backup og meta

Musim Cuti Sekolah Ramai Hantar Anak Sunat, Ini Tip Penjagaan Lepas Khatan!

Musim Cuti Sekolah Ramai Hantar Anak Sunat, Ini Tip Penjagaan Lepas Khatan!

Apakah penjagaan selepas bersunat yang perlu mama papa diketahui? Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu bersunat? 

Sebelum mengetahui mengenai cara penjagaan selepas bersunat, jom kita fahami secara ringkas tentang bersunat ini.

Bersunat atau berkhatan, merupakan upacara yang sangat sinonim dengan Islam. Namun sebenarnya terdapat juga fahaman Yahudi dan ajaran Kristian yang menganjurkannya. 

Bersunat merupakan satu proses membuang lebihan kulit yang menutupi kepala zakar atau berlebihan pada hujung zakar (preputial skin).

Umumnya, ia membuang anggota badan yang menjadi tempat pengumpulan kotoran, virus dan najis. Prosedur ini dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai circumcision.

Kenapa perlu bersunat?

Lazimnya, kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia adalah kerana tuntutan agama atau dinamakan ritual circumcision, di mana prosedur ini dilakukan pada zakar yang normal.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa keadaan kesihatan yang mendasari menyebabkan prosedur berkhatan ini perlu dilakukan. Antaranya:

Phimosis

Di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit hujung zakar tersekat di belakang kelenjar. Ia bertindak seperti pencerut di bahagian proximal corona.

penjagaan selepas bersunat
Prosedur berkhatan.

Kelainan pada kulit

Prosedur bersunat dilakukan untuk memudahkan proses memasukkan tiub ke dalam saluran kencing bagi membolehkan individu melakukan clean self catheterization. Keadaan ini seperti pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia juga mendedahkan individu berkenaan untuk mendapat jangkitan saluran kencing.

Kulit tersepit

Berkhatan juga perlu dilakukan apabila berlaku kes yang mengakibatkan kecederaan pada kulit di hujung zakar seperti kulit zakar tersepit dengan zip.

Kelebihan bersunat?

  • Jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Kanser alat kelamin
  • Penyakit kelamin
  • Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)
lelaki disunat
Adakah bersunat baik untuk kesihatan?

Tip penjagaan selepas bersunat

Selepas selesai, mestilah ada cara penjagaan selepas bersunat yang perlu dilakukan untuk memastikan luka cepat kering. Jom ketahui cara penjagaan selepas bersunat yang perlu dilakukan.

1. Buka balutan 

Dalam tempoh selepas 48 jam atau dua hari selepas berkhatan, tip penjagaan selepas bersunat yang pertama adalah untuk memastikan luka balutan gauze dibuka.

Untuk dua hari pertama, anda perlu memastikan hujung lubang penis di basuh dengan bersih setiap hari selepas kencing.

Penjagaan selepas bersunat #2. Cucian luka

Selepas menanggalkan balutan gauze itu, luka pada penis perlu dicuci dengan rapi. Proses ini dinamakan sebagai wound dressing.

Anda boleh mencuci luka sunat dengan cecair normal saline yang dijual di farmasi atau klinik. Cucian perlu dilakukan tiga hingga empat kali sehari. Pastikan bahagian luka sunat tersebut sentiasa kering.

penjagaan selepas bersunat
Proses bersunat.

3. Jangan kopek 

Pastikan bahagian kuping luka tidak digosok atau disental dengan kuat. Kuping itu biasanya akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci dan terkena air semasa mandi.

4. Kuping melekat

Jika kuping luka melekat dan tidak tertanggal, terdapat dua langkah yang boleh dilakukan.

Pertamanya adalah dengan merendam penis anak ke dalam bekas kecil berisi cecair normal saline untuk tempoh tiga hingga lima minit dan diulang tiga ke empat kali sehari.

5. Zakar bengkak selepas sunat

Selepas berkhatan adalah menjadi kebiasaan untuk penis anak menjadi sedikit bengkak.

Keadaan bengkak itu juga dikenali sebagai bentan dalam kalangan kaum Melayu. Walaupun situasi ini adalah biasa untuk berlaku, tetapi terdapat beberapa simptom dan gejala yang perlu diperhatikan, seperti:

  • Bengkak terlalu besar
  • Kulit sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan
  • Terdapat cecair likat seperti nanah
  • Rasa berdenyut dan sakit
  • Terasa sakit ketika kencing
  • Kawasan luka berdarah
  • Demam 

Jika berlaku simptom di atas, anak berkemungkinan besar mengalami jangkitan. Sila berjumpa dengan doktor dengan segera untuk dapatkan cara hilangkan bengkak selepas bersunat.

6. Pemakanan, dalam aspek penjagaan selepas bersunat

Sebaiknya pastikan anak anda tetap diberikan makanan berkhasiat dan bernutrisi.

Cara penjagaan selepas berkhatan ini adalah untuk memastikan luka segera sembuh. Pastikan anda memberikan anak air kosong yang mencukupi supaya kekal hidrasi. 

Akhir sekali, pastikan anda telah dapatkan maklumat tentang ciri-ciri luka sunat sembuh juga ya!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Berkhatan. http://www.myhealth.gov.my/berkhatan/  / Accessed on Dec 16, 2019
  2. Jaga Luka Bersunat, Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak-mak Yang Risau Anak Bentan. https://www.mingguanwanita.my/jaga-luka-bersunat-ada-9-nasihat-daripada-doktor-buat-mak-mak-yang-risau-anak-bentan-1/ / Accessed on Dec 16, 2019
  3. Garis Panduan Berkhatan Teknik Dorsal Slit. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pen%20Peg%20Perubatan/GARIS_PANDUAN_BERKHATAN.pdf, Accessed on March 23, 2023
  4. Circumcision: Symptoms, Diagnosis & Treatment. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/c/circumcision#, Accessed on March 23, 2023
  5. Circumcision: Treatment, Risks, Benefits, Recovery. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/16194-circumcision, Accessed on March 23, 2023
  6. Complete circumcision Care. https://www.childrensdayton.org/patients-visitors/services/urology/conditions/circumcision, Accessed on March 23, 2023

Versi Terbaru

20/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anak Cirit-birit? Ibu Ayah, Lakukan 20 Cara Ini Elak Bayi @ Anak Dehidrasi!

Bahaya Biarkan Cirit-Birit Anak Berlarutan, Parents Perlu Peka Dengan Kesihatan Usus Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan