backup og meta

Si Manja Usia Setahun Kerap Menangis Sebab Sembelit? Cuba Berikan Susu Dengan 3 Ramuan Ini

Si Manja Usia Setahun Kerap Menangis Sebab Sembelit? Cuba Berikan Susu Dengan 3 Ramuan Ini

Apabila si kecil mengalami sembelit, pastinya timbul rasa bimbang di hati ibu ayah. Melakukan perubahan dalam diet harian seperti menukar susu formula mungkin membantu. Jom ketahui jenis susu untuk bayi sembelit 1 tahun ke atas yang boleh dicuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Masalah sembelit pada bayi usia 1 tahun

Sebelum mengetahui apakah jenis susu untuk bayi sembelit, apa kata kita fahami secara ringkas mengenai keadaan ini dan puncanya terlebih dahulu.

Kebanyakan bayi akan membuang air besar sekali sehari. Manakala si kecil yang membuang air besar kurang daripada 3x seminggu – atau kurang kerap daripada kebiasaannya, mengalami najis keras dan sukar dikeluarkan mungkin mendapat sembelit.

Keadaan ini bukanlah disebabkan ketidakupayaan untuk melakukan pergerakan usus, sebaliknya ia adalah kesukaran kepada bayi untuk berak.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Disebabkan itu, adalah penting untuk memantau konsistensi dan tekstur najis bayi serta kekerapan mereka membuang air besar.

Selain kesukaran untuk berak, tanda sembelit lain adalah anak tampak tidak selesa atau mudah meragam dan pergerakan usus tidak berlaku antara setiap 5-10 hari.

Punca menyebabkan masalah sembelit

susu untuk bayi sembelit

Beberapa faktor boleh menjadi penyumbang kepada masalah sembelit yang dialami bayi berusia setahun seperti:

Diet

Punca utama dalam kebanyakan kes sembelit si kecil adalah diet yang diberikan berunsur makanan diproses, tenusu, gula-gula yang berlebihan serta kurang pengambilan serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.

Di samping itu, bayi yang diperkenalkan jenis makanan baharu – juga boleh mempengaruhi tekstur najis.

Kurang pengambilan air juga boleh menyebabkan sembelit, kerana ia menjadikan najis lebih keras.

Alahan susu

Alahan susu lembu ketika peralihan daripada susu ibu kepada formula, juga boleh menjadi penyumbang kepada sembelit.

Alahan susu adalah tindak balas sistem imun terhadap protein dalam susu lembu yang akan menghasilkan reaksi. Disebabkan itu, amat penting mengenal pasti susu yang sesuai untuk bayi sembelit.

Keadaan kesihatan

Sesetengah bayi mungkin menghidap penyakit atau keadaan perubatan asas yang mengakibatkan sembelit kronik.

Baca juga:

Susu untuk bayi sembelit: Bagaimana ia boleh membantu?

Perkara paling penting adalah untuk memahami pergerakan usus harian bayi supaya anda dapat mengetahui jika berlaku sebarang perubahan.

Menukar jenis susu semasa mungkin boleh membantu mengurangkan gejala mereka.

Masalah berkaitan susu formula

  • Formula pekat: Bayi yang diberi susu formula selalunya mengalami masalah sembelit berbanding bayi menyusu badan kerana susu formula lebih pekat daripada susu ibu. Ini bermakna ia mengambil lebih banyak masa untuk diproses dalam saluran gastrousus mereka
  • Alahan susu: Mungkin juga bayi mempunyai alahan susu. Berita baiknya, terdapat formula menggunakan asas yang berbeza boleh dicuba
  • Formula berasaskan beras: Satu lagi situasi di mana menukar jenis susu boleh membantu adalah jika bayi diberikan formula berasaskan beras, yang biasanya dalam formula asid refluks kerana ia lebih pekat. Formula yang lebih pekat ini boleh menyebabkan sembelit

Walau apa pun kandungan bahan dalam susu yang sesuai untuk bayi sembelit, ibu-ibu sekalian harus sentiasa ingat bahawa penyusuan susu eksklusif amat disarankan untuk si comel di bawah usia 6 bulan. 

susu untuk bayi sembelit

Bahkan, sebenarnya penyusuan eksklusif ini amat digalakkan untuk diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Jenis susu untuk bayi sembelit yang sesuai

Susu untuk bayi sembelit seharusnya mengandungi:

Bebas laktosa

Formula bebas laktosa biasanya dibuat daripada susu lembu yang telah ditapis untuk mengeluarkan laktosa dan menggantikannya dengan bentuk gula yang berbeza.

Daripada laktosa sebagai sumber karbohidrat, susu dengan formula bebas laktosa menggunakan sumber berasaskan jagung.

Susu untuk bayi sembelit #Formula berasaskan soya

Susu jenis ini boleh dicuba jika berasakan si kecil berusia setahun mengalami intoleransi laktosa atau alah kepada formula susu lembu – karbohidrat yang secara semula jadi terdapat dalam susu lembu.

Formula berasaskan tumbuhan lebih lembut pada perut sensitif dan boleh mengurangkan ketidakselesaan perut, gas, kolik dan sembelit. Dengan soya sebagai asas, formula ini bebas laktosa.

Pun begitu, terdapat kemungkinan bayi yang alergi dengan susu lembu mungkin juga akan alah kepada susu soya.

Selain itu, terdapat kebimbangan mengenai fakta bahawa soya mengandungi fitoestrogen – bahan yang ditemui secara semula jadi dalam beberapa jenis tumbuhan.

Struktur kimia fitoestrogen adalah serupa dengan hormon estrogen wanita. Disebabkan ini, terdapat kebimbangan bahawa ia boleh menjejaskan perkembangan reproduktif bayi, terutamanya jika si kecil hanya minum susu formula berasaskan soya.

Jadi sebaiknya, jenis susu ini hanya digunakan jika disyorkan oleh doktor.

susu untuk bayi sembelit 

Formula protein hidrolisis, susu untuk bayi sembelit

Jenis formula ini mengandungi protein yang telah dipecahkan atau terhidrolisis. 

Ia sama ada untuk sebahagian atau secara menyeluruh – kepada saiz lebih kecil daripada yang terdapat dalam susu lembu dan formula berasaskan soya. Ini supaya sistem imun badan mungkin tidak mengesan protein sebagai alergen.

Ringkasnya, formula terhidrolisis mengandungi protein susu yang telah dipecahkan kepada kepingan yang lebih kecil, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam oleh bayi. Formula terhidrolisis boleh dilabelkan sebagai hipoalergenik.

Protein hydrolysate formulas sesuai untuk bayi yang mengalami tindak balas dengan susu lembu atau formula berasaskan soya. Formula terhidrolisis secara menyeluruh pula adalah pilihan untuk bayi yang mempunyai alahan protein.

Sekiranya keadaan masih tidak berubah atau semakin teruk walaupun selepas mengikut cadangan susu untuk bayi sembelit, anda disarankan untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pediatrik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kelly Green Corkins & Teresa Shurley (2016). What’s in the Bottle? A Review of Infant Formulas. https://doi.org/10.1177/0884533616669362, Accessed on Sept 8, 2022
  2. Constipation in children. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation-in-children/symptoms-causes/syc-20354242#, Accessed on Sept 8, 2022
  3. Infant formula: Your questions answered. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/infant-formula/art-20045782, Accessed on Sept 8, 2022
  4. Types of formula. https://www.nhs.uk/conditions/baby/breastfeeding-and-bottle-feeding/bottle-feeding/types-of-formula/, Accessed on Sept 8, 2022 
  5. Constipation in Children. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/constipation-in-children, Accessed on Sept 8, 2022
  6. Constipation in Children. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/abdominal/Pages/Constipation.aspx, Accessed on Sept 8, 2022 

Versi Terbaru

22/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Olivia Ajong


Artikel Berkaitan

4 Punca Anak Kerap Sembelit, Antara Sebabnya Ibu Suka Bagi Makanan Ini!

Parents, Jangan Anggap Anak Sembelit Itu Perkara Biasa, Buat 5 Petua Penting Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan