Si Kecil Mengamuk Jika Tak Dibelikan Mainan? Ibu Ini Kongsikan 4 Cara Handle Anak Tantrum

    Si Kecil Mengamuk Jika Tak Dibelikan Mainan? Ibu Ini Kongsikan 4 Cara Handle Anak Tantrum

    Melihat senario anak mengamuk di pusat beli-belah adalah perkara biasa. Bahkan mungkin anda sendiri pernah melalui isu tantrum pada anak ini.

    Tidak dinafikan apabila si kecil mula meragam, sedikit sebanyak kesabaran kita sebagai ibu bapa akan teruji.

    Apakah anda mengetahui cara handle anak tantrum?

    Dalam perkongsian artikel kali ini, seorang ibu akan berkongsikan tip untuk mengendalikan anak yang sedang tantrum.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu tantrum?

    Sebelum mengetahui cara handle anak tantrum ini, mungkin ada di antara kita kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan tantrum.

    Tantrum adalah tempoh singkat di mana berlakunya kemarahan secara tiba-tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang dan memukul.

    tantrum pada anak

    Biasanya keadaan ini berlaku apabila anak berdepan rasa kecewa apabila keperluan mereka tidak dipenuhi dan sukar menyuarakan perasaan akibat kemahiran pertuturan dan bahasa yang terhad.

    Antara situasi biasa yang mencetuskan tantrum pada anak adalah apabila mereka berasa penat, lapar, tidak diendahkan, resah atau bimbang.

    Jom kita ikuti kisah Sabirah Aziz, ibu kepada dua anak kecil dalam mengendalikan situasi ini.

    Tantrum pada anak

    Memulakan perkongsian, Sabirah memberitahu anak sulungnya, Adam Chan, 3 tahun, merupakan seorang anak yang sangat baik, rajin dan amat menyayangi adiknya, Azib Iran yang berusia setahun.

    Bahkan Adam juga akan melayani individu di sekelilingnya dengan baik tanpa sebarang masalah.

    Kedua-dua anaknya boleh dikatakan mudah tantrum. Namun menurut Sabirah, Adam lebih cenderung tantrum kerana mahukan perhatian selepas adiknya lahir.

    Memandangkan si adik masih kecil, maka lebih perhatian diberikan kepadanya. Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan si abang akan mula tantrum kerana turut mahukan perhatian yang sama.

    Mahukan perhatian ahli keluarga punca tantrum pada anak

    “Biasanya Adam akan tantrum ketika di rumah kerana mahukan perhatian. Ini khususnya semasa kedatangan ahli keluarga yang lain seperti atuk dan nenek, mahupun pakcik dan makciknya,”

    Sebagai contoh, jika dia inginkan sesuatu barang dan tidak mendapatnya, Adam akan membaling barang, mengamuk, menjerit atau menangis satu rumah. Sebagai ibu, kita dah boleh faham perangainya,” ujar Sabirah.

    tantrum pada anak
    Dua beradik, kanan: Adam Chan, 3 tahun dan adiknya, Azib Irfan, 1 tahun

    Menurut Sabirah, selain akan meragam jika tidak mendapat apa yang dimahukan, anak pertamanya juga mudah tantrum apabila tidak sihat dan berada dalam mood tidak okay.

    Adam boleh dikatakan mudah memberontak kerana inginkan perhatian dan mahu orang sekeliling fokus kepada dirinya dan bukan si adik atau individu lain. Apa-apa sekali pun hanya dirinya yang perlu diberikan perhatian,” jelas Sabirah lagi.

    Sabirah tidak menafikan keadaan ini mungkin kerana Adam sudah terbiasa diberikan perhatian. Ini kerana anak sulungnya dari kecil dijaga oleh atuk dan neneknya, menyebabkan dia amat dimanjakan dan segala permintaan serta kemahuannya akan dipenuhi.

    “Jadi sekiranya pergi ke kedai dan terdapat barang permainan yang diingininya, Adam mesti mahu mendapatkannya. Jika tidak, dia akan mula tantrum seperti menangis dan merengek.”

    Tantrum pada anak: Situasi sukar dilupakan

    Apabila diminta berkongsi situasi anak tantrum yang paling menduga kesabaran, Sabirah memberitahu kejadian paling tidak boleh dilupakan adalah semasa mereka sekeluarga pergi bercuti menaiki kapal terbang.

    Ketika berada di airport, Adam ternampak satu mainan di salah sebuah kedai serbaneka. Dia terlalu mahukan mainan tersebut, tetapi saya tidak mahu membelikannya. Lalu Adam berbaring dan duduk di dalam kedai itu dan bermain dengan barang mainan tersebut,” beritahu ibu kepada dua hero comel ini.

    Menurut Sabirah, dia dan suaminya, Huzaifah Chan, amat tegas dalam mendidik anak-anak. Ini kerana mereka mahukan Adam belajar menghargai serta berpada-pada.

    Sebagai ibu bapa, kami tidak mahu anak berasakan segalanya mudah untuk diperolehi. Kami mahu mereka belajar menghargai dan menyedari bahawa tidak semua benda seperti barang permainan yang dilihat dan mahukan akan diperolehi,” jelas Sabirah.

    tantrum pada anak
    Sabirah Aziz bersama anaknya, Adam Chan

    4 cara handle anak tantrum

    Sabirah turut berkongsikan cara dia dan suaminya dalam mengatasi situasi anak meragam ini.

    Kawal emosi

    Sebagai ibu bapa, perkara paling utama adalah anda harus pandai untuk mengawal emosi diri. Tenangkan diri supaya kita dapat mengawal emosi anak.

    Sekiranya anda berada dalam emosi marah, mungkin sebaiknya anda ambil masa terlebih dahulu untuk menenangkan diri sebelum memujuk anak.

    Tenangkan tantrum pada anak

    Bagi mengatasi keadaan tantrum, apa yang perlu parents lakukan adalah untuk menenangkan anak. Berkomunikasi dan lakukan eye-contact dengan si kecil.

    Pujuk si kecil dan bercakap dengan baik (slowtalk). Elakkan daripada menengking atau memarahi mereka, kerana ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.

    Fahami punca

    Ambil tahu faktor tantrum pada anak. Adakah tantrum tercetus kerana anak tidak mendapat apa yang diingini? Atau adakah mereka hanya mahukan perhatian daripada anda sebagai ibu bapa kerana cemburukan adiknya?

    Pastinya ada sebab dan punca yang menyebabkan si kecil berkelakuan seperti itu. Jadi anda harus memainkan peranan sebagai ibu bapa – untuk memahami anak- anak.

    Ganjaran

    Antara cara yang diamalkan Sabirah sebagai cara handle anak tantrum adalah dengan menawarkan reward.

    Sebagai contoh jika si kecil mahukan permainan dan anda tidak mahu membelikannya, tawarkan anak perkara lain seperti bawa makan ice cream atau atau bermain di taman permainan jika mereka berhenti meragam.

    Baca juga:

    Lebih bersabar

    Di akhir temubual, Sabirah menasihatkan ibu bapa yang sering berdepan masalah tantrum pada anak ini untuk lebih banyak bersabar, kena pandai bermain dengan emosi anak dan belajar memahami psikologi mereka.

    “Kadangkala anak mungkin sengaja tantrum dan pastinya ada sebab mengapa mereka berkelakuan seperti itu. Fahami dan ambil tahu mengenai punca anak itu tantrum,” ujar Sabirah.

    Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat ibu bapa di luar sana. Jika anda mempunyai cara handle anak tantrum yang ingin dikongsikan bersama kami, ayuh share di ruangan komen.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/12/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan