Penyakit semakin melarat kerana tidak mahu mengambil vaksin terjadi kepada diri sendiri! Apa pula yang terjadi jika anda mengambil vaksin seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan?
Penyakit semakin melarat kerana tidak mahu mengambil vaksin terjadi kepada diri sendiri! Apa pula yang terjadi jika anda mengambil vaksin seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan?

Vaksin DTaP/DT bertujuan untuk melindungi daripada difteria, tetanus, dan batuk kokol, bukan hanya untuk kanak-kanak sahaja. Malah, orang dewasa juga memerlukan perlindungan kerana penyakit ini tidak hilang begitu sahaja.
Ramai orang beranggapan bahawa apabila mereka telah diberi vaksin semasa kecil, mereka telah dilindungi seumur hidup. Tetapi itu tidak benar ya. Imunisasi yang berlaku semasa kanak-kanak akan pudar dari semasa ke semasa, menyebabkan orang dewasa terdedah kepada jangkitan serius.
Oleh sebab itulah, suntikan penggalak seperti vaksin Tdap menjalankan ‘kerjanya’ untuk mengekalkan perlindungan pada tubuh badan. Tanpa vaksin, tubuh anda akan terdedah dengan risiko dan menjangkiti orang lain seperti bayi baru lahir dan warga emas.
Jika anda skip mengambil vaksin, ini boleh membawa kesan yang serius! Difteria boleh menyekat saluran pernafasan, tetanus boleh menyebabkan kekejangan otot yang teruk dan batuk kokol boleh menyebabkan masalah pernafasan yang mengancam nyawa.
Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut mengapa vaksin DTaP dan vaksin Tdap sangat penting pada setiap peringkat kehidupan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Vaksin DTaP adalah suntikan tiga dalam satu yang melindungi anda daripada:
Beberapa tahun yang lalu, doktor menggunakan vaksin DTP tetapi ia menyebabkan beberapa kesan sampingan. DTaP ialah versi yang baharu dan lebih selamat.

Apakah perbezaan antara DTaP, Tdap dan Td?
Perlindungan yang awalnya diberi untuk mencegah difteria, tetanus dan pertusis semakin pudar dari semasa ke semasa, menyebabkan orang dewasa terdedah kepada penyakit ini semula.
Disebabkan itulah, dos penggalak seperti Tdap disyorkan setiap 10 tahun untuk mengekalkan imuniti. Tanpanya, orang dewasa boleh dijangkiti tetanus melalui luka atau secara tidak sedar merebakkan batuk kokol kepada bayi.
Wanita hamil juga memerlukan suntikan Tdap semasa setiap kehamilan untuk memberikan perlindungan kepada bayi mereka. Kini, anda sudah tahu bahawa dos penggalak amat penting bagi mencegah wabak dan komplikasi yang teruk.
Sesetengah orang berpendapat penyakit seperti difteria dan batuk kokol sudah pupus, tetapi itu tidak benar. Wabak masih berlaku, terutamanya di kawasan yang menolak atau ragu dengan vaksin.
Tetanus, yang terdapat dalam kotoran dan habuk, tidak boleh dihapuskan malah ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang mengalami luka terbuka.
Apabila masyarakat mendapatkan vaksin, ia akan menghentikan penyebaran penyakit di kalangan penduduk setempat. Ini membantu:
Imuniti di dalam tubuh tidak kekal selama-lamanya. Itulah sebabnya dos penggalak Tdap atau Td disyorkan untuk memberi perlindungan optimum. Doktor akan mengesyorkan:
Vaksin melatih sistem imun anda untuk melawan jangkitan ini. Sejak diperkenalkan, kes difteria, tetanus, dan batuk kokol telah menurun secara mendadak.
Walau bagaimanapun, batuk kokol masih lagi merebak, terutamanya terhadap bayi yang belum menghabiskan siri vaksin mereka. Sebab itulah, orang dewasa memerlukan suntikan dos penggalak supaya mereka tidak menyebarkan jangkitan kepada bayi secara tidak sengaja.

Kebanyakan orang tidak mempunyai masalah selepas suntikan vaksin DTaP atau vaksin Tdap. Sesetengah individu mungkin mengalami:
Kesan sampingan yang serius jarang sekali berlaku. Tetapi jika anda menjangkiti penyakit yang disenaraikan, anda berisiko untuk masuk ke hospital.
Vaksin DTaP bukan hanya untuk kanak-kanak. Orang dewasa juga memerlukan suntikan dos penggalak untuk kekal dilindungi dan mencegah penyebaran penyakit. Dengan suntikan Tdap, ia membantu keluarga anda kekal selamat, terutama bayi dan warga emas.
Jadual vaksin DTaP direka untuk memberikan perlindungan sepanjang hayat terhadap vaksin difteria, vaksin tetanus dan vaksin pertusis. Walaupun keberkesanan vaksin DTP adalah tinggi, vaksinasi tetap, termasuk vaksin batuk kokol, adalah penting untuk mencegah jangkitan dan wabak yang teruk.
Ambil langkah-langkah seperti berikut:
Jangan tunggu lagi, segera dapatkan vaksin untuk lindungi diri anda dan orang tersayang!
Lindungi diri anda dan orang yang anda sayangi dengan kekalkan perkembangan tubuh dengan vaksin DTaP/DT. Jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor anda hari ini!
Jangan tunggu lagi, pastikan anda dan keluarga anda diberi vaksin sepenuhnya bagi mencegah difteria, tetanus dan pertusis. Jumpa dengan pakar perubatan atau doktor dengan kadar segera mengenai vaksin DTaP dan Tdap!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
01/07/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid