Jika anda masih ingat lagi, majoriti kita semua mungkin pernah mengambil ubat cacing semasa kecil untuk elak ia hidup bebas dalam tubuh badan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Jika anda masih ingat lagi, majoriti kita semua mungkin pernah mengambil ubat cacing semasa kecil untuk elak ia hidup bebas dalam tubuh badan.
Pun begitu, tidak kurang ramai juga yang menyangka proses ‘deworm’ ini hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup dan tidak perlu diulangi apabila dewasa.
Sebenarnya, ia kurang tepat kerana ada beberapa petanda amaran tubuh badan penuh cacing. Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Untuk pengetahuan anda, masalah kecacingan akan berlaku apabila terdapat terlalu banyak cacing di dalam tubuh badan lantas menjejaskan kesihatan.
Ia biasanya terjadi apabila individu cenderung untuk tidak mengamalkan kebersihan yang baik terutamanya dari aspek kebersihan makanan dan minuman yang diambil.
Keberadaan cacing di dalam tubuh badan seterusnya akan menyebabkan individu kurang zat akibat parasit ini telah menjejaskan proses pencernaan individu.
Bukan itu sahaja, parasit yang wujud dalam badan ini juga akan membiak dengan lebih banyak sekali gus merembes bahan toksin ke seluruh tubuh badan.
Disebabkan itu, jangan tunggu hingga parah tiba baru hendak buat proses ‘deworm’ ini ya!
Bilakah kali terakhir anda makan ubat cacing? Jika ia adalah pada usia kanak-kanak dan anda kini sudah dewasa, mungkin tiba masa untuk anda mengambilnya!
Sekiranya anda ada petanda amaran berikut, jangan lagi berlengah untuk ambil ubatan cacing:
Jika ada, ia bermakna cacing mungkin sudah terlalu banyak pada tubuh badan anda sehingga ada yang terperangkap lalu terkeluar mengikut saluran najis.
Dalam kes yang lebih teruk, anda juga mungkin akan perasan ada bintik putih pada najis yang sebenarnya adalah telur cacing dalam tubuh badan anda.
Hilang selera makan mungkin terjadi akibat daripada pelbagai kondisi, namun ia juga adalah indikator bahawa wujudnya cacing di dalam tubuh badan anda.
Ini kerana cacing-cacing tersebut akan melepaskan asid ke dinding perut sekali gus menjejaskan selera makan serta sistem pencernaan secara umumnya.
Memandangkan cacing adalah parasit yang akan menumpang segala makanan dan minuman yang anda ambil, jangan terkejut jika masih berasa lapar lepas makan.
Disebabkan itu, cacing yang ada di dalam perut ini perlu dibuang untuk mengelakkan anda tetap berasa lapar walaupun baru sahaja makan di samping petanda amaran seterusnya.
Jika berat badan anda menurun dengan mendadak walaupun tiada sebarang usaha untuknya, ia mungkin petanda amaran bahawa anda ada masalah kecacingan.
Ini kerana anda mungkin sudah makan dengan cukup tetapi cacing-cacing itu telah ambil cukup nutrien dan hanya meninggalkan sedikit untuk tubuh badan anda.
Perkara ini bukan sahaja akan memalukan namun turut tidak memberi keselesaan, dan menimbulkan kesakitan pada anda. Ini disebabkan oleh ada cacing yang melekat padanya melalui pergerakan najis.
Kesannya, cacing tersebut akan menyebabkan lubang dubur anda kerap rasa gatal dan perbuatan menggarunya pula sudah tentu akan membuat ia terluka atau terengsa.
Jangan salah sangka bahawa kecacingan hanya akan menyebabkan masalah dalaman kerana ia juga mungkin mengakibatkan masalah luaran tubuh badan.
Apabila tubuh badan anda penuh dengan cacing, ia mungkin akan mengeluarkan bahan kimia sekali gus menyebabkan timbulnya ruam yang gatal dan merah.
Baca juga:
Masalah kecacingan sering dianggap sebagai perkara yang remeh lantas membuat individu kurang tahu, mahu atau tidak peduli untuk ambil ubatan ini.
Sebenarnya, pakar menyarankan waktu sesuai makan ubat cacing adalah sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan untuk mengelakkan petanda amaran di atas tadi.
Pun begitu, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum ambil ubatan cacing dengan cara dan dos yang betul atau pilih jenama yang terbaik.
Sesungguhnya, mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubat. Jadi, sila waspada perkara ini:
Dalam erti kata yang lebih mudah, sila jaga kebersihan diri, rumah dan persekitaran dalam usaha mengelakkan cacing daripada memasuki tubuh badan anda.
Sekiranya anda rasa sesuatu tidak kena pada tubuh seperti mana petanda amaran di atas, segera dapatkan informasi dan nasihat doktor tentang ubat cacing.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen