backup og meta

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!

Dalam menjaga kesihatan anak-anak, salah satu langkah penting yang sering diambil oleh ibu bapa adalah memberi anak makan ubat cacing. Namun, adakah ibu bapa tahu apakah kesan selepas anak makan ubat cacing

Ubat cacing adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan cacing dalam tubuh. 

Untuk pengetahuan pembaca, cacing ialah  sejenis parasit yang boleh hidup dalam sistem pencernaan manusia dan haiwan. Sekiranya tidak ditangani, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. 

Antara jenis-jenis cacing yang sering menyerang kanak-kanak ialah cacing kremi, cacing gelang dan cacing pita. 

Selalunya, ubat cacing mengandungi bahan aktif seperti mebendazole, albendazole atau pyrantel pamoate yang berfungsi untuk membunuh atau menghalang tumbesaran cacing. 

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai kesan selepas makan ubat cacing serta kesan positif dan negatif yang mungkin timbul sejurus pengambilannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa kanak-kanak perlukan ubat cacing? 

Selain persekitaran yang tidak bersih, bencana alam seperti banjir juga boleh menyebabkan anak mengalami jangkitan cacing.
Selain persekitaran yang tidak bersih, bencana alam seperti banjir juga boleh menyebabkan anak mengalami jangkitan cacing.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling berisiko untuk dijangkiti cacing. Manakan tidak, kanak-kanak mempunyai sistem imun yang lemah

Malah, mereka juga berisiko mengalami jangkitan cacing terutamanya jika kerap bermain di luar rumah. 

Dalam pada itu, anak juga boleh dijangkiti cacing sekiranya termakan makanan yang tercemar. 

Jangkitan cacing boleh menyebabkan pelbagai masalah, antaranya:

  • Masalah pencernaan: Cacing boleh mengganggu proses pencernaan dan bertindak menyerap nutrisi penting dari makanan yang dimakan oleh kanak-kanak.
  • Anemia: Beberapa jenis cacing, contohnya cacing gelang, boleh menyebabkan anak kehilangan darah yang banyak. 
  • Terbantut: Jangkitan cacing yang serius boleh menyebabkan pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak terjejas. 

Sebab itulah, penting untuk kanak-kanak makan ubat cacing. Ia adalah sebagai satu bentuk pencegahan untuk pastikan anak membesar dengan sihat dan cergas. 

Kesan selepas anak makan ubat cacing: Positif

Kanak-kanak yang makan ubat cacing selalunya makan dengan lebih berselera.
Kanak-kanak yang makan ubat cacing selalunya makan dengan lebih berselera.

Sesetengah ibu bapa runsing akan kesan selepas anak makan ubat cacingKadangkala, ada anak-anak yang jatuh sakit, terkena demam panas atau rasa mual selepas makan ubat tersebut. 

Bagaimanapun, ada beberapa kepentingan mengambil ubat cacing, terutamanya bagi kanak-kanak. Antaranya: 

  • Menghapuskan cacing dalam badan kanak-kanak: Pembasmian cacing dapat mengembalikan keseimbangan sistem pencernaan anak dan memperbaiki kesihatan mereka secara am. 
  • Memastikan anak sentiasa sihat dan bertenaga: Kanak-kanak yang bebas cacing dapat menyerap nutrisi daripada makanan dengan lebih baik. Secara tidak langsung, ia dapat membuatkan anak lebih sihat dan bertenaga
  • Menambah selera makan anak: Selalunya, kesan selepas anak makan ubat cacing adalah mereka berselera untuk makan kerana tidak lagi mengalami sebarang ketidakselesaan akibat jangkitan cacing. 
  • Mengurangkan risiko penyakit lain: Makan ubat cacing boleh mengurangkan risiko penyakit berkait penghadaman, misalnya cirit-birit dan sakit perut. 

Kesan selepas anak makan ubat cacing: Negatif

Ada kanak-kanak yang akan alami kesan sampingan selepas makan ubat cacing.
Ada kanak-kanak yang akan alami kesan sampingan selepas makan ubat cacing.

Selain kesan positif, ibu bapa juga perlu perhatikan kesan makan ubat cacing kanak kanak yang negatif. 

Walaupun terdapat banyak manfaat ubat cacing terhadap kanak-kanak, ada juga juga beberapa kesan negatif yang mungkin timbul:

  • Anak mungkin alami kesan sampingan: Antara kesan sampingan selepas makan ubat cacing ialah rasa loya, muntah atau cirit-birit. Biasanya, semua kesan ini bersifat sementara dan akan hilang dalam masa yang singkat.
  • Alami reaksi alahan: Dalam kes yang jarang berlaku, kanak-kanak mungkin mengalami reaksi alahan selepas makan ubat cacing. Tanda-tanda reaksi alahan termasuklah ruam, gatal-gatal atau bengkak pada muka dan leher. Jika ini berlaku, bawa anak berjumpa doktor dengan segera. 
  • Cacing menjadi semakin banyak: Jika ubat cacing tidak diambil secara betul atau jika dosnya tidak mencukupi, ada kemungkinan jangkitan cacing tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan berulang. Anak juga mungkin memerlukan rawatan tambahan.
  • Kesihatan mental merosot: Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan jangkitan cacing boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental kanak-kanak. Bagaimanapun, ingatlah, kanak-kanak perlukan ubat tersebut untuk membesar dengan sihat. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Ubat cacing penting untuk anak!

Pastikan anak sihat dan kuat dengan pemberian ubat cacing.
Pastikan anak sihat dan kuat dengan pemberian ubat cacing.

Pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan mereka. 

Walaupun terdapat beberapa kesan selepas anak makan ubat cacing yang mungkin timbul, ibu bapa harus ingat bahawa manfaatnya jauh lebih besar. 

Penghapusan cacing dari tubuh kanak-kanak akan membantu memastikan kesihatan fizikal dan mental anak terjaga. 

Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk memastikan anak-anak makan ubat cacing mengikut dos yang ditetapkan. 


  • Ubat cacing adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan parasit cacing dalam tubuh manusia dan haiwan.
  • Jangkitan cacing biasa termasuk cacing kremi, cacing gelang, dan cacing pita.
  • Ubat cacing biasanya mengandungi bahan aktif seperti mebendazole, albendazole atau pyrantel pamoate.
  • Ubat ini berfungsi dengan membunuh cacing atau menghalang pertumbuhannya, membolehkan tubuh mengeluarkan parasit tersebut.
  • Kesan selepas anak makan ubat cacing mungkin termasuk loya, muntah, atau cirit-birit, tetapi biasanya bersifat sementara.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Deworming in children. https://www.who.int/tools/elena/interventions/deworming. Diakses pada Oktober 13, 2024.
  2. Worms. https://raisingchildren.net.au/guides/a-z-health-reference/worms. Diakses pada Oktober 13, 2024.
  3. Mebendazole for worm infections. https://www.medicinesforchildren.org.uk/medicines/mebendazole-for-worm-infections/. Diakses pada Oktober 13, 2024.
  4. Deworm the World. https://www.evidenceaction.org/programs/deworm-the-world. Diakses pada Oktober 13, 2024.
  5. Worms. https://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/threadworms/. Diakses pada Oktober 13, 2024.

Versi Terbaru

17/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Kerap Mengadu Sakit Perut? Ini 7 Cara Rawat Kalau Perut Anak Meragam

Makan Ubat Cacing Untuk Kuda Boleh Cegah COVID-19? Jangan Ambil Risiko, Ini Fakta Ivermectin!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan