backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Si Kecil Kerap Diarrhea? Mungkin Simptom Rotavirus, Ibu Kena Cek!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/10/2022

    Si Kecil Kerap Diarrhea? Mungkin Simptom Rotavirus, Ibu Kena Cek!

    Kehidupan bersama jangkitan rotavirus akan menjadi tidak menyenangkan untuk jangka masa yang singkat bagi anak anda. Ayuh kita fahami apakah simptom rotavirus dan cara rawatannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa Itu Rotavirus?

    Rotavirus telah lama menjadi penyebab utama jangkitan teruk di dalam usus. Biasanya simptom rotavirus  ini menyebabkan cirit-birit.

    Walaupun kebanyakan kes berlaku di antara 6 bulan dan 2 tahun, jangkitan rotavirus boleh menjejaskan seseorang pada pelbagai peringkat umur.

    Walaupun jangkitan rotavirus tidak menyenangkan, anda biasanya boleh merawat jangkitan ini di rumah dengan minuman tambahan untuk mencegah dehidrasi.

    simptom rotavirus

    Kadang-kadang, dehidrasi teruk memerlukan cecair intravena di hospital. Dehidrasi adalah komplikasi serius rotavirus dan penyebab utama kematian kanak-kanak di negara-negara membangun.

    Bagaimanapun, vaksin telah mengurangkan jumlah jangkitan rotavirus. Vaksin dapat membantu mencegah jangkitan rotavirus pada bayi anda.

    Bagi kanak-kanak yang lebih tua dan dewasa – yang tidak mungkin mengalami gejala rotavirus yang serius, cara pertahanan terbaik adalah dengan kerap mencuci tangan.

    Jangkitan Rotavirus sangat biasa. Kebanyakan kanak-kanak yang tidak divaksin dijangkiti oleh rotavirus pada usia tiga tahun. 

    Simptom rotavirus

    Jangkitan rotavirus biasanya bermula dalam masa dua hari selepas terdedah kepada virus. Simptom awal ialah demam dan muntah, diikuti oleh tiga hingga tujuh hari cirit-birit berair. Jangkitan ini boleh menyebabkan sakit perut.

    Pada orang dewasa yang sihat, jangkitan rotavirus hanya boleh menyebabkan tanda-tanda dan gejala ringan atau tiada tanda sama sekali.

    Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Baca juga:

    Simptom rotavirus: Fahami puncanya

    Rotavirus wujud dalam najis individu yang dijangkiti beberapa hari sebelum gejala muncul dan sehingga 10 hari selepas gejala pulih.

    Virus ini merebak dengan mudah melalui hubungan tangan-ke-mulut sepanjang masa – walaupun individu yang dijangkiti tidak mengalami simptom .

    Jika  anak anda mempunyai rotavirus dan anda tidak membasuh tangan anda selepas menukar lampin anak anda atau membantu anak anda menggunakan tandas, virus itu boleh merebak kepada apa-apa sahaja yang anda sentuh seperti:

    Jika individu lain menyentuh tangan anda yang tidak dicuci atau objek yang tercemar dan kemudian menyentuh mulutnya, jangkitan mungkin akan berlaku.

    Virus ini boleh terus membiak di permukaan tersebut selama berminggu-minggu atau lebih lama jika kawasan itu tidak dibersihkan atau dibasmi kuman.

    Terdapat banyak jenis rotavirus yang berkemungkinan boleh dijangkiti lebih dari sekali, walaupun anda telah diberikan vaksin.

    Walau bagaimanapun, jangkitan yang berulang dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa biasanya tidak normal atau ringan kepada sederhana dalam keterukan tetapi sebahagian kecilnya boleh menjadi teruk.

    Bilakah anak anda perlu berjumpa doktor?

    Hubungi doktor jika anak mengalami simptom rotavirus  seperti:

    simptom rotavirus

  • Mempunyai cirit-birit lebih daripada 24 jam
  • Muntah dengan kerap
  • Najis berwarna hitam pekat atau najis 
  • Suhu badan 104 F (40 C) atau lebih tinggi
  • Badan terasa lesu, tidak selesa atau sakit
  • Mempunyai tanda atau simptom dehidrasi, termasuk mulut kering, menangis tanpa air mata, kuantiti air kencing sedikit atau tidak membuang air kecil
  • Simptom rotavirus: Cara rawatannya

    Tiada rawatan khusus untuk jangkitan rotavirus. Antibiotik dan antivirals tidak akan membantu jangkitan rotavirus. Biasanya, jangkitan itu berlaku dalam masa tiga hingga tujuh hari.

    Mencegah dehidrasi adalah kebimbangan terbesar. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa virus itu berjalan, minum banyak cecair. Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit yang teruk, tanyakan kepada doktor tentang cairan rehidrasi oral.

    Bagi kanak-kanak, cecair dehidrasi boleh menggantikan mineral yang hilang dengan lebih berkesan daripada air atau cecair lain. Dehidrasi teruk mungkin memerlukan cecair intravena di hospital.

    Simptom dehidrasi termasuk:

    • Mulut dan tekak kering
    • Kurang membuang air kecil
    • Menangis dengan sedikit atau tiada air mata
    • Mata atau ubun-ubun tenggelam
    • Mengantuk dan kelesuan yang luar biasa

    Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ubat cirit-birit tidak disyorkan untuk jangkitan rotavirus.

    simptom rotavirus

    Perubahan Gaya Hidup dan Kaedah Pengubatan Sampingan Cegah Simptom Rotavirus 

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi jangkitan rotavirus.

    • Jika bayi anda sakit, berikan sedikit cecair. Jika anda menyusu, teruskan
    • Jika bayi anda meminum susu formula, berikan sedikit cecair rehidrasi oral atau dengan kuantiti formula biasa. Jangan cairkan susu formula bayi anda
    • Sekiranya anak anda yang lebih tua tidak berasa sihat, biarkan dia untuk berehat. Berikan makanan yang rasa hambar, seperti keropok soda dan roti bakar
    • Cecair yang banyak adalah penting, termasuk cairan rehidrasi oral. Elakkan jus epal, produk tenusu dan makanan manis, yang boleh membuat cirit-birit kanak-kanak semakin teruk
    • Jika anda sedang bergelut dengan cirit-birit atau muntah, hisap ais atau minum sedikit air atau soda, seperti perisa halia, atau sup. Makan makanan yang hambar
    • Elakkan apa-apa yang boleh mengganggu perut anda, termasuk produk tenusu, makanan berlemak atau berperisa, kafein, alkohol, dan nikotin

    Untuk mengurangkan penyebaran rotavirus, cuci tangan dengan teliti dan kerap, terutama selepas anda menggunakan tandas, menukar lampin anak atau membantu anak anda menggunakan tandas.

    Tetapi walaupun mencuci tangan dengan bersih tidak menawarkan sebarang jaminan.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesyorkan agar anak anda divaksinasi terhadap rotavirus. Ini akan membuatnya kurang cenderung untuk mendapatnya dan jika dia memperolehinya, simptom rotavirus akan menjadi kurang teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan