Bagi mereka yang mengikut kes dera Bella, pastinya akan berasa sayu dan sedih apabila mengetahui penganiayaan yang dilakukan terhadap remaja itu.
Perkongsian artikel kali ini bukan semata-mata untuk memperkatakan mengenai kes Bella didera. Tetapi secara amnya mengenai isu anak yang menjadi mangsa dera, kesan penderaan kanak-kanak serta langkah pencegahan yang boleh masyarakat lakukan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Isu kes dera Bella
Kanak-kanak yang pernah didera, mempunyai kecenderungan mengalami penderaan berulang dan risiko ini adalah lebih tinggi untuk terjadi bagi kanak-kanak istimewa.
Keadaan seperti masalah tingkah laku, isu kesihatan mental, ketidakupayaan atau masalah kesihatan dan kelewatan perkembangan sering memainkan peranan akan cara layanan yang diterima kanak-kanak di rumah.
Dalam isu seperti kes Bella didera ini, dianggarkan 1 daripada 3 kanak-kanak kurang upaya sering menjadi mangsa penganiayaan seperti pengabaian, penderaan fizikal atau seksual. Amat mengejutkan, kan!
Definisi penderaan fizikal & pengabaian
Pengabaian adalah kegagalan untuk menyediakan keperluan asas kanak-kanak, seperti:
- Fizikal, contohnya kekurangan pengawasan bersesuaian atau kegagalan menyediakan makanan, tempat tinggal atau rawatan perubatan
- Pendidikan, seperti kegagalan untuk mendidik kanak-kanak atau memenuhi keperluan pendidikan khas
- Emosi, contohnya tidak memberi perhatian kepada keperluan emosi kanak-kanak atau pendedahan kepada keganasan rumah tangga
Penderaan fizikal melibatkan kecederaan fizikal – lebam kecil hingga patah tulang teruk atau kematian – kesan daripada tumbukan, pukulan, tendangan, gigitan, goncangan, balingan, tikaman, cekikan atau apa sahaja perlakuan yang boleh mencederakan kanak-kanak, sama ada dengan niat atau tidak.
Penderaan emosi adalah sebarang corak tingkah laku yang menjejaskan perkembangan emosi atau harga diri kanak-kanak – kritikan, ancaman, penolakan berterusan, tidak memberikan kasih sayang, sokongan atau bimbingan.
Risiko kes dera Bella akan terjadi pada kanak-kanak lain
Beberapa faktor menjadikan anak istimewa ini dengan risiko tinggi berdepan keganasan termasuklah stigma, diskriminasi dan kejahilan mengenai ketidakupayaan serta kurangnya sokongan sosial buat penjaga.
Menempatkan anak kurang upaya di pusat penjagaan juga meningkatkan kerentanan mereka terhadap penderaan. Ini terutamanya jika kanak-kanak itu mengalami kesukaran berkomunikasi – menimbulkan halangan buat mereka berkongsikan penderaan yang dialami.
Kes Bella didera: Kesan penderaan kanak-kanak
Impak penderaan biasanya bersifat fizikal – merosakkan sistem saraf pusat, patah tulang, kecederaan organ dalaman, melecur, kekurangan zat makanan dan trauma kepala.
Kesan penderaan lain boleh menyebabkan masalah jantung dan trauma emosi jangka panjang serta masalah tingkah laku seperti kes dera Bella.
Kanak-kanak, walaupun tidak termasuk sebagai kurang upaya, berisiko tinggi untuk mengalami kegelisahan dan cubaan membunuh diri.
Kes dera Bella: Tanda-tanda penderaan
Jadi bagaimana untuk mengenal pasti jika berlakunya penderaan? Amnya, tidak kira anak istimewa atau tidak, tanda penderaan adalah sama.
Selain kesan fizikal – lebam, patah tulang, kecederaan kepala atau sebarang tanda lain – 2 petunjuk utama adalah:
- Aduan daripada kanak-kanak bahawa mereka telah didera
- Perubahan tingkah laku
Malangnya, bagi kanak-kanak kurang upaya, perubahan tingkah laku kesan penderaan mungkin dikaitkan dengan ketidakupayaan mereka. Kedengarannya seperti kes Bella didera, kan?
Istilah jaga kain sendiri, tidak begitu relevan dalam situasi ini. Sebaliknya ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk memantau dan melaporkan jika penderaan berlaku.
Baca juga: