backup og meta

Nak ‘Pisahkan’ Anak Dengan Bantal Busuk? Ibu Boleh Cuba 9 Cara Ini, BERKESAN!

Nak ‘Pisahkan’ Anak Dengan Bantal Busuk? Ibu Boleh Cuba 9 Cara Ini, BERKESAN!

Mempunyai bantal peluk kesayangan atau istilah yang lebih tepat, bantal busuk adalah satu perkara biasa untuk anak kecil. Namun apabila si kecil semakin besar, ia boleh menjadi perkara yang agak mencabar untuk memisahkan mereka.

Jika anda tergolong dalam kalangan ibu bapa yang sedang ‘berperang’ dengan isu seperti ini, teruskan membaca perkongsian artikel Hello Doktor untuk mengetahui cara penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

9 tip pisahkan anak dengan bantal peluk

Umumnya apabila menyebut bantal busuk, ia tidak hanya membawa maksud kepada bantal semata-mata. Ini kerana ada sesetengah anak memilih menjadikan stuffed animal, anak patung atau selimut sebagai barang kesayangan.

Barang kesayangan ini dirujuk sebagai objek peralihan (transitional object) yang bertujuan untuk membantu anak menyesuaikan diri dengan situasi baharu dan tertentu serta menjadi lebih berdikari.

Bagi anak yang masih kecil, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Walau bagaimanapun, semakin anak meningkat dewasa, sebaiknya bantal peluk kesayangan mereka haruslah dipisahkan.

Kenapa? Ini penting bagi mengelakkan kebergantungan anak kepada barang tersebut. Jadi berikut antara petua yang boleh ibu ayah cuba:

1. Bertolak ansur

Sekiranya anak masih mempunyai barang kesayangan dan anda sedang dalam usaha untuk memisahkan mereka, sebaiknya jangan sesekali cuba untuk memalukan mereka atau berasa malu dengan kebergantungan tersebut.

Elakkan mengungkapkan ayat seperti, “Tok tengok Husna ni, dah sekolah pun masih nak tidur dengan bantal busuk.”

bantal peluk

2. Masa yang sesuai

Hindari daripada cuba memisahkan anak dengan barang kesayangan semasa mereka baru memulakan sesi prasekolah atau hari pertama ke pusat jagaan/taska. Kehilangan yang berlaku ini hanya akan menyebabkan anak berasa tidak selamat dan takut.

3. Jangkaan masa

Elakkan daripada meletakkan tempoh masa tertentu semasa memulakan proses pemisahan ini. 

Ia adalah sesuatu yang baik untuk mempunyai strategi dan melakukannya secara konsisten, tetapi anda juga harus bersedia mengubah rentak bergantung kepada cara anak bertindak balas dan menyesuaikan diri.

Mempunyai due date untuk anda berjaya mencapai proses ini hanya akan menambahkan tekanan kepada diri dan kebergantungan anak kepada barang kesayangan mereka.

4. Tempat khusus untuk bantal peluk

Antara petua lain yang boleh membantu proses pemisahan ini adalah dengan menyediakan tempat khas untuk barang kesayangan anak. 

Jadikan ia tempat tetap untuk anak meletakkan bantal, selimut atau patung kesayangan agar memudahkan mereka mencarinya apabila diperlukan.

bantal peluk

5. Alasan kukuh

Jika si kecil adalah seorang yang petah bercakap, anda harus bersedia menjawab dan memberikan penjelasan untuk segala-galanya.

Contohnya jika anak bertanya kepada perlu berpisah dengan bantal kesayangan mereka, berikan alasan kukuh, seperti “Sebagai budak yang besar dan pandai, Husna sudah tidak memerlukan bantal busuk lagi kerana ia lebih sesuai untuk baby kecil sahaja.”

6. Masa bersama bantal peluk

Biarkan anak memeluk bantal atau barang kesayangan pada bila-bila masa dimahukan tetapi sentiasa untuk sarankan mereka meletakkan semula pada tempat yang dikhaskan.

Apabila anak menyedari bahawa dia sentiasa boleh mendapatkan bantal apabila diperlukan, ia sedikit sebanyak membantu mereka untuk melepaskannya.

7. Tetapkan had

Tetapkan masa-masa tertentu dibolehkan untuk anak bersama bantalnya. Sebagai contoh, semasa tidur dan jika ingin keluar berjalan seperti bermain di taman permainan, bantal busuk harus ditinggalkan di tempatnya.

Baca juga:

8. Alihkan perhatian daripada bantal peluk

Memeluk bantal atau barang kesayangan akan mengehadkan pergerakan anak ketika bermain. 

Jadi ketika anak sedang bermain dengan mainan masak-masak atau slime DIY, cadangkan kepada mereka untuk meletakkan bantal di tepi bagi membolehkan kedua tangannya bebas bergerak.

9. Kembali kepada tabiat lama (regresi)

Dalam keadaan tertekan, seperti kehilangan datuk atau nenek, kehadiran adik atau berpindah rumah, anda mungkin akan melihat anak terikat kembali dengan bantal kesayangannya untuk ketenangan diri.

Usah memarahi mereka. Sebaliknya biarkan sehingga situasi tersebut berakhir dan percayalah anak akan menjadi lebih mudah untuk melepaskan bantal atau barang kesayangan selepas itu.

Bersabar dalam proses pisahkan anak dengan bantal busuk

Proses pemisahan dengan bantal kesayangan perlu dilakukan pada masa yang sesuai. 

Jika anak berada dalam keadaan tidak sihat, atau berjauhan dengan ibu bapa disebabkan tugasan kerja, sebagai contoh, mereka tidak akan bertindak balas dengan baik terhadap sebarang taktik.

Sebaiknya tunggulah sehingga masa yang sesuai – anak berada dalam keadaan sihat, jadual kerja yang stabil dan tiada tekanan.

bantal peluk

Petua yang dikongsikan di atas ini adalah sesuai untuk sebarang item kesayangan sama ada bantal peluk, teddy bear, selimut atau sebagainya.

Matlamat utamanya adalah untuk mengurangkan kebergantungan dan bukannya menghilangkan terus. Amat penting untuk memastikan barang kesayangan anak sentiasa ada pada masa yang paling diperlukan mereka.

Sebagai ibu bapa, anda harus banyak bersabar semasa melakukan proses ini. Jika anak masih tidak bersedia untuk berpisah dengan bantal busuk mereka, tidak mengapa. Lama-kelamaan, mereka pasti akan menyingkirkan objek tersebut mengikut keselesaan mereka sendiri.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. When Should Toddlers Stop Taking Pacifiers, Blankets, and Other Security Objects to Child Care? https://childcare.extension.org/when-should-toddlers-stop-taking-pacifiers-blankets-and-other-security-objects-to-child-care/, Accessed on July 22, 2022
  2. Anak Dah 5 Tahun Masih Tak Boleh Berpisah Dengan Bantal/Patung/Selimut Busuk, Boleh Cuba Cara Ini. https://www.majalahpama.my/anak-dah-5-tahun-masih-tak-boleh-berpisah-dengan-bantal-patung-selimut-busuk-boleh-cuba-cara-ini/, Accessed on July 22, 2022 
  3. Comfort items: How do we get kids to let go. https://www.nzherald.co.nz/lifestyle/comfort-items-how-do-we-get-kids-to-let-go/FXBBV2PWYKEVKWOHYNPX4LHW4Q/, Accessed on July 22, 2022
  4. Transitional Objects: Security Blankets & Beyond. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Transitional-Objects.aspx, Accessed on July 22, 2022
  5. The role of childhood comfort objects. https://www.firstfiveyears.org.au/child-development/the-role-of-childhood-comfort-objects,  Accessed on July 22, 2022

Versi Terbaru

17/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Anak Takut Gelap, Raksasa@Hantu? Ketahui Fobia Lazim Bayi, Kanak-kanak & Remaja

Mak Ayah Ambil Tahu Ini! Jangan Tarik Tangan Anak Terlalu Kuat, Undang RISIKO Sendi Siku Teralih!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan