backup og meta

8 Keadaan Ini Berisiko Jadi Punca Anak SAKIT, Mama Papa Kena Ambil Tahu

8 Keadaan Ini Berisiko Jadi Punca Anak SAKIT, Mama Papa Kena Ambil Tahu

Punca penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan. Antara penyebab penyakit yang paling biasa adalah kerana organisma seperti bakteria, virus, kulat atau parasit.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Punca penyakit berjangkit

Sememangnya terdapat banyak organisma hidup sama ada di dalam atau di luar tubuh kita. 

Umumnya, kewujudan organisma ini tidak berbahaya, bahkan ia mungkin mendatangkan manfaat.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, beberapa organisma boleh menyebabkan penularan penyakit. 

Ada beberapa penyakit berjangkit boleh merebak daripada seorang individu kepada individu lain. 

Sebahagian yang lain boleh disebarkan oleh serangga atau haiwan.

Dalam sesetengah kes, punca penyakit berjangkit mungkin kerana pengambilan makanan atau air yang tercemar mahupun terdedah kepada organisma persekitaran. 

Bagi anak kecil yang sedang mengembang imunisasi tubuh, pasti mereka lebih terdedah dan berisiko untuk dijangkiti.

8 penyebab penyakit

Jom ketahui antara penyebab penyakit yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak.

1. Bakteria

Organisma ini bertanggungjawab untuk penyakit seperti radang tekak, jangkitan saluran kencing dan tuberkulosis (batuk kering).

2. Virus

Walaupun lebih kecil daripada bakteria, virus menyebabkan banyak penyakit seperti selesema biasa hingga AIDS.

3. Kulat

Banyak penyakit kulit seperti kurap disebabkan oleh kulat. Jenis kulat lain boleh menjangkiti paru-paru atau sistem saraf.

punca penyakit

4. Parasit

Malaria disebabkan oleh parasit kecil yang disebarkan oleh gigitan nyamuk. Terdapat juga parasit lain boleh merebak kepada manusia daripada najis haiwan.

5. Punca penyakit berjangkit: Hubungan secara langsung

Cara lain penyebab penyakit berjangkit adalah dengan bersentuhan dengan individu atau haiwan yang mempunyai jangkitan.

Penyakit berjangkit boleh tersebar melalui hubungan langsung seperti:

  • Individu kepada individu. Penyakit berjangkit biasanya merebak melalui pemindahan langsung bakteria, virus atau kuman lain daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Ini boleh berlaku apabila seseorang dengan bakteria atau virus menyentuh, mencium atau batuk mahupun bersin pada individu yang tidak dijangkiti
  • Haiwan kepada manusia. Digigit atau kesan calar berpunca oleh haiwan yang dijangkiti boleh membuatkan anda jatuh sakit. Dalam keadaan tertentu, boleh membawa maut. 
  • Ibu kepada anak yang belum lahir. Seorang wanita hamil boleh menyebarkan kuman yang menjadi punca penyakit berjangkit kepada bayinya yang belum lahir. Sebilangan kuman boleh melalui plasenta atau melalui susu ibu. Kuman di dalam faraj juga boleh menular ke bayi semasa kelahiran

6. Hubungan tidak langsung

Organisma penyebab penyakit juga dapat ditularkan melalui hubungan tidak langsung.

Banyak kuman boleh bertahan pada benda mati, seperti meja atau pemegang pintu.

Apabila anak sentuh pemegang pintu yang telah disentuh oleh individu yang sedang sakit, mereka boleh secara tidak langsung ‘mengambil’ kuman yang ditinggalkan. 

7. Gigitan serangga penyebab penyakit

Beberapa kuman bergantung pada pembawa serangga seperti nyamuk atau kutu untuk berpindah dari tuan rumah ke tuan rumah baharu. 

Pembawa ini dikenali sebagai vektor.

Nyamuk boleh membawa virus malaria atau virus West Nile. Kutu boleh membawa bakteria yang menyebabkan penyakit Lyme.

8. Makanan tercemar punca penyakit berjangkit

Kuman penyebab penyakit juga dapat menjangkiti anda melalui makanan dan air yang tercemar.

Mekanisme penularan ini membolehkan kuman merebak kepada ramai individu hanya melalui satu sumber.

Atasi punca penyakit berjangkit

Agak sukar untuk anda melindungi anak daripada segalanya yang boleh menjadi faktor kepada penyakit berjangkit. 

Tetapi anda boleh mengajar anak amalan kebersihan diri yang baik untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Ajarkan anak untuk:

Membasuh tangan

punca penyakit

Kuman itu merebak ketika seseorang menyentuh mata, hidung dan mulut mereka sebelum mencuci tangan.

Ajarkan anak anda batuk atau bersin ke lengannya, agar mulut tetap tertutup.

Pastikan anak anda membasuh tangan setiap kali selepas mereka menggunakan tandas dan membuang hingus. Ini terutamanya jika lendiran hingus terkena tangan mereka. 

Jangan lupa untuk mengajar anak mengeringkan tangan selepas mencuci. 

Jika tiada sumber air, didik mereka untuk guna gel pembersih tangan. Ia juga dapat membunuh kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

Suntikan vaksin

Mendapatkan suntikan imunisasi akan secara drastik mengurangkan risiko anak dijangkiti banyak penyakit.

Pastikan anda mengikuti perkembangan mengenai vaksinasi anak.

Duduk di rumah jika sakit

Jangan hantar anak ke sekolah jika dia mempunyai tanda-tanda seperti muntah, cirit-birit atau demam.

Elakkan daripada menghantar anak ke pusat jagaan dan jauhkan mereka daripada kanak-kanak lain sehingga tempoh jangkitan berakhir. 

Sekiranya anda tidak pasti mengenainya, dapatkan rundingan doktor. 

Elakkan berkongsi

Pastikan anak tidak berkongsi topi, sikat, berus gigi, peralatan makan seperti sudu dan garpu, serta barangan peribadi dengan kanak-kanak lain.  

Ini kerana ia boleh menjadi punca penyakit berjangkit. 

Ajarkan anak untuk tidak memegang atau menggunakan tisu mahupun tuala yang pernah digunakan oleh kanak-kanak lain. 

Membersihan dan nyah kuman

punca penyakit

Ia meliputi kawasan menukar lampin dan kerusi latihan tandas yang telah digunakan. Sebaiknya cucilah sehari sekali atau apabila nampak kotor. 

Mudah untuk dilakukan

Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk mencegah anak daripada dijangkiti penyakit, bukan?

Paling penting, jika terdapat sebarang keraguan, bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Infectious diseases. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infectious-diseases/symptoms-causes/syc-20351173. Accessed on March 15, 2021.

Reducing the Spread of Illness in Child Care. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/prevention/Pages/Prevention-In-Child-Care-or-School.aspx. Accessed on March 15, 2021.

Ways to Prevent Diarrheal Illness From Spreading at Child Care and Preschool. https://www.health.state.mn.us/diseases/foodborne/daycarepre.html. Accessed on March 15, 2021.

Protecting Your Child From Infections. https://myhealth.alberta.ca/Health/pages/conditions.aspx?hwid=ue5130&lang=en-ca. Accessed on March 15, 2021.

Why Your Child Vomits — and When to See a Doctor. https://health.clevelandclinic.org/why-your-child-vomits-and-when-to-see-a-doctor/. Accessed on March 15, 2021.

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

HFMD Dan 5 Penyakit Kulit Biasa, Namun BAHAYA Jika Terjadi Pada Kanak-kanak!

Hingus Banyak Buat Baby Susah Bernafas, Ibu Ikut 4 Cara Ini Hilangkan Selesema Bayi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan