Jika tersilap makan, dos yang tinggi ini boleh menjadi toksik kepada manusia!
Baca juga:
Tetapi, ada kajian yang menyokong penggunaan ivermectin!

Benar, namun, kajian ini telah ditarik balik disebabkan beberapa isu.
Kajian yang bertajuk Efficacy and Safety of Ivermectin for Treatment and prophylaxis of COVID-19 Pandemic yang telah dimuat naik ke dalam laman sesawang Research Square pada November lalu telah ditarik balik disebabkan ‘pelanggaran etika’.
Bukan itu sahaja, kajian yang ditulis oleh Dr. Ahmed Elgazzar dari Benha University ini juga didapati telah menciplak hasil tulisan orang lain.
Menurut seorang pelajar perubatan yang dikenali sebagai Jack Lawrence, ada banyak lagi masalah yang terdapat di dalam kajian tersebut.
Sebagai contoh, pengarang dikatakan telah menjalankan kajian tersebut ke atas individu berusia 18 hingga 80 tahun, namun 3 orang pesakit di dalam kajian didapati berusia kurang daripada 18 tahun.
Selain itu, datanya juga didapati tidak tepat dan tidak seragam.
Di dalam kajian tersebut, pengarang juga mendakwa 4 daripada 100 pesakit meninggal dunia setelah mendapat rawatan standard untuk COVID-19 bagi kes yang ringan dan sederhana.
Walau bagaimanapun, data asal menunjukkan jumlah pesakit yang meninggal dunia adalah 0, sama dengan data untuk kumpulan pesakit yang menerima rawatan ivermectin untuk COVID-19.
Untuk kes COVID-19 yang serius pula, pengarang mendakwa 2 orang pesakit meninggal dunia setelah dirawat dengan ivermectin. Hakikatnya, bilangan yang sebenar ialah 4 orang.
Kesimpulannya, kajian ini merupakan sebuah penipuan dan tidak boleh dipercayai. Besar kemungkinan data yang digunakan juga adalah palsu.
Namun, ramai yang tertipu dengan kajian yang dilakukan oleh Elgazzar kerana keputusannya yang amat positif – 90% pengurangan kematian – setelah penggunaan ivermectin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen