Secara purata, kanak-kanak perempuan mempunyai BMI dan gejala emosi yang lebih tinggi berbanding daripada kanak-kanak lelaki yang berumur 7 hingga 14 tahun, tetapi kemunculan dan perkembangan masalah obesiti dan emosi adalah sama bagi kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Sosioekonomi dan obesiti, emosi kanak-kanak
Selepas mengambil kira status sosioekonomi, perkaitan antara BMI dan masalah emosi telah berkurang sedikit, menunjukkan bahawa kelemahan sosioekonomi mungkin sebahagiannya menerangkan hubungan antara obesiti kanak-kanak dan kesihatan mental yang tidak baik.
Menurut Dr. Praveeta Patalay dari University College London, UK yang turut mengetuai bersama penyelidikan tersebut, risiko sosioekonomi yang dikongsi bersama dalam perkembangan obesiti dan penyakit mental yang kurang baik dapat dijelaskan oleh banyak faktor. Sebagai contoh, kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik daripada aspek sosioekonomi, cenderung mempunyai akses yang kurang baik kepada makanan yang sihat dan ruang hijau, yang mungkin menyumbang kepada peningkatan obesiti dan masalah emosi , dan menyumbang kepada kesan kelemahan sosioekonomi peringkat keluarga.
Menurut beliau lagi, oleh kerana kedua-dua kadar obesiti dan masalah emosi pada zaman kanak-kanak semakin meningkat, pemahaman terhadap kejadian secara bersama perkara-perkara tersebut adalah kebimbangan kesihatan awam yang penting, kerana kedua-duanya dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik ketika zaman dewasa. Langkah-langkah seterusnya adalah untuk memahami implikasi kejadian bersama perkara-perkara tersebut dan cara terbaik untuk campur tangan bagi mempromosikan kesihatan yang baik.
Penulis kajian tersebut mengakui bahawa penemuan mereka menunjukkan perkaitan secara pemerhatian, jadi kesimpulan mengenai sebab dan akibat tidak dapat dibuat. Mereka menyatakan beberapa batasan atau limitasi kajian tersebut, termasuk laporan yang tidak terperinci, laporan ibu bapa, dan kadar pergeseran yang mungkin mempengaruhi hasil kajian.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen