Pernah dengar mengenai bunga kembang semangkuk tak? Dengarnya khasiat kembang semangkuk ini dapat membantu mengatasi masalah anak batuk, betul ke?Ā
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group
Pernah dengar mengenai bunga kembang semangkuk tak? Dengarnya khasiat kembang semangkuk ini dapat membantu mengatasi masalah anak batuk, betul ke?Ā
Jom ketahui lebih lanjut mengenainya dalam perkongsian artikel ini. Moga bermanfaat!Ā
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Selain dikenali dengan nama saintifiknya Scaphium affine atau Sterculia lychnophora, kembang semangkuk turut dipanggil dengan nama Malva nut.Ā
Ia merupakan spesies pokok malar hijau yang berasal dari Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo.
Dipercayai terdapat banyak khasiat kembang semangkuk terutamanya dalam bidang masakan dan perubatan tradisional.
Biji kembang semangkuk ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk dan turut digunakan untuk merawat masalah berkaitan gastrousus serta memberi kelegaan kepada ketidakselesaan tekak.
Keajaiban tumbuhan ini adalah apabila direndamkan di dalam air, ia akan mengembang hingga 8x ganda dan membentuk jisim agar-agar berbentuk tidak sekata yang berwarna coklat kemerahan.
Baca juga:
Bercakap mengenai ketidakselesaan tekak, jika anak mengalami batuk, sudah tentu sebagai ibu bapa, kita akan berasa susah hati. Biasanya jalan yang dipilih untuk merawat situasi tersebut adalah dengan memberikan ubat batuk.
Tetapi menerusi perkongsian hantaran di laman Facebook milik Dr Mazliana Mazlan, kembang semangkuk ini dikatakan cara yang dapat membantu menyembuhkan anak yang kerap batuk.
Menurutnya, kandungan bassorin dalam kembang semangkuk berperanan untuk membantu mengurangkan keradangan pada sel badan.
Pastinya anda akan tertanya, āNak ke anak minum air rendaman kembang semangkuk ini?ā. Jangan bimbang, kerana rasa air rendaman ini adalah sama seperti air kosong sahaja.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah merendamkan sebiji bunga kembang semangkuk ke dalam 1 jug air. Berikan anak minum air rendaman itu sedikit demi sedikit sehingga habis. Lakukannya setiap hari sehingga anak sembuh.
Air rendaman kembang semangkuk ini juga dipercayai boleh dijadikan air pelawas untuk anak yang kerap mengalami sembelit. Caranya sama seperti untuk merawat batuk tadi.
Tetapi adakah kegunaan kembang semangkuk hanya untuk batuk dan sembelit? Seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak khasiat kembang semangkuk, bukan hanya untuk mengubati batuk atau sembelit.Ā
Jom ketahui lebih lanjut manfaat tumbuhan ini.
Menurut perubatan tradisional Cina, penggunaan Malva nut adalah untuk:
Jadi bagi mereka yang mengalami gejala seperti suara serak, batuk kering, sakit dan tekak kering kerana haba panas dalam paru-paru, sembelit, sakit kepala dan mata merah, disarankan mengambil kembang semangkuk.
Caranya dengan memasukkan 1 atau 2 biji kembang semangkuk ke dalam secawan besar air mendidih. Kemudian diminum airnya.
Juga, adalah menjadi kebiasaan dalam perubatan tradisional Cina untuk menggunakan kembang semangkuk sebagai sebahagian daripada formula herba untuk merawat individu.
Seperkara yang perlu anda ketahui, walaupun kembang semangkuk mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan, namun ia perlulah digunakan mengikut had yang ditetapkan.
Anda tidak boleh menggunakan lebih daripada 3 biji kembang semangkuk bagi setiap air minuman yang dididihkan. Jika berlebihan, boleh mengembangkan gejala seperti kahak berair putih, loya, batuk dan lidah bengkak.
Manakala bagi individu yang kerap mengalami masalah penghadaman, sakit perut atau cirit-birit harus mengelakkan pengambilan bunga kembang semangkuk sepenuhnya.
Dalam perubatan Ayurveda pula, kembang semangkuk dikenali sebagai Nirinjan Phal atau Umasmango.
Antara khasiat tumbuhan ini berkaitan Ayurveda adalah:
Memandangkan ia menyejukkan badan, kembang semangkuk disyorkan untuk:
Sebagai agen penyahtoksin, antiradang, dan antioksida:
Ingin cuba membuat teh kembang semangkuk? Pertama sekali anda perlu memprosesnya menjadi pulpa.
Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang kesesuaian pengambilan bunga kembang semangkuk ini, terutamanya untuk mengubati batuk atau sebarang masalah kesihatan pada anak, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen