Sekarang ini, di mana-mana sahaja anda boleh melihat kanak-kanak bermain lato-lato. Tetapi apakah sebenarnya permainan kanak kanak yang sedang viral ini?
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Permainan kanak kanak lato-lato
Lato-lato, yang juga dikenali sebagai clackers di Amerika Syarikat (AS) merupakan sejenis mainan yang popular sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.
Malangnya permainan ini telah diharamkan oleh US Food and Drug Administration (FDA) kerana ia boleh menyebabkan risiko kecederaan kepada kanak-kanak.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Ini kerana clackers pada ketika itu pernah dihasilkan daripada tempered glass yang menyebabkan kanak-kanak menghayunkannya sehingga pecah meletup.
Selain AS, lato-lato juga telah diharamkan di England dan Kanada. Bukan sahaja kerana kes kecederaan yang dilaporkan, bahkan mainan tersebut juga disifatkan sebagai senjata yang berbahaya.
Namun, berlainan pula buat negara Mesir. Pada 2017, Presidennya Abdul Fatah Al-Sisi telah mengharamkan mainan tersebut kerana namanya – Sisi’s ball.
Disebabkan itu, polis telah diarahkan untuk menangkap penjual dan merampas semua lato-lato di sana.
Bagaimanapun permainan ini kembali viral di Indonesia sejak akhir tahun lalu apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo dilihat bermain dengannya.
Secara perlahan-lahan ia mula merayap masuk ke negara kita, Malaysia dan menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak.
Nama lain permainan kanak kanak di rumah ini
Lato-lato ini dikatakan mendapat nama daripada perkataan Bugis latto-latto yang membawa maksud ‘membunyikan bunyi klak-klak’.
Di samping itu, permainan ini juga dikenali dengan panggilan katto-katto, etek-etek, nok-nok dan toki-toki di beberapa bahagian di Indonesia.
Manakala di negara barat, selain clackers, lato-lato untuk disebut sebagai click-clak, knockes, ker-bangers dan clankers.
Risiko kecederaan
Tetapi benarkah permainan lato-lato boleh menyebabkan kecederaan?
Perkara ini tidak boleh dinafikan apabila terdapat laporan kanak-kanak di Indonesia mengalami kecederaan pada muka dan dahi akibat bermain dengan mainan itu.
Malah kes kecederaan melibatkan aktiviti permainan kanak-kanak di Malaysia akibat bermain lato-lato juga telah berlaku menyebabkan si kecil telah mengalami bengkak dan lebam teruk pada batang hidungnya selepas terkena pemberat lato-lato.
Adakah ini bermakna anak perlu dilarang sama sekali untuk bermain permainan ini?
Tip bermain lato-lato
Secara amnya, tiada salahnya untuk membenarkan anak bermain lato-lato yang terdiri daripada dua (ladung) pemberat dan diikat dengan tali sebagai permainan kanak kanak di rumah ini.
Bahkan alat permainan lato-lato ini mempunyai kelebihan tersendiri di mana ia membantu meningkatkan koordinasi tangan anak.
Ini kerana cara bermainnya memerlukan individu menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain pada bahagian bawah dan atas tangan. Semakin laju lato-lato terhayun, sekali gus ia dianggap hebat.
Selain baik untuk meningkatkan fungsi koordinasi tangan, Public Health Malaysia turut menyatakan bahawa lato-lato membawa manfaat kepada perkembangan anak, seperti:
- Merangsang kemampuan motor
- Melatih anak untuk lebih fokus
- Meningkatkan hubungan emosi serta sosial
- Mengurangkan ketagihan gajet
Pun begitu, bukan hanya keseronokan yang harus diutamakan, sebaliknya aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan.
Kenapa? Bayangkan jika anak tersilap hayun, maka wujud risiko untuk ladung lato-lato itu terkena tubuh dan muka anak, sekali gus boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan khususnya pada bahagian mata, gigi atau hidung.
Jadi di sini sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting untuk memastikan anak bermain dengan cara yang selamat. Bagaimana caranya?
Pesan kepada anak untuk:
- Tidak menghayun lato-lato pada paras atau berhampiran wajah. Sebaiknya hayun pada paras yang rendah atau lebih jauh daripada muka.
- Menghindari bermain permainan kanak kanak di rumah ini pada jarak terlalu dekat dengan individu lain atau kawasan lalu-lalang, bimbang wujud risiko terkena individu lain.
- Tidak menghayun atau mencampakkan lato-lato ke arah kanak-kanak lain. Pastikan anda bertegas dengan perkara ini.
- Berhati-hati dengan tali lato-lato kerana ia boleh terlilit pada jari dan mengembangkan risiko terjerut.
Semoga panduan dikongsikan tentang permainan kanak kanak lato-lato dapat membantu mencegah perkara yang tidak diingini.