Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anak Selalu Alami Perut Kembung & Keras? Atasinya Dengan 5 Cara Ini, Berkesan!
Ibu mana yang tidak risau bila anak kerap alami masalah perut kembung dan keras. Sampai anda runsing mencari cara hilangkan kembung perut itu? Usah bimbang ibu, ini Hello Doktor kongsikan 5 kaedah berkesan bila anak kembung perut yang boleh anda cuba di rumah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Anak kembung perut
Mengalami perut kembung bukanlah perkara yang hanya dialami oleh individu dewasa sahaja, tetapi ia turut terjadi kepada kanak-kanak.
Kembung adalah keadaan ketika perut menjadi buncit dan berasa penuh/kekenyangan. Adakalanya situasi tersebut disertai dengan pengurangan membuang angin.
Secara umumnya, kekerapan normal untuk membuang angin bagi individu dewasa dan kanak-kanak adalah pada 14 hingga 23 kali sehari.
Biasanya keadaan kembung ini boleh terjadi kesan ketidakcernaan udara, pengambilan makanan atau minuman tertentu mahupun didasari oleh masalah pencernaan.
Semasa makan, minum bahkan bercakap, akan ada sedikit udara yang disedut masuk ke dalam tubuh, sekali gus menjadi punca perut kembung.
Makan dengan cepat turut boleh mengakibatkan peningkatan udara yang ditelan masuk ke tubuh.
Perasan tak anak yang kerap menangis selalunya mengalami kembung? Ini kerana tabiat tersebut juga akan mempengaruhi pengambilan udara.
Masalah kembung perut boleh menyebabkan anak tidak selesa.
Anak yang kerap tersedu juga berkemungkinan mempunyai kaitan dengan jumlah udara ditelan mereka.
Jadi apakah cara hilangkan sakit perut anak yang boleh ibu cuba di rumah?
Fahami simptomnya
Selain daripada perut yang buncit dan keras, apakah gejala lain yang boleh ibu kenalpasti untuk menentukan sama ada si kecil mengalami masalah kembung perut atau tidak?
Terdapat beberapa simptom yang boleh ibu lihat. Antaranya anak mungkin mengalami:
Sebelum mengetahui rawatan sakit perut anak untuk ibu cuba di rumah, jom kita ketahui terlebih dahulu apakah faktor yang menyebabkan si kecil mengalami keadaan tersebut.
Selalunya kembung perut disebabkan oleh makanan atau minuman yang diambil, seperti:
Makanan
Pengambilan makanan tinggi serat seperti kekacang, kubis dan bunga kubis.
Minuman
Pengambilan minuman berkarbonat atau soda akan meningkatkan pengeluaran gas pada saluran pencernaan.
Intoleransi laktosa
Gangguan ini adalah berkaitan dengan ketiadaan enzim yang memetabolisme laktosa dalam tubuh anak.
Sekiranya anak minum segelas susu atau mengambil produk tenusu yang mengandungi laktosa, tubuhnya tidak dapat mencerna atau memecahkan laktosa di dalam susu dengan betul.
Kesan daripada keadaan tersebut akan menyebabkan anak mengalami kembung atau cirit-birit.
Jangkitan usus
Antara contoh jangkitan usus yang boleh menyebabkan anak alami perut kembung dan keras adalah gastroenteritis.