan bijirin yang diperkaya dengan kalsium boleh memenuhi keperluan kalsium anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Elak Masalah Tulang Reput, WAJIB Ambil Kalsium, Tapi Berapa Banyak Kena Makan?

    Fungsi kalsium dalam tubuh adalah untuk menguatkan tulang dan gigi daripada menjadi rapuh. Namun, kepentingan kalsium ini sering diabaikan oleh ramai orang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Sudah Masuk Usia 8 Bulan? Ibu Boleh Mula Bagi Si Manja Finger Food, Baik Untuk Skil Motor

    Sebagai ibu, anda pasti tertanya-tanya apakah makanan yang sesuai untuk bayi 8 bulan. Pada waktu ini, ibu sudah boleh berikan bayi makanan pejal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Tak semua orang gemar makan sayuran, tetapi masih ramai mahu mengamalkan cara diet sihat. Artikel ini mampu bantu anda yang bencikan sayur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit g6pd

    Pantang Larang Bayi Hidap G6PD, Mak Ayah Sila Alert! Salah Satunya, Tak Boleh Makan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
    fungsi zat besi

    Zat Besi Sangat Penting Untuk Elak Anemia, Ambil Makanan Ini Untuk Tingkat Penyerapan Zat Besi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
    sistem imun psoriasis

    Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    nutrisi diet vegetarian

    Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan