backup og meta

HIV Tersebar Melalui Seks Bebas, Tapi Benarkah Gigitan Nyamuk Juga Boleh Sebarkan Virus Ini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/03/2021

    HIV Tersebar Melalui Seks Bebas, Tapi Benarkah Gigitan Nyamuk Juga Boleh Sebarkan Virus Ini?

    Sebagaimana yang kita semua mungkin sudah tahu, terdapat banyak penyakit jangkitan kelamin (STD) yang wujud di dunia ini.

    Antara yang paling ditakuti oleh orang ramai adalah jangkitan HIV yang boleh menyebabkan penyakit AIDS.

    Persoalannya, bagaimana HIV merebak? Adakah benar kepercayaan di mana gigitan nyamuk juga boleh menyebarkan virus ini?

    Tenang, jom sama-sama kita ikuti artikel dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui mengenai jawapan kepada persoalan ini!

    Apa itu HIV?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar penyakit ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, HIV (human immunodeficiency virus) adalah sejenis virus yang akan menjejaskan sistem imunisasi tubuh badan.

    Sekiranya dijangkiti, ia akan mengakibatkan seseorang itu tidak mempunyai keupayaan untuk melawan kembali sebarang jangkitan dan penyakit.

    Sebagai contoh yang mudah, demam biasa sahaja mungkin sudah cukup untuk membuat seseorang itu menderita penyakit kronik.

    Sekiranya tidak berjaya dikawal atau dirawat (memang tiada sebarang penawar sehingga kini), ia akan meyebabkan penderita mengalami AIDS (acquired immunodeficiency syndrome).

    jangkitan HIV

    Persoalannya, bagaimana HIV merebak dari satu individu ke individu yang lain?

    Bagaimana HIV merebak?

    Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa HIV adalah salah satu daripada jenis penyakit jangkitan kelamin.

    Ini bermakna virus ini boleh tersebar melalui aktiviti seksual di antara penderita dengan pasangan mereka.

    Ia mungkin akan merebak daripada penderita kepada pasangan melalui aktiviti kemasukan zakar ke dalam faraj.

    HIV boleh merebak melalui air mani, cecair faraj, cecair rektal, darah serta susu badan yang dimiliki oleh penderita dan ia terdedah kepada individu lain.

    Risiko juga akan lebih tinggi sekiranya pasangan itu menjalani kehidupan seks yang tidak sihat seperti:

    Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu bahawa seorang wanita hamil yang menderita HIV juga berisiko tinggi menyebarkannya kepada anak dalam kandungan.

    Selain itu, wujudkah cara lain virus ini boleh tersebar?

    jangkitan HIV

    Gigitan nyamuk boleh sebarkan virus ini?

    Umum mengetahui nyamuk adalah sejenis serangga vektor yang boleh membawa pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi, malaria dan chikungunya.

    Mungkin disebabkan itu, ramai yang percaya bahawa ia turut boleh menyebarkan HIV! Benarkah?

    Jawapannya adalah tidak benar kerana sifat biologi virus dan nyamuk itu sendiri. Berikut adalah penerangannya:

    HIV tidak boleh menjangkiti nyamuk

    Nyamuk mungkin boleh membawa tetapi tidak akan mendapat penyakit akibat virus ini. Justeru, ini membuatkan ia tidak mampu menyebarkannya kepada manusia.

    Tiub pada mulut nyamuk

    Nyamuk mempunyai dua tiub pada mulut (satu untuk menyedut darah dan satu lagi menyuntik air liur pada manusia).

    Untuk pengetahuan anda, hanya tiub menyuntik air liur yang akan masuk ke dalam tubuh badan manusia apabila digigit.

    HIV juga tidak boleh tersebar melalui air liur, jadi nyamuk tidak akan menyebarkan virus ini.

    racun nyamuk

    Takungan air juga sebarkan virus ini?

    Selain nyamuk, ada satu lagi mitos yang wujud di mana HIV dikhuatiri boleh membiak dan merebak di dalam takungan air seperti kolam.

    Sebenarnya, anda tidak perlu risau untuk mandi di dalam takungan air bersama penderita HIV kerana ia tidak akan tersebar di dalam air.

    Sebabnya adalah virus ini tidak mampu hidup di dalam takungan air seperti kolam renang biasa (kerana klorin) atau kolam air panas (kerana suhu).

    Bagaimana pula dengan air laut?

    Jawapannya juga adalah tidak kerana HIV juga tidak mampu membiak dan merebak di dalam air laut yang mempunyai kandungan garam laut yang sangat tinggi.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, HIV tidak boleh tersebar melalui kawasan air yang bertakung!

    Hidup dengan AIDS

    Buat masa ini, masih tiada sebarang penawar dapat ditemukan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh HIV.

    Oleh itu, penderita wajarlah belajar untuk cuba hidup dengan virus ini di dalam tubuh badan dengan cara mengambil gabungan ubatan yang ditetapkan oleh doktor.

    Selain itu, cuba jalani kehidupan termasuklah dalam aspek seksual yang lebih sihat untuk mengelakkan anda menyebarkan virus ini kepada pasangan atau orang lain pula.

    Jadi, sila cuba cegah ia sebelum terlambat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/03/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan